You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN VISUAL KALI

PERTAMA 2020

Tarikh : 6 Januari 2020 ( Isnin )


Masa : 1.20 -2.20pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPAP
Kehadiran :
1. Cg. Hayati bt Azhar Othman ( Gurubesar )
2. Cg.Nooryati bt Pardi ( PGB Pentadbiran )
3. Cg.Sandiran A/L Alaganathan ( PGB Kokurikulum & Ketua Panitia )
4. Cg.Yunus Jamaal Yuvaraj bin Abdullah ( Setiausaha )
5. Cg.Adzlin Shafenaz bt Abu
6. Cg.Mohd Fauzi bin Abdullah

Catatan Mesyuarat:

1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kerana kesudian hali-ahli Panitia Pendidikan Kesenian Visual
yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat panitia kali pertama.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4 (2019) dan dicadangkan


untuk disahkan oleh Cg.Mohd Fauzi bin Abdullah dan disokong oleh Cg. Yunus
Jamaal bin Yuvaraj.

3. Perkara berbangkit

3.1 Tiada

4. Rancangan Tahunan Dan Borang Biodata Guru

4.1 Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan mengikut tahun


yang diajar dan berkongsi dengan guru-guru yang lain.

4.2 Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan boring biodata diri dan
menghantarnya kepada setiusaha sebelum 13/1/2020 supaya dapat dimasukkan
ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua guru PKV

5. Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti.

5.1 Semua guru Pendidikan Kesenian Visual dikehendaki menghantar Buku Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran dan E-RPH kepada guru besar mengikut
ketetapan
tarikh dan waktu yang telah ditetapkan pada setiap minggu.

5.2 Dalam masa yang sama semua guru PKV di minta merujuk jadual pencerapan
dan
penyeliaan yang telah diberikan serta berhubung dengan pencerap-pencerap
lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.
Tindakan :Semua Guru PKV

6.Semakan Prestasi Perbelanjaan

6.1 Pengerusi menerangkan mengenai prestasi perbelanjaan bagi setiap


panitia.Proses perbrlanjaan hendaklah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan
dan perlu dipatuhi oleh semua ahli panitia PKV dari masa ke semasa.

Tindakan: Semua Ahli Panitia PKV

7. Pameran Hasil Kerja Murid.

7.1 Hasil Lukisan dan kerja tangan pelajar perlu disimpan dan di letakkan di Bilik
Seni untuk dibuat rujukan dan dijadikan bahan pameran. Guru-guru juga boleh
menayangkan hasil kerja murid di papan kenyataan di setiap bilik darjah.

Tindakan : Ketua Panitia dan Guru PKV

8. Program Penambahbaikan Bilik Seni dan Muzik

8.1 Bilik Seni dan Muzik akan dibersihkan dan perlu menagadakan program gotong-
royong bagi menambahbaik bilik tersebut.

8.2 Guru-guru perlu berganding bahu bagi menghias bilik seni dan muzik.

8.3 Sudut paparan hasil seni murid perlu diwujudkan di dalam setiap kelas.

8.4 Hasil kerja murid perlu disimpan di dalam fail poket.

8.5 Semua peralatan muzik digunakan dengan baik dan disimpan semula ke tempat
asal selepas ianya digunakan.

8.6 Guru juga perlu merekodkan penggunaan bilik PSV dan PMZ pada buku yang
disediakan.

8.7 Selain itu, sebarang peminjaman juga pemulangan alat dan bahan dari bilik
PKV perlu direkodkan.
Tindakan: Semua guru PKV

9. Perancangan Awal Tahun dan DSKP

9.1 Ketua Panitia menerangkan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan


pada
awal tahun sebelum sesi pengajaran dan pembelaran bermula.

9.2 Guru-guru PKV telah diagihkan tugas untuk memuat turun DSKP mengikut
tahun-
tahun yang tetapkan dan menyimpan dalam bentuk CD dan dimuat naik dalam
ERPH masing-masing.
Tindakan: semua guru PKV

10. Perancangan Kewangan.

10.1 Semua guru panitia diminta mengurus dan merancang perbelanjaan untuk
tahun
2020 berdasarkan jumlah peruntukan dan baki wang yang ada.

10.2 Disarankan supaya menjalankan perbelanjaan berhemat dan bersesuaian


dengan
kemampuan.
Tindakan : Semua Guru
PKV

11. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun

11.1 Guru-guru telah ditugaskan untuk menyediakan kertas soalan bagi PPT dan
PAT
mengikut tahun yang ditetapkan.

12. Aktiviti Tahunan

12.1 Minggu Panitia PKV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan
Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah

12.1.1 Mewarna poster kemerdekaan

12.1.2 Melukis poster kemerdekaan

12.1.3 Pertandingan Lagu Patriotik


12.1.3 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

12.1.4 Melukis poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

12.1.5 Persembahan Murid Sempena Sambutan Hari Raya

13. Hal-hal Lain

13.1 Cg. Adzlin mencadangkan agar kertas lukisan untuk peperiksaan PPT dan PAT
dicop dengan cop sekolah supaya selaras.

13.2 Murid juga tidak diberi kertas lukisan tambahan jika diminta oleh murid
semasa PdP.

13.3 Minta jasa baik semua guru PKV untuk menjayakan Program Tahunan Panitia
dengan jayanya.

14. Ucapan Penangguhan

14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh:

.............................
(Yunus Jamaal Yuvaraj)
Setiausaha Panitia PKV

You might also like