You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK

36000 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI


KALI PERTAMA SESI 2020

Tarikh : 11 Februari 2020 ( Selasa )


Masa : 1. 15 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En. Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak ( KP )
Kehadiran : 5 orang

Nama kehadiran :
01. En. Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak

02. En. Mohamad Bin Ismail ( PK 1 )

03. En. Khairil Akmal Bin Jalil ( PK Ko )

04. En. Zazali Bin Mohd Shari

05. En. Mohd Zahir Bin Mulkan

06. Pn. Rohazuinah Binti Mohd Noor

07. Pn Iza Mahani Binti Mutadza

1. UCAPAN PENGERUSI ( En. Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak )

1.1 Mengucapkan salam, memulakan mesyuarat dengan bacaan ulmu kitab Al-Fatihah dan mengalu-
alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk menjayakan mesyuarat panatia kali pertama ini.

1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi mandat kepada
beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun 2020.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru untuk mengajar
matapelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada tahun ini serta mengharapkan guru-guru dapat
berkongsi pengalaman dan idea untuk memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan.

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT


2. UCAPAN PENASIHAT ( En. Mohamad Bin Ismail )
2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua guru Panatia RBT pada hari itu dan
mengharapkan agar semua guru dapat berbincang serta memberikan idea untuk menaiktarafkan
pencapaian cemerlang.
2.2 Mengharapkan semua guru mengikut dasar kurikulum yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
supaya memudahkan guru melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap
pelajaran.
2.3 Mengharapkan supaya guru-guru perlu membuat post mortem setiap kelas yang diajar selepas setiap
peperiksaan untuk fokus pada kelemahan dan kekuatan murid dalam subjek berkenaan.
2.4. Memandangkan sekolah ini merupakan Sekolah Transformasi , justeru susunan kelas secara
berkumpulan diteruskan sejajar dengan kelas abad 21 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Panitia juga diminta membuat perancangan strategik untuk program peningkatan panitia.

. Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT

3. AGENDA

3.1 DASAR KURIKULUM

3.1.1 SEKOLAH TRANSFORMASI

Makluman semua guru agar memastikan kelas dalam keadaan lengkap dengan keperluan
yang sepatutnya seperti jadual waktu, jadual tugasan, pelan kebakaran, peraturan kelas &
peraturan kerja kumpulan , kerusi meja dalam keadaan baik & susunan berkumpulan. (ada
pelbagai jenis susunan meja kumpulan, ikut kesesuaian) , learning standard & successful
criteria , parking lot diisi, penggunaan reward chart dan sudut hasil kerja murid.
3.1.2 Adalah dicadangkan penggunaan parking lot, mengedarkan kertas dan meminta murid
menulis apa aktiviti yg mereka ingin buat berkaitan mana-mana subjek. Sudut hasil kerja
adalah kerjasama semua guru yang mengajar di kelas tersebut. Memandangkan minggu
ini genap 4 minggu persekolahan, maka minggu depan LEARNING WALK akan
dijalankan dan kriteria di atas akan di ambil kira.
4. KSSR
1. DKSP bagi matapelajaran RBT Tahun 4 adalah menggunapakai DSKP Semakan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah 2017 (KSSR) yang dilaksanakan mulai tahun 2020 bagi Tahun 4 sahaja.
Prinsip Kandungan termasuklah penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras
antarabangsa dan memperkukuhkan penerapan KBAT. Prinsip Pedagogi melibatkan pendekatan
pembelajaran mendalam, kontekstual dan berkesan dan prinsip Pentaksiran mengikut
perkembangan pembelajaran murid yang ditaksir secara berterusan. Strategi Kandungan melibatkan
penjajaran semula kandungan kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan. Di samping
mengeksplisitkan KBAT dalam penyataan standard DSKP. Strategi Pedagogi melibatkan
peruntukan waktu mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan. Seterusnya,
strategi pentaksiran melibatkan perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan
Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP.
2. Bagi murid-murid Tahun 5 dan 6 pada Tahun 2020 berjalan seperti biasa mengikut DKSP yang telah
diberikan.

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT

5. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)


5.1 Pelaksanaan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru membuat penilaian
PBD melalui rekod transit. Adalah diharapkan penilaian dijalankan dengan telus semasa
menilai murid-murid.Penilaian akhir akan dimasukkan ke dalam rekod offline sebelum
diserahkan kepada setiausaha PBS sekolah Puan Wan Salina bt Wan Hussin pada akhir
tahun.
( Tindakan : Semua guru RBT )

6. DSKP , REKOD TRANSIT DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


6.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek RBT Tahun 4- 6 beserta Rekod
Transit untuk menilai murid semasa sesi Pdpc di dalam kelas. Penggunaan rekod transit
adalah selaras untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
6.2 Guru-guru digalakkan menggunakan komputer untuk menulis buku rancangan mengajar
selaras dengan sistem pendidikan yang menggalakkan penggunaan ICT disamping
memudahkan guru-guru yang mengajar menulis format RPH yang panjang.
( Tindakan : Semua guru RBT )
7. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
7.1 Mesyuarat memaklumkan contoh RPH Pembelajaran Abad 21 yang perlu digunakan oleh
semua guru panitia Reka Bentuk dan Teknologi.
7.2 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan penulisan RPH perlulah dilengkapkan
sebelum sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
( Tindakan : Semua guru RBT )

8. PROSEDUR PEMBELIAN PANITIA DAN PENGURUSAN STOK


8.1 Mesyuarat menerima maklum supaya guru-guru yang ingin membuat pembelian
bahan atau peralatan untuk Pdpc perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini
pengurusan stok dari semasa ke semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.
( Tindakan : Semua guru RBT )

9. PENCERAPAN HASIL KERJA MURID DAN PEMANTAUAN


9.1 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan tugasan dan latihan yang telah
diberikan kepada murid perlu disemak dan dinilai termasuk buku kerja supaya tiada
sungutan dan rungutan daripada penjaga murid.
9.2 Pencerapan hasil kerja murid akan dilakukan oleh pentadbir 3 kali setahun. Untuk
RBT pencerapan akan dilakukan oleh Tuan Guru Besar.
( Tindakan : Semua guru RBT )

10. UCAPAN PENANGGUHAN


10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Berharap
semua guru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid
terutama untuk mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Surah al Asr

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .............................................................
( MOHD ZAHIR BIN MULKAN ) ( MOHD JUNAIDI BIN MOHD SUJAK)
SETIAUSAHA, KETUA PANITIA,
PANITIA RBT PANITIA RBT
SK SEBERANG PERAK SK SEBERANG PERAK
Disahkan oleh,

....................................................
( EN. NORAINI BIN SAMAD )
GURU BESAR,
SK SEBERANG PERAK
36000 TELUK INTAN, PERAK

You might also like