You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERTING

28700 BENTONG, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BILANGAN KEDUA TAHUN 2023/2024

Tarikh : 17 Januari 2024


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En. Lee Mun Phau (PK1 SJK(C) Perting)

KEHADIRAN

1. En. Lee Mun Phau ( GPK 1 )


2. Cik Chan Ann Kee
3. En. Goh Chun Seong
4. Cik Loo Loke Yoke Rei
5. Cik Yong Kim Mei
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi kali kedua bagi sesi persekolahan 2023/2024.

1.2. Pengerusi berharap semua guru terus memberi kerjasama dan perkhidmatan
yang cemerlang demi mempertingkatkan lagi prestasi sekolah dalam bidang
akademik bagi tahun 2023/2024.

Tindakan: Semua Guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1. Dicadangkan oleh : Cik Loo Loke Yoke Rei


2.2. Disokong oleh : Cik Yong Kim Mei

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara berbangkit.

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

4.1.1. Set soalan UASA yang disediakan oleh KPM telah download pada 4hb
Januari 2024. Subjeknya ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Matematik, Sains dan Sejarah. Jumlah markahnya ialah 50.

4.1.2. Format soalan UASA telah disediakan oleh penggubal soalan seperti yang
dilampirkan. Hanya murid-murid tahap 2 akan menduduki UASA.

4.1.3. Kualiti set soalan akan disemak oleh ketua panitia dan setiausaha panitia
masing-masing. Sebarang penambahbaikan soalan mesti berbincang
dengan pihak pentadbir untuk membuat keputusan bersama.

4.1.4. Format set soalan mata pelajaran lain adalah tertakluk kepada keputusan
panitia dan pentadbir yang berjumlah 100 markah. Keputusan subjek Reka
Bentuk dan Teknologi , RBT adalah bergantung kepada projek akhir.

4.1.5. Perekodan markah UASA adalah bermula dari 18hb Januari.

4.2. Pentaksiran Bilik Darjah

4.2.1. Guru mata pelajaran masing-masing akan menyelaraskan tahap


penguasaan,TP setiap murid dengan rujukan PBD edisi kedua. Perekodan
PBD berterusan bermula dari 18hb Januari.
4.2.2. Murid-murid yang telah diberi TP selepas penyelarasan akan dianalisis
oleh ketua panitia untuk mendapat justifikasi, intervensi dan tindakan
susulan. Hal ini akan dibincangkan dalam sesi dialog prestasi Fasa 2 yang
bertarikh 24 Januari.

4.2.3. Borang perekodan perlu sentiasa dikemas kini sebagai evidens


sepanjang masa.

4.3. Dialog Prestasi Fasa Kedua

4.3.1. Ketua panitia akan mendapat justifikasi tentang TP setiap murid.


Seterusnya mendapat langkah mengatasinya. Hal ini penting untuk
mengubal program kecemerlangan panitia masing-masing yang ternyata
dalam bahagian One Page Manager, OPPM pelan strategik 2024 hingga
2026.

4.3.2. Kelompok murid dikelaskan berdasarkan Analisis Data Penguasaan PBD


Tahun 4 hingga 6 Fasa Kedua sesi persekolahan 2023/ 2024 seperti
dalam jadual berikut.

TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6


TAHUN 4 0 0 3 8 14 4
TAHUN 5 0 0 2 25 13 10
TAHUN 6 0 0 2 25 13 10

4.4. Hari Pelaporan PBD Kali Kedua

4.4.1. Terjatuh pada 6hb Februari. Guru mata pelajaran dikehendaki berbincang
dengan penjaga atau ibu bapa untuk menambahbaikan keberhasilan pada
masa akan datang. Guru kena bermuafakat dan mendapat persetujuan
untuk mewujudkan keberkesanan komunikasi untuk mengorak intervensi.

4.5. Pelan Strategik 2024 -2026

4.5.1. Pelan strategik panitia 2024 - 2026 telah disediakan bermula dari Januari
2024. Isu strategik sentiasa berkait dengan 4 komponen iaitu pemimpin
berkesan, Pdpc berkualiti, persekitan bermakna dan pelibatan ibu bapa,
komuniti dan swasta.

4.5.2. Isu strategik panitia dikenalpastikan. Tindakan penambahbaikan dan


program kecemerlangan bertujuan meningkat kemenjadian murid.
4.6 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Pelajaran Rancangan
Pengajaran Tahunan

4.6.1. Guru perlu memastikan fail Pengajaran disiapkan dengan lengkap


sebelum tarikh penghantaran terakhir, iaitu pada 6 Februari 2024.

4.6.2. Salinan DSKP dan RPT perlu dipulangkan kepada ketua panitia sebagai
persediaan sesi persekolahan baharu.

Tindakan: Semua Guru

5. HAL- HAL LAIN

5.1. Bahan bantu mengajar yang perlu dibeli hendaklah mengikut kesesuaian semasa
bagi mengelakkan pembaziran.
Tindakan: Makluman

6. PENUTUP

6.1. Ucapan penangguhan oleh Encik Lee. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih
dan berharap SJK (C) Perting akan terus cemerlang dalam peningkatan
pencapaian bagi tahun 2024/ 2025.

6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................... .....................................

(CHAN ANN KEE) (LEE MUN PHAU)


Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Guru Penolong Kanan Kurikulum
Tarikh: 17 Jan 2024 Tarikh: 17 Jan 2024
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERTING
28700 BENTONG, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BILANGAN KEDUA TAHUN 2023/2024

Tarikh : 17 Januari 2024


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En. Lee Mun Phau (PK1 SJK(C) Perting)

KEHADIRAN

NAMA GURU TANDATANGAN

1. En. Lee Mun Phau

2. Cik Chan Ann Kee

3. En. Goh Chun Seong

4. Cik Loo Loke Yoke Rei

5. Cik Yong Kim Mei


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERTING
28700 BENTONG, PAHANG.

LAPORAN BERGAMBAR PENYELARASAN SKOR DAN TAHAP


PENCAPAIAN MURID PANITIA RBT

Tarikh : 17 Januari 2024


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En. Lee Mun Phau (PK1 SJK(C) Perting)

You might also like