You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Bil 1 /2020

Sk Datuk Undang Abdullah

Tarikh : 31 Disember 2020 (Selasa)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKDUA
Kehadiran :
1. Mohd Ara Bin Mohd Yusof
2. Shahrudin Bin Mat Sah
3. Ahmad Suhaimi Bin Mat
4. Alias Hassan Bin Sidek
5. Khairulnaimah Binti Yahya
6. Shahrulnizam Bin Natharudin

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan guru besar


1.1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan ummul kitab. Guru besar turut mengucapkan terima kasih
dan tahniah atas tugas dan usaha guru mengajar anak-anak murid sepanjang tahun
2019. Meskipun begitu, terdapat kejatuhan peratus lulus dalam subjek tertentu. Guru
besar berharap semua guru cakna dan mencatat tentang SPI dan SOP sebagai punca
kuasa sepanjang tahun ini.
1.2 Ucapan GPK1
1.2.1 GPK1 mengucapkan selamat kembali bertugas. GPK1 mengingatkan untuk
mengemaskini fail panitia dan melantik guru pembantu bagi panitia. Guru perlu
bersiap-sedia untuk Pemantauan Mesra Gemilang Pembelajaran pada tahun 2020.
GPK1 mengingatkan tugas hakiki guru ialah mengajar. Justeru, guru perlu mengikut
jadual waktu dan masuk ke kelas sekiranya mendapat kelas gantian.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Shahrulnizam B Natharudin.


2.2 Menyokong untuk disahkan oleh Pn. Khairulnaimah Bt Yahya.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengesahan jawatankuasa pelantikan 2020


3.1.1 Jawatankuasa pelantikan bagi Panitia Sejarah bagi tahun 2020 telah
dipersetujui. Pn. Khairulnaimah Binti Yahya kekal sebagai Ketua Panitia Sejarah dan
En. Shahrulnizam Bin Natharudin sebagai setiausaha.
Tindakan : Makluman
3.2 Rancangan Pengajaran Tahunan dan DSKP
3.2.1 Semua guru perlu membuat Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut DSKP
yang ditetapkan. QR Kod boleh digunakan untuk menyimpan RPT dan DSKP. Namun,
RPT dan DSKP secara bercetak juga perlu sebagai rujukan.
3.2.2 Mulai tahun 2020, DSKP Sejarah KSSR Semakan 2017 Tahun 4 digunakan.
Tindakan : Semua guru
3.3 Buku Rancangan Mengajar

3.3.1 Semua guru perlu menulis Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang
ditetapkan menggunakan buku RPH atau fail rekod mengajar.
3.3.2 Penulisan objektif pembelajaran perlulah berdasarkan DSKP dan eksplisit.
3.3.3 Buku Rancangan Mengajar perlu dihantar untuk semakan pada setiap hari
Jumaat.
Tindakan : Semua guru

3.4 Peperiksaan dan Pentaksiran

3.4.1 Penilaian dan pentaksiran bagi ujian sumatif akan diadakan dua kali sepanjang
tahun manakala bagi PBD dilaksanakan sepanjang tahun dengan sebanyak dua
kali setahun bagi penghantaran dan pelaporan PBD. Justeru, setiap guru
Sejarah perlu menghantar laporan bagi penggal pertama dan kedua.
3.4.2 Untuk ujian sumatif, guru kelas yang mengajar perlu membina sendiri instrument
dan serahkan satu salinan kepada ketua panitia.
Tindakan : Semua guru

3.5 Program Peningkatan

3.5.1 Guru perlu membuat PLC sekurangnya dua kali setahun bagi meningkatkan
kualiti PdPC guru di dalam kelas. Laporan PLC perlu diserahkan selepas PLC
dijalankan.
3.5.2 Bagi program peningkatan murid pula, guru diminta merancang satu sudut
sejarah di sekolah untuk menarik minat murid dengan sejarah. Bulan
Kebangsaan juga akan dikelolakan oleh Panitia Sejarah.
Tindakan : Semua guru
3.6 Peruntukan Kewangan PCG

3.6.1 Peruntukan Kewangan PCG perlu digunakan secara optimum untuk kegunaan
program peningkatan murid, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
3.6.2 Guru yang ingin membeli bahan bantu mengajar diminta menyenaraikan
barangan dan serahkan kepada ketua panitia.
Tindakan : Semua guru
3.7 Pencerapan hasil kerja murid
3.7.1 Latihan bertulis hendaklah diberikan kepada murid setiap minggu. Sehubungan
dengan itu, guru perlu menyemak buku latihan murid setiap minggu. GPK1 juga
akan membuat semakan buku tulis murid mengikut Jadual Pencerapan dalam
buku pengurusan sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.0 Hal-hal lain
4.1 Bulan Kebangsaan akan dilaksanakan mengikut takwim sekolah. Seperti tahun
sebelumnya, bulan kebangsaan akan dijalankan antara Hari Kemerdekaan
hingga Hari Malaysia.
4.2 Take off value (TOV) perlu disediakan mengikut kelas masing-masing.
4.3 Jadual peribadi guru sejarah hendaklah diserahkan kepada ketua panitia untuk
tujuan simpanan Fail Panitia.
Tindakan : Makluman
5.0 Penutup
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.05 pagi.

Disediakan oleh ,
______________________
(KHAIRULNAIMAH BINTI YAHYA)
Ketua Panitia Sejarah

You might also like