You are on page 1of 5

PK11 Pengurusan Mesyuarat

PK 11/3
SISTEM PENGURUSAN KUALITI

SEKOLAH KEBANGSAAN DENGKIL

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 1 2023/2024

Tarikh : 16 Mac 2023

Masa : 10:30 pagi

Tempat : Kelas 1 Intelek

Pengerusi : Encik Muhammad Taib Bin Jamaludin@Fadzil

Kehadiran(Bilangan) :
1. Ahmad Syarifuddin Bin Abdul Aziz (Setiausaha PJPK)
2. Muhammad Syazwan Bin Md Yazid
3. Md Faizal Bin Mohd Udin
4. Rajini a/p Manickam
5. Nursheila Binti Bacho
6. Nor Ain Bt Md Anuar
7. Siti Zayanie Bt Zulkifli
8. Khalidah Bt Mohamed
9. Afifah Bt Sukor
10. Puteri Zarith Sofia Bt Awalludin
11. Anis Nur Nazurah Bt Mohd Zamzuri

Tidak Hadir bersebab:


1. Ahmad Farhan Bin Ismail
2. Munaliza Bt Mohd Amin
3. Norazilah Bt Kammijo

Turut Hadir :
1. Mohd Zainurin Bin Md Yasin ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Mesyuarat Panitia


Bil 1/2023.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli panitia ke mesyuarat panitia kali
pertama Bil.1/2023.

1.3 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
kerjasama melaksanakan aktiviti dan program panitia sepanjang sesi
2022/2023.

1.4 Pengerusi berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua


ahli panitia.

Makluman

2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Bil 4/2022 disahkan tanpa
pindaan.
PK11 Pengurusan Mesyuarat

Dibentang oleh : Muhammad Taib Bin Jamaludin@Fadzil


Dicadang untuk disahkan oleh : Md Faizal Bin Mohd Udin
Disokong untuk pengesahan oleh : Mohd Zainurin Bin Md Yasin

Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
Makluman

4 PERKARA-PERKARA BAHARU :

4.1 Makluman Minggu Persekolahan dan Minggu Akademik

4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa jumlah minggu


persekolahan bagi sesi 2023/2024 ialah sebanyak 38 minggu bagi sesi
pagi dan 40 minggu bagi sesi petang.

Makluman

4.1.2 Bagi penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan Tahap 1, minggu


persekolahan dan minggu akademik adalah sebanyak 40/42 minggu.

Makluman

4.1.3 Bagi penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan Tahap 2 pula, minggu


persekolahan dan minggu akademik adalah sebanyak 38/42 minggu.

Makluman

4.2 Pengurusan Panitia

4.2.1 Pengerusi meminta semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengisi dan
menghantar satu salinan borang maklumat diri kepada setiausaha panitia.

Tindakan : Semua guru PJPK

4.2.2 Semua guru juga perlu memberikan satu salinan jadual waktu untuk
dimasukkan ke dalam fail panitia.

Tindakan : Semua guru PJPK

4.3 Penyediaan RPT

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penyediaan RPT hendaklah menggunakan tapak takwim
yang telah dikongsikan oleh setiausaha kurikulum.

Makluman

4.3.2 Pengerusi membaca senarai penyedia RPT Bahasa Melayu bagi setiap
tahun.

Tahun 1 : Ahmad Syarifuddin Bin Abdul Aziz


Tahun 2 : Ahmad Farhan Bin Ismail
Tahun 3 : Nor Ain Bt Md Anuar
Tahun 4 : Siti Zayanie Bt Zulkifli
Tahun 5 : Md Faizal Bin Mohd Udin
PK11 Pengurusan Mesyuarat

Tahun 6 : Muhammad Taib Bin Jamaludin@Fadzil

Tindakan : Semua guru yang terlibat

4.3.3 Pengerusi mengingatkan bahawa Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) setiap
subjek yang telah diberi oleh KPM perlu digunakan sebagai rujukan semasa menyiapkan RPT
dan menjalani Pentaksiran Sekolah.

Makluman

4.3.4 Pengerusi meminta penyedia RPT agar dapat memperbanyakkan RPT mengikut jumlah guru
yang mengajar dan menyerahkannya kepada guru besar untuk disahkan.

Tindakan : Semua Penyedia RPT

4.4 Penyediaan RPH

4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa format penulisan RPH bagi Panitia PJPK akan diselaraskan
agar tidak ada pelbagai versi.

Makluman

4.4.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru panitia bahawa tapak RPH akan dimuat naik ke
dalam Whatsapp Panitia PJPK SKD 2023/2024 oleh setiausaha panitia.

Tindakan: Setiausaha Panitia

4.4.3 Pengerusi mengingatkan semua guru bahawa RPH yang ditulis perlulah
berpandukan RPT dan perlu disiapkan sebelum mula waktu mengajar.

Makluman

4.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Penjaminan Kualiti

4.5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa Pentaksiran Bilik


Darjah (PBD) perlu dilaksanakan sepanjang tahun bagi semua murid
Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Makluman

4.5.2 Pengerusi meminta semua guru mata pelajaran agar menyediakan Rekod Perkembangan Murid
bagi melihat perkembangan penguasaan kemahiran murid bagi setiap topik dan kemahiran
yang diajar.

Makluman

4.6 Analisa PBD dan UASA Sesi 2022/2023

4.6.1 Pengerusi meminta semua guru melihat salinan analisis UASA dan PBD bagi membincangkan
punca / masalah dan intervensi.

PUNCA/MASALAH INTERVENSI
1. Masalah kehadiran 1. Mengadakan ziarah Cakna.
2. Murid tidak menguasai kemahiran asas 2. Menggunakan kaedah TgFU.
dan kurang berminat.

4.7 Program (BMI 5-9T)


PK11 Pengurusan Mesyuarat

4.7.1 Pengerusi meminta guru subjek PJPK untuk menjalankan intervensi terhadap Program BMI 5-
9T tersebut mengikut status BMI setiap murid.

Tindakan : Guru PJPK Tahap 1

4.7.2 Guru Besar telah memberi arahan supaya program ini perlu ada kertas kerja.

Tindakan : Setiausaha PJPK

4.7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2021 berkenaan
Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) untuk murid
sekolah Malaysia berumur lima hingga sembilan tahun mengikut kalendar akademik bermula
sesi 2023/2024 serta Buku Panduan Standard Pengukuran untuk Murid Sekolah Malaysia
Berumur Lima hingga Sembilan Tahun (BMI 5-9T).

Makluman

4.7.4 Guru PPKI mohon pencerahan berkenaan dengan murid kurang berat badan cara bagi
melaksanakan Program BMI ini.

Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Program

4.8 Ujian SEGAK

4.8.1 Ujian akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri apabila surat siaran keluar dan akan
dilaksanakan ujian “pre” dan “post”.

Tindakan : Makluman

4.8.2 Pengerusi memaklumkan semua guru PJPK Tahap 2 untuk melaksanakan Ujian SEGAK sesi
2023/2024 seperti dalam arahan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 Tahun 2016 –
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Sekolah Malaysia (SEGAK).

Tindakan : Makluman

4.9 Pengurusan Belanjawan

4.9.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan belanjawan pada tahun 2023 yang diperoleh
panitia hanyalah 42% iaitu sebanyak RM3,355.91. Baki dari tahun sebelum ini ialah sebanyak
RM1,543.46.

Makluman

4.9.2 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia perlu merancang program sehingga Disember 2023
sahaja dan membeli peralatan bilik sukan dengan menggunakan bajet belanjawan yang ada.
Tinggalkan baki sebanyak 5% daripada jumlah peruntukan.

Makluman

4.9.3 Guru-guru Tahap 1 mencadangkan kepada pengerusi agar membeli penimbang berat dan juga
pembesar suara. Hal ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dan di padang serta dewan.

Tindakan : Ketua Panitia


PK11 Pengurusan Mesyuarat

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru bertanyakan tentang subjek PJ boleh dilaksanakan atau tidak semasa bulan puasa dan
telah diberi penerangan oleh Ketua Panitia PJPK bahawa boleh melaksanakan PJ tapi bergantung
kepada topik yang tidak terlalu berat dan memenatkan murid. Guru perlu menyesuaikan topik di bulan
puasa.

5.2 Guru-guru PJPK diminta menghantar borang maklumat guru dan salinan jadual kelas guru.

Tindakan : Semua Guru PJPK

6 PENUTUP

a) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


b) Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:32 pagi.
c) Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Unit Kurikulum Bil 2/2023 akan
dimaklumkan nanti.

Urus Setia
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
SK Dengkil

Tarikh : 19 Mac 2023

You might also like