You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA MELAYU 1/2021


 
Mesyuarat diadakan secara bersemuka pada 11 Mac 2021.

Pengerusi: Cikgu Farah Farhana binti Abu Seman

Kehadiran:
1. Cikgu Farah Farhana binti Abu Seman.
2. Cikgu Abd Latif bin Saugan.
3. Cikgu Sanggu anak Mansan.
4. Cikgu Nasrulizam bin Massuni.
5. Cikgu Mustahid bin Abdul Karim
6. Cikgu Arina Asilah binti Abdullah.

Tidak Hadir bersebab:


TIADA.

Agenda mesyuarat:
1. Kata-kata Aluan Ketua Panitia.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bil. 1/2020.
3. Perkara berbangkit.
4. Pengurusan panitia sesi 2021.
5. Kewangan panitia (PCG Mata pelajaran)..
6. Aktiviti panitia tahun 2021.
7. Hal-hal lain.

Butiran mesyuarat:-
1. Kata-kata aluan Ketua Panitia.
1.1 Ketua panitia berterima kasih atas kehadiran semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu pada
mesyuarat pertama Tahun 2021.
1.2 Ketua panitia berharap agar pengurusan program dan aktiviti panitia pada tahun ini berjalan
dengan lancar.
1.3 Ketua panitia memaklumkan Cikgu Abd Latif telah mewakili beliau dalam Mesyuarat
Pengurusan Panitia Bahasa Melayu peringkat PPD Selangau secara Google Meets.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bil. 1/2020.


2.1 Aktiviti panitia yang tertangguh pada tahun 2020 akan diteruskan pada tahun ini.
2.2 Ahli panitia diingatkan bahawa tahun ini banyak aktiviti panitia yang akan dilaksanakan namun
masih tertakluk kepada keadaan SOP pandemik Covid-19.
2.3 Diharap semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya.

3. Perkara berbangkit.
3.1 Tiada.

4. Pengurusan panitia sesi 2021.


4.1 Mewujudkan Fail Induk Panitia yang mengandungi Data Guru Bahasa Melayu, perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PLC, senarai jawatankuasa panitia, dan minit mesyuarat panitia.
4.2 DSKP, RPT dan RPH hendaklah dikemaskini dan dicetak oleh semua guru BM.
4.3 Borang transit PBD hendaklah disediakan lebih awal dan diseragamkan untuk semua kelas.
4.4 Penetapan TOV/ ETR murid adalah berdasarkan skor Tahap penguasaan.
4.5 ‘Book Club’ dilaksanakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa melayu dan hasil bacaan buku
dibentangkan semasa PLC untuk pengisian SPLG.
4.6 Aktiviti PLC-TSS dilaksanakan secara berterusan dan pelaporan bergambar disediakan sebagai
‘eviden’ aktiviti panitia.
4.7 Setiap program dan aktiviti panitia perlu disediakan dalam bentuk kertas kerja.
Tindakan: Ahli Panitia.
5. Kewangan panitia (PCG Mata pelajaran).
5.1 Semua ahli panitia diminta mengemukakan cadangan bagi pembelian alat atau
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
5.2 Senarai barangan perlu disediakan untuk memudahkan tempahan kepada pembekal.
Tindakan: Ketua Panitia.
6. Aktiviti panitia tahun 2021.
6.1 Menyediakan sudut bacaan iaitu ‘Sudut Bahasa Melayu’ dalam kelas dan sebuah rak untuk
menyimpan buku serta bahan pembelajaran murid.
6.2 Menyediakan sudut Panitia Bahasa Melayu dengan bahan Tatabahasa dan Seni Bacaan disalah
satu Lorong berbumbung (Susur gajah).
6.3 Menyediakan ‘Side Word’(Perkataan Hari Ini) disetiap sudut bacaan di dalam kelas.
6.4 Pelaksanaan aktiviti NILAM selama 30 minit seminggu perlu dilaksanakan mengikut jadual yang
disediakan oleh penyelaras Pusat Sumber.
6.5 Penganjuran ‘BULAN BAHASA’ pada bulan Ogos sempena bulan kemerdekaan dan kertas kerja
aktiviti perlu disediakan.
Tindakan: Ahli Panitia.
7. Hal-hal lain.
7.1 Cikgu Abd Latif mengemukakan cadangan agar setiap ahli panitia bekerjasama melatih murid
dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak PPD Selangau.
7.2 Cikgu Sanggu memohon agar Borang RPH yang disediakn oleh ketua panitia dimurnikan
semula.
Tindakan: Ketua Panitia.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:55 tengah hari.
Pencadang: Cikgu Nasrulizam bin Massuni.
Penyokong: Cikgu Sanggu anak Mansan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari.

Disediakan oleh,

(ABD LATIF BIN SAUGAN)


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,
SK Sungai Bawang, Selangau.

Disemak oleh,

(FARAH FARHANA BINTI ABU SEMAN)


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Sungai Bawang, Selangau.

Disahkan oleh,

(SALIH ANAK LIDAM)


Guru Besar,
SK Sungai Bawang, Selangau.

You might also like