You are on page 1of 7

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN MANTIN

71700 MANTIN,
NEGERI SEMBILAN

Ruj.Kami :SMKM 600-3/2/7 (7)


Tarikh :21 Ogos 2021

Kepada,
Pn Noorizan binti Majid - Ketua Bidang Sains dan Matematik
Cik Kok Dik Shiang - Ketua Panitia Matematik Men.Bawah
Pn Noor Juliana binti Awang - Ahli Panitia
En Bala a/l Subramaniam - Ahli Panitia
Cik Lee Hian Keen - Ahli Panitia
En Norhazrimi bin Abd Alim - Ahli Panitia
En Faizal Hadi bin Jamalus - Ahli Panitia
En Ahamad Rahime bin Agir - Ahli Panitia
Pn Tan Hui Teng - Ahli Panitia

Tuan / Puan

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK MENENGAH RENDAH KALI KETIGA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Mesyuarat akan diadakan secara atas talian mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 28 Ogos 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Kediaman masing-masing (Link Google Meet akan diberi 15 minit
sebelum mesyuarat)
3. Agenda mesyuarat:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat Bil 2/2021
3. Perkara berbangkit
4. Fokus mesyuarat
4.1 Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah PBD
4.2 Pencerapan Guru Kali Ketiga
4.3 Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan PDPR
4.4 Program-Program Panitia
4.5 Semakan Buku Latihan
5. Hal-hal lain
6. Penutup

4. Kehadiran adalah diwajidkan Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSIH.MUAFAKAT.SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

(KOK DIK SHIANG)


Ketua Panitia Menengah Men Bawah
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK MENENGAH RENDAH
KALI KETIGA SESI 2021

TARIKH : 28 OGOS 2021


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING .(SECARA GOOGLE MEET)

KEHADIRAN:
HADIR :

1. Pn Noorizan Binti Majid (Ketua Bidang)


2. Cik Kok Dik Shiang (Ketua Panitia)
3. Pn Noor Juliana Binti Awang
4. En Norhazrimi Bin Abd Alim
5. Pn Tan Hui Teng
6. En Ahmad Rahime Bin Agir
7. Cik Lee Hian Keen
8. En. Bala A/L Sinnasamy

TIDAK HADIR
1. En Faizal Hadi bin Jamalus (Tidak Bersebab)

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat menghadiri
mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-2 SESI 2021


2.1 Minit mesyuarat kali ke-2 sesi 2021 telah disahkan tanpa pindaan.

Pencadang : Puan Noor Juliana


Penyokong : En. Norhazrimi
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Guru – guru perlu berusaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

3.2 Pembelian jangka lukis, protraktor, dan kalkulator untuk guru dan pelajar telah

dibuat.

Tindakan : Makluman

4.0 FOKUS MESYUARAT


4.1 Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah PBD
4.1.1 Template PBD penggal pertama telah berjaya dilengkapkan dan dihantar
pada SU PBD.
4.1.2 Ketua Bidang menekankan bahawa PBD adalah bukti bagi pengajaran
secara online
4.1.3 Para guru diminta membuat dan menghantar borang transit perekodan
PBD pada akhir tahun ini.
4.1.4 Guru yang mempunyai borang perekodan transit PBD tahun 2020 boleh
berkongsi borang tersebut bersama guru baru sebagai rujukan.
4.1.5 Borang transit perekodan PBD T1, T2 & T3 perlu diselaraskan.
4.1.6 Penghantaran mestilah dalam bentuk softcopy dan hardcopy kepada
Ketua Panitia untuk difailkan dan senang dirujuk
4.1.7 Borang transit boleh dijadikan eviden untuk PBPPP.

Tindakan : Makluman

4.2 Pencerapan Guru Kali ke-3 bermula 18 Ogos hingga 10 Oktober 2021.
4.2.1 Semua guru diminta bersedia untuk pencerapan. Guru boleh merujuk
elemen-elemen dalam SKPM2 bagi membuat persediaan.
4.2.2 Pencerapan boleh berlaku secara online dan offline.
4.3.3 Guru – guru boleh merujuk pencerap masing – masing untuk
menetapkan tarikh dicerap.
4.3 Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan PDPR
4.3.1 PdPR akan diteruskan sehinggan 4 Oktober 2021.
4.3.2 Analisis ketidakhadiran murid dalam PDPR

Jumlah (Orang)
Tingkatan
Jun 2021 Julai 2021
T1 56 (3.20 %) 56 (3.20 %)
T2 78 (4.45 %) 94 (5.37 %)
T3 66 (3.77 %) 92 (5.25 %)

4.4 Program-Program Panitia


4.4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik berkongsi mengenai saluran
Telegram Norazila Khalid Edu.
4.4.2 Pihak sekolah memperkenalkan telegram tik-tok pembelajaran untuk
guru-guru bagi menghasilkan video PdP yang menarik.
4.4.3 Pelbagai perkongsian nota padat dan video ringkas untuk dikongsi
bersama murid.
4.4.4 Guru – guru digalakkan untuk berkongsi kaedah yang digunakan di
dalam PdPR.

4.5 Semakan Buku Latihan


4.5.1 Guru diminta membuat persediaan awal sebelum sekolah dibuka pada 4
Oktober 2021.
4.5.2 Skor atau band yang diberi perlu dicatat tarikhnya selepas penyemakan
nota atau latihan.
4.5.3 Apabila sekolah dibuka, setiap guru perlu menghantar rancangan
mengajar dan menunjukkan latihan/bahan yang diberi kepada pelajar
sepanjang PdPR kepada Ketua Bidang.

Tindakan :Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Dalam mesyuarat Kurikulum telah diputuskan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun
akan dijalankan apabila sekolah dibuka nanti. Berikut merupakan penggubal
soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2021 iaitu:
Tingkatan 1 : En Bala a/l Subramaniam
Tingkatan 2 : Cik Kok Dik Shiang
Tingkatan 3 : Norhazrimi bin Abd Alim
5.2 Soalan-soalan PAT yang telah dicetak dan diriso pada tahun 2020 akan diguna
semula untuk tahun 2021. Penggubal perlu menyemak semula bilangan
mengikut kelas, membuat pertukaran tarikh dan melakukan pembungkusan
semula untuk tahun 2021.
5.3 Pada tahun 2022, Bidang Sains dan Matematik telah diamanahkan oleh pihak
sekolah untuk menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Guru Inovatif.
Guru Matematik menengah rendah dicadang untuk menghantar penyertaan dan
penyertaan digalakkan secara berkumpulan.

6.0 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 tengahari.

Tindakan : Makluman

Disediakan oleh :

......................................................
(AHMAD RAHIME B AGIR)
Guru Panitia
Matematik Menengah Rendah
SMK Mantin

You might also like