You are on page 1of 2

SK MERBAU

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 2/2020


Tarikh : 27 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran : 1. En. Filbert Hagar
2. En. Kuah@Jebi anak Aseh

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Perkara-perkara yang dibincangkan
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan rakan guru yang mengajar sejarah.

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

3.0 Perkara-perkara berbangkit
3.1 Pengerusi menyatakan bahawa guru yang mengajar sejarah telah menggunakan DSKP
dengan sepenuhnya.

Tindakan: Makluman

3.2 Penggunaan RPH juga telah menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

Tindakan: Makluman

4.0 Perkara-perkara yang dibincangkan


4.1 Peruntukan PCG yang telah diperuntukkan dicadangkan untuk membuat sudut sejarah.
Peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM 800 dan kertas kerja juga telah disiapkan(Rujuk
Lampiran).

Tindakan : Makluman

4.2 Penilaian PBD untuk tahun 4 adalah sekurang-kurangnya TP 4 dan keputusan lulus penuh
untuk kelas Tahun 5 dan Tahun 6. Penilaian akhir tahun adalah dijangka pada awal Disember
dengan merujuk kepada Takwim jadual oleh PPD.
Tindakan : Makluman

4.4 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk Tahun 2021 perlulah
sentiasa disemak dan disimpan untuk kegunaan pada tahun hadapan.

Tindakan : Makluman
4.5 Tiada program luar yang dapat dijalankan pada tahun ini memandangkan ancaman
daripada wabak Covid 19. Arahan dari KPM juga telah menetapkan SOP yang ketat semasa
proses PdPc serta tahap kesihatan murid sentiasa dipantau.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Semakan buku latihan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tindakan: Semua guru Sejarah

6.0 Ucapan penangguhan


6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,  Disemak oleh,

____________________________ ____________________________
(En Kuah@Jebi anak Aseh)  (En Othman bin Haji Ibrahim)
Setiausaha Panitia Sejarah  Guru Besar
SK Merbau, Serian SK Merbau, Serian

You might also like