You are on page 1of 6

PROGRAM TRANFORMASI DAERAH

LAPORAN PELAKSANAAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH 2019 (DPS)

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU KEMIDING


DIALOG PRESTASI BIL. 2/ 2019
TARIKH : 30 JAN 2019
TEMPAT : BILIK GURU

TARIKH MASA TEMPAT RUMUSAN KEHADIRAN


30.01.2019 2.30 Bilik Guru Agenda Dialog Prestasi Bil.2/2019
ptg 1.PERUTUSAN PENGERUSI - En. Mohd. Amin Bin
Ucapan Guru Besar: Abdullah @ Jamin
- Guru Besar mengucapkan selamat datang anak Entiri
kepada semua guru serta staf serta - En. Harris Kebing
mengucapkan terima kasih atas - Pn. Lia ak Kaya
kerjasama semua guru dan staf bertugas - Cik. Noradini Rosli
yang menghadirkan diri. - En. Charlse Tung
- En. Peter Saweng
- Pn. Caroline ak
2.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Geogry
- Tiada perkara berbangkit diusulkan - Pn. Luk Li Ing
- Cik Khatijah binti
Ibrahim
3. RUMUSAN DAN PENGESAHAN MAKLUM
- Pn. Senia Wong
BALAS DIALOG PRESTASI YANG LALU
- Cik Allana Anelise ak
- Guru Besar meminta Setiausaha untuk
Entili
membentangkan rumusan dan maklum
- Pn. Siti Khuzaimah
balas dialog prestasi yang lalu untuk
pengesahan.
- Rumusan dan maklum balas dialog
prestasi disahkan oleh Cik Allana dan
disokong oleh Pn. Lia Kaya.

3.PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU/


LAPORAN

3.1 Kedatangan Murid Dan Intervensi


- Kehadiran murid bagi bulan Januari 98.59
% adalah pada tahap yang memuaskan.
- Beliau juga mengingatkan supaya semua
guru memastikan maklumat murid dalam
buku rekod lengkap.

3.2 Pencapaian Dalam Ujian /Peperiksaan


Dan Intervensi
- Guru Besar membincangkan tentang kelas
Gear Up yang akan dilaksanakan dan
kemudahan pembelian buku latihan
tambahan juga telah dicadangkan kepada
pihak PIBG dalam mesyuarat PIBG yang
telah lepas bagi membantu murid-murid
tahun 6 meningkatkan pencapaian
masing-masing. Tindakan telah
diambilmaklum oleh Cikgu Harris selaku
PK1.
- Penetapan keseluruhan sasaran yang
ditetapkan untuk ujian dignostik Tahun 6
adalah lulus 100% dan target sasaran
sekurang-kurangnya mendapat GPS 2.86
dan setelah ujian diagnostik dilaksanakan,
peratus kelulusan yang diperolehi ialah
sebanyak 14.20% lulus dan gagal 85.71%,
GPS yang diperolehi adalah 3.69 sahaja.
Guru Besar menyarankan agar
berdasarkan keputusan ujian diagnostik
tersebut, semua guru tahun 6 diminta
membuat intervensi awal bagi membantu
murid-murid mengikut tahap dan
kemahiran setiap murid kerana setiap
murid mempunyai tahap kemahiran yang
berbeza.

- Cikgu Harris juga menyatakan


memandangkan LINUS telah dibatalkan
dan sekolah diberi kebebasan
menentukan cara bagi membantu murid-
murid yang masih belum menguasai 4
kemahiran asas. Oleh yang demikian,
adalah menjadi tanggungjawab semua
membantu guru pemulihan bagi
melaksanakan program intervensi untuk
membantu murid-murid berkenaan
mencapai tahap menguasai kesemua
kemahiran.

3.3 Disiplin Murid dan Intervensi


- Cikgu Lia menyatakan semua guru
yang ada di sekolah merupakan guru
dispilin. Oleh itu, pengurusan disiplin akan
menjadi tanggugjawab setiap guru di
sekolah. Beliau juga memohon agar
semua guru melaporkan amalan dan
tingkahlaku yang baik ke dalam sistem
SSDM. Sekiranya berlaku kes disiplin
yang ringan Guru Besar menjelaskan agar
tidak perlu dimasukkan ke dalam SSDM
kerana boleh diselesaikan secara luaran
dengan baik.

- Guru Besar juga berkongsi tentang Ziarah


Cakna yang telah dihadiri oleh beliau di
SK Ng Tada bersama PPD. Program itu
juga merupakan Program yang dilhamkan
oleh Menteri Pendidikan sendiri, iaitu YB
Dr. Maszlee Malik. Ia merupakan program
yang menunjukkan pihak sekolah sentiasa
mengambil peduli hal murid yang ada di
sekolah sama ada yang bermasalah dari
segi pembelajaran atau tingkahlaku di
rumah. Program tersebut juga dilakukan
pada waktu petang dan bukan pada waktu
pdpc, supaya murid tidak tercicir dalam
pelajaran. Lawatan ke rumah murid yang
bermasalah akan dilakukan untuk
membantu murid-murid berkenaan
meningkatkan prestasi dalam akademik
mahupun kemahiran dalam kehidupan
seharian. Namun begitu sekiranya murid
yang disasarkan tidak mempunyai
masalah yang serius, pihak sekolah akan
menyelesaikan masalah tersebut di
peringkat sekolah terlebih dahulu.

- Guru Besar juga menegaskan agar


pengurusan dalam kelas perlu dilakukan
oleh setiap guru dengan betul bagi
memastikan pdpc berjalan dengan lancar.

3.4 Keberadaan Guru


- Semua guru dan akp perlu mengikut
prosedur yang telah ditetapkan sekiranya
keluar pada waktu pdp, sebarang urusan
berkaitan urusan rasmi akan dikeluarkan
surat kebenaran keluar contohnya untuk
mengiringi murid dalam pertandingan.
Guru besar juga memaklumkan agar
mengisi borang terlebih dahulu jika ingin
keluar dari kawasan sekolah terutama
waktu rehat atau masa free period, jika
boleh guru tidak digalakkan untuk keluar
agar tidak disalahtafsir oleh sesetengah
pihak luar. Maklumkan juga kepada guru
besar atau semua PK jika tiada guru besar
sekiranya ada kecemasan yang
memerlukan kebenaran untuk keluar dari
sekolah. Hal ini juga untuk mengelak
daripada berlakunya perkara seperti
kemalangan.
- Laporan Keberadaan guru yang dulunya di
bawah tanggungjawab Pn. Doris akan
dilaksanakan oleh pengganti beliau iaitu
Pn. Siti Khuzaimah Mohammad bagi
penghantaran laporan ke pejabat.

3.5 Kualiti Kepimpinan Dan Kualiti Guru


- Semua guru perlu menjaga penampilan
diri dan berpakaian kemas sesuai dengan
imej seorang pendidik.
- Semua guru juga diingatkan untuk
menandatangani buku kehadiran setiap
kali waktu bertugas dan balik bertugas,
supaya dapat melindungi diri guru sendiri
daripada perkara yang boleh
memudaratkan guru.
- Borang lampiran G juga perlu diisi
sekiranya ingin keluar atas urusan rasmi di
luar, urusan peribadi atau kecemasan.
Borang tersebut perlu ditandatangani oleh
Ketua Jabatan iaitu Guru Besar. Sekiranya
Guru Besar tiada, guru boleh berhubung
kepada PK yang ada di sekolah.

3.6 PBPPP

- Guru Besar juga menyentuh tentang


PBPPP, beliau menyatakan pelantikan
AJK bagi PBPPP perlu ditubuhkan bagi
tahun 2019. Guru Besar telah melantik Pn.
Siti Khuzaimah sebagai urus setia yang
baru bagi menggantikan Pn. Doris yang
telah berpindah tempat bertugas. Carta
organisasi bagi AJK tersebut juga perlu
dibuat dan dipamerkan.
- Bagi aspek penilaian, Guru Besar
merupakan penilai pertama bagi PK dan
penilai kedua adalah pihak pejabat.
Manakala bagi guru-guru pula PK akan
menjadi penilai pertama dan Guru Besar
akan menjadi penilai kedua. Semua guru
diminta menyediakan KPI masing-masing
seperti yang dilakukan pada tahun yang
lepas. Salinan borang keberhasilan akan
disimpan oleh urus setia dan guru itu
sendiri. Guru Besar menyarankan agar
semua guru dapat menyediakan KPI
keberhasilan awal tahun termasuklah
menyenaraikan tugas khas dan tugas
akademik. Sekiranya ada perubahan yang
berlaku, Guru Besar menyatakan beliau
akan memaklumkan kepada semua guru.
Borang keberhasilan akan diserahkan
kepada Guru Besar untuk dibentang di
PPD. Manakala pelarasan markah juga
akan dibuat selepas cuti Sambutan Tahun
Baru Cina.
- Cikgu Harris turut menambah takwim
sekolah akan diselaraskan mengikut
takwim yang diedarkan oleh pihak pejabat.
Dokumentasi SKPMG yang disediakan
pada tahun lepas juga perlu dikemaskini
untuk penilaian bagu tahun 2019.
- Guru Besar menyatakan dalam e-pangkat,
sekiranya pegawai mempunyai masalah
tatatertib akan menyebabkan urusan
kenaikan pangkat terjejas. Bagi
mendapatkan maklumat lebih lanjut
tentang kenaikan pangkat tersebut juga
boleh dibaca dan dimuat turun daripada
gmail sekolah.

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1
- Pastikan kebersihan kelas dan kawasan
sekolah sentiasa dijaga, terutama bagi
guru yang bertugas.

4.2
- Cikgu Harris juga mengingatkan guru yang
mengajar subjek Bahasa Iban perlu
membuat hantaran untuk gabungan data
di pejabat pada minggu ini. Data SEGAK
mulai minggu ini perlu dikemaskini bagi
tahun 4,5 dan tahun 6. Penyelaras bagi
Data SEGAK di Daerah Kanowit adalah
Cikgu Kenny. Tindakan perlu diambil oleh
guru-guru PJ dan di bawah pemantauan
PK 1.

4.3

- Cikgu Noradini memberikan makluman


bahawa perjumpaan KK akan bermula
pada tarikh 13 Feb 2019. Guru-guru
dikehendaki memakai baju T shirt untuk
KK hanya pada waktu petang, bukan pada
waktu pagi. Kecuali kepada guru PJ yang
mengajar pada waktu pagi. Beliau juga
memaklumkan tentang kad PSKPP bagi
guru yang telah berpindah seperti Cikgu
Luk, beliau dikehendaki menukar no ahli
mengikut sekolah semasa bertugas.

- Selain itu Guru Besar juga memberikan


amaran kepada semua guru-guru dan akp
termasuklah pekerja swasta tidak
dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
Hal ini disebabkan sekolah diwartakan
sebagai premis kerajaan tempat kawasan
larangan merokok.

5. RUMUSAN
- Guru besar menyatakan harapan agar
semua guru dan staf dapat menjalankan
tugas-tugas khas berdasarkan pelantikan
yang akan dibuat dalam masa yang
terdekat ini.

7. PENUTUP
- Guru Besar berharap agar pada tahun ini
prestasi murid akan dapat di tingkatkan.
- Beliau juga memohon maaf sekiranya
terdapat kekurangan dalam
mempengerusikan Dialog Prestasi dan
menangguhkan Dialog Prestasi pada
pukul 3.30 petang.

.......................................................................

Tandatangan dan cap pengetua/guru besar

You might also like