You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NIK DAUD

TANAH MERAH KELANTAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA SAINS BIL 4 2023/2024

Tarikh: 16 -1-2024

Masa: 1.30 tengahari

Tempat: dewan sk nik daud

Pengerusi: En Ahmad Hanapi B Senik (GB)

PKP : En Amran b Jaafar

Kehadiran: En Faizal Azmi B Ab Rahman

En Rus Amin B Ab Razak

En Nazri Bin Che Ab Rahman

1. Ucapan pengerusi.

Mesyuarat dimulai dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah


Mesyuarat mengambil maklum bahawa perlu selaraskan bilangan mesyuarat sebanyak
4 kali setahun berpandukan pekeliling yang telah ada.

Mesyuarat mengambil maklum bahawa aktiviti panitia perlu melibatkan semua murid
dari tahun 1 hingga tahun 6 bertujuan untuk memastikan perancangan yang
dicadangkan dapat dijalankan bagi melicinkan aktiviti panitia.
Tindakan: semua guru

2. Ucapan pentadbir.

Penerangan ringkas perlaksanaan pelan tindakan KPMperkasaKu.

3. Pelan tindakan KPMperkasaKu

3.1 CATCH PLAN

Semua guru mesti bersedia untuk pelaksanaan catch plan untuk pembelajaran bersemuka
tahun 2021. Merancang baki sukatan yang belum dilaksanakan tahun 2021 dan akan dibawa
ke tahun 2022.
3.2 mampatan ,pengukuhan dan pengayaan m2p

Semua guru mesti mengelaskan murid dalam tiga kumpulan. Mampatan tp 1,2 pengukuhan
tp3,4 dan pengayaan tp 5,6. Senaraikan murid mengikut tahap penguasaan . ini bertujuan
untuk melaksanakan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menepati kehendak
KPMperkasaKu.

3.3 PBD dan Intervensi

Semua guru sains telah pun mengisi PBD akhir tahun . perlu membuat rumusan untuk
mengenali murid yang berada dalam tahap penguasaan yang berbeza. Perlunya penyedian
intervensi .

3.4 pentaksiran setara standart PSS

Pentaksiran ini akan dilaksanakan menjelang buka sekolah 2022. Semua murid terlibat .
pentaksiran ini bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap setiap kemahiran
yang telah dipelajari saban tahun lepas.

3.5 UASA dan idme

a Pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

 Mesyuarat mengambil maklum tentang Sistem Pengurusan IDentiti


KPM (idMe) yang akan diguna pakai oleh semua guru dalam bidang
pendidikan.

 Mesyuarat mengambil maklum bahawa fungsi sistem idMe pada


peringkat permulaan akan digunakan oleh guru-guru bagi mengisi
tahap pentaksiran murid-murid selepas Ujian Akhir Sesi Akademik
(UASA) dijalankan.

 Terdapat dua jenis pelaporan yang perlu diisi iaitu pentaksiran secara
berterusan akhir sesi akademik (PBD) untuk tahap 1 dan tahap 2 serta
pentaksiran berdasarkan Ujian Sumatif UASA untuk tahap 2 sahaja.

Tindakan : guru subjek dan guru kelas

 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa format UASA


terkini untuk tahun 4, 5 dan 6 bagi kertas sains adalah sebagaimana
berikut :

 Jenis Instrumen: Ujian Bertulis.


 Jenis item :
 Objektif aneka pilihan (OAP)
 Objektif pelbagai bentuk(OPB)
 Subjektif respon terhad (SRT)
 Bilangan Soalan:
a) Bahagian A
 10 soalan (10 markah).
b) Bahagian B
 2 soalan ( 8 markah.)
b) Bahagian C
 4 soalan ( 32 markah)

 Jumlah Markah: 50 markah.


 Konstruk:
 Mengingat
 Memahami
 Mengaplikasi
 Menganalisis
 Menilai
 Mencipta
 Kemahiran proses sains
 Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit.

 Guru sains perlu memahami format yang terkini agar dapat


membimbing murid-murid semasa pdpc khususnya untuk teknik
menjawab soalan.

 Ketua Panitia boleh mendapatkan tahap penskoran bagi subjek sains


dengan Penolong kanan Pentadbiran.

Tindakan: Ketua panitia

 Mesyuarat mengambil maklum bahawa UASA akan bermula pada hari


Isnin sehingga Khamis iaitu pada 16-19 Januari 2024.

 Bagi tahun 4 dan 5, ujian akan diadakan di dalam kelas masing-masing


manakala bagi tahun 6 pula ujian ini akan diadakan di dalam Dewan
Gemilang. Susun atur meja adalah mengikut susunan
ujian/peperiksaan.

 Guru waktu pertama akan mengambil kertas soalan dan


mengagihkannya kepada murid-murid. Guru waktu terakhir ujian akan
mengutip soalan dan menyerahkan kertas ujian kepada guru yang
mengajar subjek berkenaan.

 Untuk jadual UASA tahap 1, adalah mengikut waktu subjek masing-


masing.

Tindakan: Semua guru sains


 Ketua Panitia boleh mendaparkan Skema jawapan untuk soalan UASA
bagi subjek sains daripada PKP.

Tindakan: Ketua Panitia

 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua murid layak untuk


menduduki UASA.

 Konsep ujian ini adalah berdasarkan komponen PBD dan Pentaksiran


Sumatif.

 Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa pengurusan untuk UASA


bermula dengan mengemaskini APDM. Guru kelas perlu sentiasa peka
dan memastikan bahawa segala maklumat dalam APDM adalah tepat.

Tindakan : Guru kelas

 Sebagai langkah keselamatan, semua kertas UASA tahap 2 akan


disimpan dan diletakkan di dalam bilik guru besar.

Tindakan: Makluman

a. Pelaporan Sistem Penilaian Pentaksiran Bersepadu (SPPB)

 PKP memaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu


(SPPB) merupakan satu sistem pengurusan pentaksiran yang baru,
berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran Kementerian.

 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah salah satu kaedah yang
akan digunakan untuk menilai Tahap Prestasi (TP) murid Tahap 2
(Tahun 4,5,6) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi sesi
akademik tahun 2022/2023.

 Pelaporan Ujian/Keputusan Pentaksiran ini akan dilaporkan secara atas


talian (SPPB) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

 Selepas pengisian pelaporan tahap pentaksiran ini, guru-guru perlu


membuat pelaporan untuk penyerahan pelaporan PBD ini kepada
ibubapa.

 Setiap panitia perlu membuat analisis pelaporan UASA . Ini bertujuan


untuk mengenal pasti TOV dan ETR bagi persediaan sesi 2023/2024.

 Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa perbincangan antara


panitia matapelajaran lain amat perlu supaya tiada jurang yang terlalu
tinggi bagi penetapan Tahap Penguasaan (TP) kepada seseorang murid
terutama bagi subjek teras.

Tindakan : Makluman

4. ucapan penangguhan .
Mesyuarat panitia sains bil 4/2023 ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan akan
mengadakan mesyuarat bil 1/2024pada 7 mac 2024.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


……………………. …………………….
(NAZRI BIN CHE AB RAHMAN) PKP/Ketua Panitia ,
Setiausaha,
tarikh: tarikh :
Disahkan oleh :
………………………………………….
( AHMAD HANAPI BIN SENIK )
Guru Besar

You might also like