You are on page 1of 7

EKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56


Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil Acara Teks


Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan.. diiringi oleh
TETAMU
... Yang Dipertua PIBG
SK, bersama En. , Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK,
Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Skrk.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
.,
Yang Berusaha
En. ..,YDP PIBG SKRK
En. .. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SKRK
Yang dihormati , Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SKRK
., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SKRK.

Ahli Jawatankuasa PIBG SKRK,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SKRK yang
dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan
SKRK 2016 . Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama
hormat kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


menerima tabik mempersilakan . untuk menerima tabik hormat
hormat dari daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
peserta perbarisan

-
Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan
Bendera yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa
kejohanan bendera Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman,pembawa
bendera Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan
pembawa bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik


Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam
Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan


Biru mottonya Biru Boleh. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin
Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi
rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah
Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai
Merah seramai 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap
Lawan. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin
Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal
bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt
Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai
Kuning seramai 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya Kuning
Dipersada. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin
Shaarani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza
bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya Hijau Sapu
Hijau Habis. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin
Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi
rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen
rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini
Prasekolah adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada
Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt
Saad dan Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn.
Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari
Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.


menaikkan Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan
bendera upacara menaikkan bendera kejohanan.
.. LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali


ke-56 bagi tahun 2014.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding


pembawa bendera maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
mengiringi yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.
pembaca ikrar
Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan
Persembahan Silat Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul
Aiman bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang


Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En.
Khairul Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen
padang yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

MUZIK PERBARISAN
.

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan
lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamilmengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlanuntuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh adik..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan
kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
penyampian penghujungnya.
hadiah ketegori
khas(6) Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut
rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK


Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil,
Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang
untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like