You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG GALI

காளி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி


27400, டோங் ரவுப், பகாங்.
TEL: 09-3659663 FAX: 09-3659663
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL
KALI KEDUA TAHUN 2023

Tarikh :- 22.06.2023
Masa :- 2.00 – 4.00 petang
Tempat :- Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
1. Pn. V. Sukuna ( GURU BESAR)
2. Pn.A. Aashakumare (Pengerusi Panitia Bahasa Tamil)
3. Cik. A. Poornimah (Setiausaha Panitia Bahasa Tamil)
4. En. N.Sasitharan (AJK)
5. Cik.K.Kirthika (AJK)

1.0 Perutusan Pengerusi

1. Pn.A.Aasha pengerusi panitia Bahasa Tamil mengucapkan selamat datang kepada ahli – ahli
panitia Bahasa Tamil.
2. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama yang
diberikan pada tahun lalu dan diharap tahap komitmen yang sama dapat dikekalkan pada tahun
ini.

2.0 Perutusan Guru Besar

2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.


2.2 Beliau berharap agar semua guru Bahasa Tamil dapat bekerjasama bagi mencapai denga baik
dalam sentamiz viza yang dijalankan pada peringkat daerah.
3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3.1 Cik. A.Poornimah selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
3.2 Minit mesyuarat 4/2022 telah dicadang oleh En.Sasitharan dan disokong oleh
Cik.K.Kirthiga
Makluman : Semua Guru BT
4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Guru Besar meminta guru-guru Panitia perlu memberi fokus kepada aspek bacaan
terutamanya untuk murid-murid Tahap 1. Beliau meminta guru-guru menganalisa dan
mengenalpasti kelemahan murid secara spesifik bagi menangani masalah bacaan dengan
mudah.
4.2 Beliau turut menyatakan pelbagai kaedah yang menarik boleh digunakan untuk menarik
minat murid untuk membaca terutamanya untuk murid yang selalu ponteng sekolah.

5.0 KSSR

5.1 Guru Besar meminta semua guru perlu menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK)
dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwim persekolahan yang baru.

5.2 Guru Besar turut meminta guru-guru perlu teliti dalam membahagikan standard kandungan
asas dan standard kandungan tambahan semasa penyediaan DPK dan RPT.

5.3 Guru Besar meminta guru-guru merancang kaedah pengajaran standard kandungan
tambahan mengikut keupayaan murid.

5.4 Guru Besar memaklumkan bahawa semua program atau aktiviti yang dirancang perlu
berasaskan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumkan Semua Guru BT


6.0 TS 25

6.1 Guru Besar menjelaskan bahawa TS 25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah

meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualit tinggi agar selaras dengan

keperluan semasa pendidikan di Negara kita.

6.2 Transformasi Sekolah 25 adalah usaha kearah melahirkan modal insan yang unggul

melalui:

6.2.1 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

6.2.2 Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

6.2.3 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

6.2.4 Komitmen komuniti yang padu.

6.2.5 Objektif Transformasi Sekolah TS25:

6.2.6 Mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc terbaik.

6.2.7 Membangunkan kepakaran dalman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada

pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.

6.2.8 Membangunkan persekitaran pembelajaran yng berkesan dengan mengutamakan

kemenjasian murid.

6.2.9Guru Besar menyatakan bahawa semua guru perlu menyelitkan kriteria kejayaan dalam

Rancangan Pengajaran Harian. Guru Besar meminta guru-guru memberi fokus kepada

kriteria kejayaan yang lebih terperinci.

Tindakan : Guru Bahasa Tamil


7.0 PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

7.1 Guru Besar menyarankan guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan yang ada dalam

Pusat Sumber untuk kegunaan PDPC.

7.2 Beliau menyatakan guru-guru boleh menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat untuk

menjalankan aktiviti bacaan mengikut jadual yang diagihkan oleh guru Pusat Sumber. Selain

itu,aktiviti bacaan tersebut boleh diaplikasikan sebagai program bacaan Nilam.

7.3Guru Besar menyatakan prasarana Pusat Sumber seperti meja dan kerusi dirancang akan

diubahsuai pada masa akan datang bagi mengwujudkan suasana yang lebih kondusif.

7.4 Guru Pusat Sumber memberitahu guru matapelajaran perlu mengiringi murid semasa

mereka berada dalam Pusat Sumber bagi mengelakkan sebarang kecelaruan.

8.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL / PROJECT LEARNING CENTRE (PLC)

8.1 Guru Besar menjelaskan bahawa PLC perlu dijadikan sebagai alat untuk berkongsi maklumat
baru dan terkini mengenai kaedah PDPC di kalangan guru-guru panitia.

8.2 Beliau menyatakan guru-guru boleh membincangkan persepsi positif dan berkongsi
kandungan buku-buku ilmiah yang dibaca bersama guru-guru panitia yang lain.

8.3 Beliau turut menyatakan semua guru boleh merujuk kaedah PDPC dari negara lain dan boleh
dijadikan panduan yang baik.

8.4 Beliau menyarankan semua aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai evidens yang sah.
8.5 Beliau meminta ketua panitia untuk menyimpan evidens seperti gambar sebagai bukti PLC.

.8.6 Guru Besar menyatakan guru-guru perlu menjalankan aktiviti PAK21yang bersesuaian bagi
menimbulkan suasana PDPC yang menyeronokkan.

8.7 Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti PAK21 dapat membantu murid menghayati
PDPC tersebut serta menyukai guru matapelajaran tersebut.

8.8 Penolong Kanan Pentadbiran menyarankan bahawa guru matapelajaran perlu menulis tajuk
dan objektif PDPC pada ruang objektif di papan putih sebelum memulakan PDPC bagi
memberikan gambaran jelas kepada para murid mengenai kandungan PDPC pada hari
tersebut.

8.9 Beliau turut menyatakan unsur KBAT harus diberi tekanan dalam PDPC melalui soalan-
soalan aras tinggi bagi membolehkan murid-murid berfikir secara meluas.

9.0 PERANCANGAN PROGRAM PANITIA

9.1 Pengerusi turut menyatakan bahawa aktiviti panitia yang dirancang pada awal tahun
bertujuan mengenal pasti kebolehan dan kelemahan seseorang murid dalam P&P walaupun
tidak dapat dilaksanakan semua aktiviti pada tahun ini.

9.2 Pengerusi mencadangkan bahawa pembinaan modul khas bagi murid Tahap 1 dan 2
terutamanya untuk murid-murid yang lemah akan diselaraskan.

9.3 Guru Besar menyatakan peruntukan untuk pembinaan modul boleh diminta dari pihak
sekolah. Guru Besar turut menyarankan semua perancangan panitia perlu mngutamakan
kecemerlangan murid dan segala program yang dirancang harus mempunyai keberkesanan
yang mantap.
10. HAL-HAL LAIN

10.1 Guru Besar menyatakan bahawa program G4U akan menarik murid yang mempunyai
masalah ponteng. Beliau turut meminta guru-guru supaya mengendalikan murid tersebut
dengan kaedah psikologi yang menarik.

10.2 Guru Besar juga menekankan program vaksin bacaan Beliau berharap program ini akan
mengurangkan masalah bacaan murid.

10.3 Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah bersedia membantu para guru dalam
meningkatkan prestasi akademik murid .

Tindakan : Makluman
11.0 PENUTUP
11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap semua
tugasan yang telah ditetapkan akan dapat dijalankan sebaik mungkin. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------ -------------------------------------
(AASHAKUMARE A/P ASAITHAMBY) (CIK.A.POORNIMAH)
PENGERUSI, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PANITIA BAHASA TAMIL SJK(T) LADANG GALI.

Disahkan oleh,

-------------------------------------
(PN.V.SUKUNA )
GURU BESAR
SJK(T) LADANG GALI.

You might also like