You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MACANG BUBOK

JALAN GAJAH MATI


14020 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-4 / 2021

Tarikh : 9 Disember 2021

Hari : Khamis

Masa : 1.30

Tempat : Bilik Mesyuarat ( Bersemuka )

Kehadiran :

1. Cik Rahayu Bt Baharom


2. Pn. Hasanah Bt Che Mokhtar
3. En. Thinagaran A/L Thyegarajan
4. Pn. Arumugam Rajeshwari A/P Kittapa
5. Pn. Suganthy A/P Supparau

Agenda :
1) Ucapan pengerusi
2) Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
3) Perkara Berbangkit
4) Pengurusan Profesional
i. KPM PerkasaKu
ii. PBD
iii. Unsur KBAT dalam PdPc
iv. PerancanganTahunan 2022/2023
5) Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Cikgu Rahayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali ke 4 untuk tahun 2021. Pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang
tahun 2021.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


2.1 Disahkan oleh : En. Thinagaran A/L Thyegarajan
2.2 Disokong oleh : Pn. Suganthy A/P Supparau

3. Perkara Berbangkit
3.1 Kursus Semakan KSSR Tahun 5 telah selesai dan dikira sebagai PLC. Ketua Panitia telah
membuat laporan dan serahkan kepada Cikgu Faridah.
3.2 Pentaksiran Bilik Darjah akhir tahun (PBD) telah selesai dilaksanakan.
3.3 Rekod pengajaran cikgu hendaklah dibuat setiap hari. Cikgu dikehendaki membuat
rancangan pengajaran sebelum kelas bermula tidak boleh buat selepas kelas dijalankan
kerana ia akan mendatangkan masalah kepada cikgu-cikgu.
3.4 Semua guru telah dicerap oleh penilai masing-masing.
3.5 Semua ketua panitia telah pun menghantar perancangan strategik.
3.6 Tiada sebarang program khas yang dijalankan untuk Program Peningkatan
akademik, Cuma cara untuk menarik murid-murid untuk mengikuti kelas PdPR.
3.7 Program HIP juga tiada sebarang projek yang dijalankan. Segala kain rentang
juga telah dibuka diatas arahan.
3.8 Tentang penataran PBD, guru-guru dikehendaki menyediakan rekod transit dan
eviden.
3.9 PBPPP juga telah selesai dan keberhasilan juga telah dihantar.
Tindakan : Semua guru

4. Pengurusan Profesional
4.1 KPM PerkasaKu
4.1.1 Semua ketua panitia telah mendapat taklimat tentang penataran KPM PerkasaKu.
4.1.2 Pihak PPD telah memberi taklimat kepada ketua panitia melalui googlemeet.
4.1.3 Guru besar telah masukkan semua bahan tentang KPM PerkasaKu ke dalam
telegram rasmi sekolah.
4.1.4 KMP PerkasaKu ini ada satu program baru yang telah dilancarkan oleh Ketua
Pengarah Pendidikan iaitu Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum.
4.1.5 Tujuaan KPM PerkasaKu adalah untuk:
i. Mengurangkan jurang apa yang murid dapat semasa PdPR.
(Tiada peperiksaan yang setara)
ii. Fokus utama adalah PBD. PBD wajib dilaksanakan untuk
menilai murid. Tetapkan Tahap Penguasaan (TP) murid.
iii. Pelaksanaan CUP 2 – Catch Up Plan 2 bermula 3 Januari
2022 – 25 Februari 2022.
iv. M2P- Mampatan Pecutan Pengayaan.
v. KAK – Kandungan Asas Kurikulum.
vi. SumberKu- Bahan Sokongan PDP.
4.1.6 Dalam melaksanakan Catch Up Plan 2 ini semua guru dikehendaki mengetahui
tahap peguasaan murid kemudian menetapkan pendekatan PDP seperti bertema,
modular, projek, simulasi dan sebagainya.
4.1.7 Guru juga dikehendaki melakukan aktiviti sama ada pemulihan, pengukuhan atau
pengayaan mengikut tahap penguasaan murid.
4.1.8 Guru-guru dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 70% KAK. Dan seterusnya
yang 30% lagi guru-guru dikehendaki membuat pecutan dan pengayaan.
4.1.9 Semua guru dikehendaki melengkapkan borang yang telah diberikan sebelum 3
Januari 2022.
4.1.10 Seterusnya ketua panitia dikehendaki membuat analisis tentang TP murid dan
menentukan pendekatan yang hendak di ajar kepada murid.

Tindakan : Semua guru

4.2 PBD ( Pentaksiran Bilik Darjah)


4.2.1 Tarikh akhir pengisian data PBD pada 7 Disember 2021. Semua guru telah pun
mengisi data PBD masing-masing.
4.2.2 Guru-guru dikehendaki membuat ulasan guru kemudian guru kelas boleh cetak dan
serahkan kepada murid.
4.2.3 Guru kelas juga boleh menghantar keputusan PBD murid melalui aplikasi Whatsapp
secara peribadi kepada waris murid.
4.2.4 Salinan keputusan PBD murid hendaklah disimpan di dalam fail peribadi murid.
4.2.5 Kita juga akan membuat dialog prestasi untuk keputusan pentaksiran ini pada
mesyuarat sesi akan datang.
Tindakan : Semua guru
4.3 Unsur KBAT dalam PdPc
4.3.1 Semua ketua Panitia dikehendaki mengingatkan anak buah masing-masing supaya
memasukkan unsur KBAT dalam setiap PdPc.
4.3.2 Murid-murid hendaklah didedahkan dengan Peta i-think.
4.3.3 PPS ( pentaksiran )secara dalaman di minta semua guru bersedia untuk
menyediakan soalan bagi subjek teras sahaja.

Tindakan : Ketua Panitia


4.4 PerancanganTahunan 2022/2023
4.4.1 Ketua panitia dikehendaki membuat perancangan tahunan bagi tahun 2022/2023
setiap panitia masing-masing.
4.4.2 Ketua panitia dikehendaki menghantar Perancangan tahunan kepada PK
Pentadbiran pada minggu pertama sesi 2022/2023 iaitu pada bulan Mac 2022.
4.4.3 Perancangan strategik, operasi & taktikal hendaklah dihantar pada akhir minggu
sesi 2021/2022 iaitu pada bulan Februari 2022.
4.4.4 Dalam Perancangan Tahunan, ketua panitia dikehendaki menyenaraikan satu
aktiviti iaitu “Hari Panitia” seperti Pameran dan Hasil Kerja Murid.

Tindakan : Ketua Panitia


5. Hal-hal lain
5.1 Buku latihan murid dikehendaki serahkan kembali kepada murid-murid kerana kita tidak
tahu segala kemungkinan boleh berlaku pada masa sekarang.
5.2 Ketua panitia dikehendaki memilih buku kerja bagi matapelajaran teras yang sesuai untuk
kegunaan murid tahun 4,5 & 6 bagi sesi 2022/2023 sebelum 9 Januari 2022.
5.3 Kemas kini fail panitia setiap panitia masing-masing.
5.4 Jadual baru akan diberi pada bulan Mac 2022.
5.5 Pendekkan waktu rehat dari 30 minit ke 20 minit dan mansuhkan waktu persediaan.

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat kali ke 4 tahun 2021 ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… …………………………….

(Pn. Arumugam Rajeshwari A/P Kittapa) (Cik Rahayu Bt Baharom)

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris

You might also like