You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG CHEMBONG

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


KALI PERTAMA / 2023

Tarikh : 27//3/2023
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran

1. En. Xavier Kathamuthu (Guru Besar)


2. En. N.Ravindharan ( GPK 1 )
3. Cik.V.Tilakavaty
4. Pn. S. Inthira kumari
5. En. V.Suresh

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada para guru yang sudi hadir
ke mesyuarat Panitia Sejarah kali pertama bagi sesi 2023/2024.
1.2 Beliau menyatakan subjek Sejarah adalah subjek yang penting dan harus
bergerak seiring dengan panitia teras yang lain.
1.3 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas bagi aktiviti –aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2022.
1.4 Beliau berharap guru-guru dapat memberi kerjasama dan komitmen bagi
menjayakan program-program yang akan dijalankan pada tahun 2023 .
1.5 Berharap guru- guru dapat memberikan input yang terbaik kepada anak didik
dengan mengaplikasikan sumber-sumber dari internet, youtube serta sumber
rakaman video .
1.6 Guru besar meminta para guru memberi pendedahan kepada anak murid
tentang sejarah Malaysia, negeri-negeri di Malaysia, tokoh dan sebagainya.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadang oleh : En. V. Suresh


Disokong oleh : Pn. S. Inthira kumari

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

Tindakan : Makluman

4.0.PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN/ISU SEMASA

4.1 Pengesahan Perlantikan AJK Panitia Sejarah 2023

Pengerusi : En. Xavier Kathamuthu


N.Pengerusi : En. N. Ravindharan
Setiausaha : Pn.S. Inthira kumari
N.Setiausaha : En.V. Suresh
AJK : Cik. V. Tilakavathy

4.1.1 Semua guru yang mengajar subjek Sejarah adalah AJK Panitia Sejarah dan
Ketua Panitia boleh menyediakan surat lantikan untuk dijadikan sebagai eviden untuk
simpanan fail.

4.2 FAIL DOKUMEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.2.1 Guru perlu mempunyai fail dokumen pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai keterangan peribadi, DSKP, Rancangan pelajaran tahunan,
rancangan pengajaran harian dan borang perekodan PBD iaitu rekod refleksi.
4.2.2 Fail dokumen pengajaran dan pembelajaran (fail putih) hendaklah dibawa
bersama dengan BRM semasa pdpc dijalankan.
4.2.3 Penulisan rancangan pengajaran harian telah diselaraskan dan diedarkan
untuk pengetahuan guru yang mengajar subjek Sejarah.
Tindakan : Guru –guru sejarah

4.3 SASARAN BAGI TAHUN 2023

TAHUN NAMA GURU PENCAPAIAN SASARAN

4 EN.V. SURESH - 90

5 PN.S.INTHIRA KUMARI 96 100


6 CIK.V.TILAKAVATHY 100 100

2
4.3.1 Guru tahun 4 diminta mengadakan ujian diagonastik untuk mengenalpasti
pencapaian murid.
4.3.2 Guru perlu menggunakan peta I-think semasa memberi nota ringkas supaya
murid dapat memahami dan mengingati fakta-fakta sejarah. Guru perlu
memberi latihan topikal selepas setiap pengajaran.

4.4 PENETAPAN BUKU TULIS DAN SEMAKAN BUKU LATIHAN


4.4.1 Penetapan buku tulis bagi matapelajaran Sejarah ialah sebuah buku nota
panjang.
4.4.2 Guru boleh menggunakan buku kerja Sejarah sumbangan oleh Persatuan
Budimas sebagai latihan tambahan.
4.4.3 Beliau juga meminta ketua panitia memastikan buku latihan dihantar
dan disemak oleh Guru Besar, GPK 1 dan Ketua Panitia tiga bulan
sekali.

4.5 PENCERAPAN DAN PENYEMAKAN BUKU LATIHAN

4.5.1 Jadual pencerapan telah disediakan oleh pentadbir. Pencerapan akan


dibuat dua kali setahun iaitu pencerapan kali pertama pada bulan Mei hingga
Julai
dan pencerapan kali kedua pada bulan Ogos hingga November.
4.5.2 Buku latihan murid perlu disemak dalam masa tiga hari dan guru juga perlu
memberi pujian atau teguran membina kepada murid.
4.5.3 Buku latihan murid juga perlu dicop 3 bulan sekali dan dihantar bagi perhatian
ibu bapa /penjaga.

Tindakan : Semua Guru


Sejarah

4.6 PROGRAM PENINGKATAN PANITIA SEJARAH

1) Program Jejak Ilmu – Soalan Google form


2) PLC dua kali
3) Sambutan Bulan Kemerdekaan
4) Mengemaskinikan Bilik Galeri Sekolah dan Galeri Sejarah
5) Berita terkini
6) Lawatan
7) Bank soalan UASA
Tindakan : Semua Guru
3
4.7 POST MORTEM PBD 2022

TAHUN/TP TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP5 TP6


TAHUN 4 6 2 5
TAHUN 5 6 11 6
TAHUN 6 2 6 10
JUMLAH 12 16 17 10

Tindakan : Makluman

4.8 PELAKSANAAN PDPC

4.8.1 Guru-guru perlu menggunakan KBAT, i-Think, dalam pdpc selaras dengan
pembangunan dan pengajaran abad ke-21. Contoh penggunaan pembelajaran
abad ke-21 seperti Gallery Walk, Traffic Light, Hot Chair dan sebagainya perlu
dicatat dalam RPH.
4.8.2 PLC perlu dirancang dalam panitia dan dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali
dalam setahun.

4.9 PENTAKSIRAN PBD

4.9.1 Pentaksiran bilik darjah dijalankan bagi semua kelas dan mata pelajaran.
4.9.2 Rekod refleksi perlu dicatatkan bagi setiap pdp yang dijalankan.
4.9.3 Pentaksiran PBD harus direkodkan 2 kali dalam setahun dan diedarkan kepada
para ibu bapa.

4.10 PELAN STRATEGIK


4.10.1 Pelan Strategik yang disediakan oleh guru perlu merangkumi borang OPPM,
Carta Gantt dan pelan operasi.

4.11 BBM
4.11.1 Guru perlu merekodkan dan menyenaraikan BBM yang ada serta boleh
mendapatkan BBM dari PSS.
4.11.2 Guru boleh menggunakan ICT, soalan wordwall, quizzi dalam pdpc.
4.11.3 Guru digalakkan menggunakan peta, bendera dan carta-carta tokoh dalam
pdpc.

4
Tindakan: Semua guru sejarah

4.12 ANGGARAN BELANJAWAN


4.12.1 Anggaran perbelanjaan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan
datang.

5.0. HAL-HAL LAIN

5.1 Guru besar menasihati para guru membuat rujukan awal sebelum pengajaran
dan pembelajaran.
5.2 Semua program yang telah dijalankan perlu ada kertas kerja dan laporan.
5.3 Standard pembelajaran perlu ditulis dengan penuh di dalam buku rekod.

Tindakan: Semua guru

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat telah ditangguhkan pada 3.30 petang.

Urus setia.

You might also like