You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK

KALI PERTAMA 2021


_________________________________________________________________________________

Tarikh : 16 Januari 2021

Hari : Ahad

Masa : 1.15 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : 1. Tn. Hj Amran bin Ahmad

2. En. Shahrelizzuan bin Ishak

3. En. Mohd Firdaus bin Md Yusoff

4. Pn. Nor Azizan binti Muda

Tidak Hadir Bersebab


Tiada

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kash kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat
Panitia TMK SK Sultan Ahmad Tajuddin kali pertama.

1.2 Meminta semua guru meneliti dan menyemak Takwim Kurikulum 2021 bagi
menyelaraskan segala aktiviti panitia pada tahun ini.

1.3 Guru Panitia TMK diminta untuk menjalankan pengajaran mengikut Kurikulum KSSR
sebelum semakan 2019.

Makluman : Semua guru

2. UCAPAN ALUAN PENASIHAT

2.1 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia TMK di atas
kesudian menghadiri mesyuarat dan mengucapkan tahniah atas kerjasama yang
diberikan terhadap aktiviti yang dirancangkan.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lepas untuk pengesahan jawatankuasa


yang hadir.

Cadangan minit disahkan oleh : Encik Mohd Firdaus Md Yusoff

Disokong oleh : Puan Nor Azizan binti Muda

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Semua ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa subjek TMK Tahun 4 dan Tahun
5 telah dimansuhkan dalam KSSR Semakan 2019.

4.2 TMK hanya diajar kepada murid Tahun 6 seminggu sekali.


5. GURU MENGAJAR TMK

Pecahan guru mengikut kelas:

Kelas 6MM, 6MP, 6K, 6S – Mohd Firdaus bin Md Yusoff

Kelas 6T – Nor Azizan binti Muda

6. DSKP / RPT

6.1 Salinan sukatan pelajaran, DSKP dan RPT boleh dirujuk dalam fail panitia.
6.2 Penyediaan RPT berdasarkan bilangan minggu persekolahan.
Tindakan : Semua guru
7. Rancangan Pengajaran Harian

Format penulisan RPH hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:


7.1 Standard Kandungan
7.2 Standard Pembelajaran
7.3 Objektif Pembelajaran
7.4 Aktiviti PAK 21
7.5 Nilai Murni
7.6 Refleksi / Catatan
Tindakan : Semua guru
8. Pembina Soalan

Ujian Bulanan 1 Mohd Firdaus bin Md Yusoff


Peperiksaan Pertengahan Tahun Mohd Firdaus bin Md Yusoff
Ujian Bulanan 2 Nor Azizan binti Muda
Peperiksaan Akhir Tahun Mohd Firdaus bin Md Yusoff

9. Semakan Buku Tulis dan Buku Aktiviti

Jadual semakan buku tulis dan buku aktiviti berdasarkan Prospektus Sekolah 2021.
Tindakan : Semua guru
10. Kewangan

Perancangan PCG panitia digunakan untuk menaik taraf kemudahan di makmal komputer.
Makluman : Ketua Panitia
11. Hal-hal Lain

Encik Mohd Firdaus memaklumkan penggunaan permainan video berasaskan pendidikan


(Code Combat) telah diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 6 untuk meningkatkan
kemahiran pengaturcaraan.

12 Penutup

Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir
atas perhatian dan sumbangan pendapat dalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh :

......................................................
Nor Azizan binti Muda
Setiausaha
Panitia TMK SKSAT

You might also like