You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni kali 1 / 2021

Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Tarikh : 8 Mac 2021


Tempat : Bilik Guru
Hari : Isnin
Masa : 1.00 petang
Kehadiran :

1. Cikgu Haji Mazlan bin Osman - GPK Kurikulum


2. Cikgu Fakhrul Anwar bin Adnan – GPK Ko Kurikulum
3. Cikgu Yusri bin
4. Cikgu Zuriati binti Musa – Ketua Panitia
5. Cikgu Haji Hasan bin Mohamed
6. Cikgu Mohamad Faiz bin Mohamad Ali
7. Cikgu Fatimah binti Abd Rashid
8. Cikgu Norlizah binti Tumin
9. Cikgu Nurul Izni bin Ishak
10. Cikgu Rosyidah binti Mat Nor
11. Cikgu Umi Izwani binti Tawang

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan wakil pentadbir Cikgu Haji Mazlan bin Osman.


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk hadir
bersama dalam mesyuarat panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama 2021.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan
mesyuarat kali pertama.
1.3 Beliau mengingatkan kepada semua guru supaya tidak menganggap mata
pelajaran Pendidikan Seni sebagai mata pelajaran sampingan tetapi ia
merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan
kognitif murid.
1.4 Diharapkan pada mesyuarat kali ini, semua guru dapat berbincang tentang
panduan menulis rancangan pelajaran tahunan dan harian supaya seragam
semua guru.
1.5 Beliau juga berpesan supaya panitia dapat berbincang untuk merancang
kewangan panitia dengan baik. Semua guru perlu berbincang untuk
mengemukakan pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang
perlu dibeli pada tahun 2021.
1.6 Perancangan program panitia 2021 juga perlu dilakukan dan pastikan
perancangan tersebut dapat dilaksanakan.
1.7 Beliau juga berpesan supaya pengurusan panitia pada tahun 2021 ini lebih
baik sama seperti panitia-panitia lain.

Tindakan : Semua guru

1
2. Ucapan pengerusi (Cikgu Zuriati binti Musa)
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
ke mesyuarat kali pertama 2021.
2.2 Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama untuk pembangunan
panitia.
2.3 Pengerusi juga berpesan supaya semua guru dapat memberikan komitmen
yang baik dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual dan tidak mengajar mata
pelajaran ini dengan sambil lewa.
Tindakan : Semua guru

3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Pelaksanaan PBS Pendidikan Kesenian – Penyimpanan evidens
3.2 Kekurangan bahan / alatan Pendidikan Seni untuk semua tahun.
3.3 Kekurangan bahan rujukan/ modul/ buku panduan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni.
Tindakan : Ketua Panitia

4. Agenda
4.1 DSKP, huraian sukatan dan rancangan pengajaran tahunan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
4.1.1 Semua guru perlu memastikan mempunyai DSKP dan rancangan
pengajaran tahunan yang terkini. Bagi mata pelajaran KSSR, guru
perlu mempunyai dokumen standard kurikulum dan rancangan
pengajaran tahunan sebagai bahan rujukan.
4.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
4.2.1 Rancangan pengajaran harian perlu ditulis selaras bagi semua guru.
Guru boleh merujuk edaran bagi cara penulisan rancangan pengajaran
harian yang tepat bagi format KSSR. (Lampiran).
Tindakan: Semua guru
4.3 PBS KSSR Dunia Seni Visual dan Pendidikan Kesenian
4.3.1 Semua guru perlu memahami pelaksanaan PBS KSSR. Guru yang
mengajar KSSR Dunia Seni Visual perlu memasukkan setiap hasil seni
murid ke dalam fail perkembangan murid dan memastikan fail
perkembangan murid sentiasa dikemas kini seterusnya memilih hasil
seni murid yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam fail showcase.
Tindakan : Guru DSV Tahun 4, 5 dan 6

4.4 Perancangan Kewangan Panitia 2021


4.4.1 Setiap guru boleh menyenaraikan barangan keperluan yang perlu
dibeli oleh panitia.
4.4.2 Cikgu Nurul Izni mencadangkan supaya panitia set alat tulis untuk
dijadikan hadiah bagi setiap pertandingan yang akan diadakan.

Tindakan : Semua Guru

4.5 Modul / Bahan untuk Guru Ganti


4.5.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah perlu menyediakan bahan untuk guru
ganti. Oleh itu, satu modul akan dibina sebagai bahan untuk guru ganti
mengajar Pendidikan Kesenian / Dunia Seni Visual.
2
4.5.2 Guru yang mempunyai bahan untuk pembinaan modul boleh
menyumbang kepada panitia. Guru boleh mendapatkan fail tersebut
daripada ketua panitia sekiranya ingin membuat rujukan.
Tindakan : Ketua Paniti / Semua guru

4.6 Program Panitia 2021


4.6.1 Pertandingan Menghasilkan Kad Ucapan Hari Guru Menggunakan
Teknik Doodle.
4.6.2 Pertandingan Mewarna sempena Hari Sains Negara
4.6.3 Program Bulan Kemerdekaan
4.6.4 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Tindakan : Semua Guru


4.7 Pengurusan Fail Panitia
4.7.1 Perkara-perkara yang perlu ada :
4.7.1.1 Fail Am 435
 No fail boleh rujuk di pejabat
 Nama fail tidak boleh ditampal. Perlu tulis menggunakan blok dan
kemas.
 Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini di pejabat
 Kertas minit fail direkod dan dikemaskini dengan sistematik
 Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat,
dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat.
 Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu
ada.
 Masukkan juga salinan pencerapan guru
Tindakan : Ketua / Setiausaha Panitia

4.8.1.2 Dokumen berkaitan panitia


 Misi dan visi panitia
 Objektif dan matlamat
 Struktur dan carta organisasi
 Maklumat, biodata atau profil guru
 Jadual waktu guru
 Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986
 Sukatan dan rancangan matapelajaran
 Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan
 Anggaran belanjawan tahunan
 Rancangan jadual pencerapan
 Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan
 Perkembangan staf – rancangan dan laporan
 Koleksi soalan - Peperiksaan dalaman dan ujian
Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru

5 Hal-Hal Lain
6.1 Cikgu Haji Mazlan mencadangkan supaya satu borang penilaian formatif /
sumatif dibuat untuk melihat perkembangan murid dalam aspek-aspek
penilaian seni.
Tindakan : Ketua Panitia
3
Disediakan Oleh :
_________________________
(ZURIATI BINTI MUSA)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
SK LKTP Pemanis 1

You might also like