You are on page 1of 6

SK JALAN RAJA MUDA, 50300 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN


KESIHATAN BIL 1/TAHUN 2022
Tarikh : 24 Mac 2022
Masa : 2.00 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran:

Bil Nama
1. En. Mohd Faris Bin Ismail (Pengerusi)
2. En. Akmal Aliff Bin Baharum (Setiausaha)
3. En. Ahmad Fikrul Amin
4. En. Mohd Hafiz Bin Miswan
5. En. Mohd Ridhuwan Bin Mohamad
6. En. Marzuki Bin Mustafa
7. En. Mohd Haidzir Bin Md Isa
8. En. Muhammad Arif Bin Mazlan
9. En. Akmal Safwal
10. En Hassanul Iqbal Bin Nawawi

Turut Hadir
En. Roszi Bin Rahim (GPK Kokurikulum SK Jalan Raja Muda)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
atas kehadiran dalam mesyuarat kali ke ketiga bagi tahun 2021.

1.2 Pengerusi menyatakan semua agenda mesyuarat hendaklah dibincangkan


dengan teliti.

1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk kerana telah
menjayakan semua program sepanjang tahun 2021 dengan jayanya.

1.4 Setiap pelaksanaan PdP hendaklah menggunakan bahan dan peralatan


yang sesuai untuk memastikan keselamatan murid terjamin.

1.5 SOP pembelian hendaklah dipatuhi mengikut jumlah peruntukan yang


telah ditetapkan.

1.6 Fail panitia perlulah sentiasa dikemaskini dan perlu melaksanakan


sekurang kurangnya 6 kali PLC dalam setahun.

1.7 Penggunaan alatan bagi kelas PJPK perlu dibersihkan sebelum dan
selepas pelaksanaan PdP.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan minit mesyuarat Bil 3 / 2021, disahkan tanpa


sebarang pindaan.

Cadangan : En. Mohd Haidzir Bin Md Isa


Sokongan : En. Ahmad Fikrul Amin
3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. AGENDA MESYUARAT

4.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH), RANCANGAN


PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN DSKP.
4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa RPH
hendaklah diselaraskan bagi semua guru mengikut format RPH TS25
yang baru serta akan diserahkan oleh Pengerusi.

Tindakan: Pengerusi PJPK

4.1.2 RPT juga hendaklah dipastikan mengikut penyelarasan yang betul


serta DSKP boleh disediakan di dalam bentuk file QR code untuk
diletakkan di dalam Fail Rancangan Mengajar (FRM) setiap guru.

Tindakan: Semua guru

4.2 PBD

4.2.1 Semua guru dimaklumkan bahawa hendaklah memastikan PBD


setiap murid dijalankan dengan telus dan amanah. Teknik
pentaksiran yang biasa digunakan bagi pentaksiran PJPK adalah
melalui pemerhatian.

Makluman: Semua guru

4.2.2 Guru guru juga dimaklumkan untuk memastikan semua murid


dinilai bagi setiap kemahiran yang diajar.

Makluman: Semua guru

4.3 PCG
4.3.1 Semua guru dimaklumkan bahawa pengerusi telah menggunakan
jumlah kewangan yang telah diperuntukkan untuk membeli serta
menambah beberapa peralatan PJPK dengan jumlah sebanyak
RM2655.
Makluman: Semua guru

4.3.2 Antara peralatan sukan yang telah ditambah adalah seperti 5 biji
bola sepak, 2 set jangkauan melunjur dan beberapa lagi peralatan
lain seperti di dalam lampiran.
Makluman: Semua guru
4.3.3 Guru guru juga dimaklumkan untuk bekerjasama dengan Ketua
Pantia dalam merancang pembelian pada masa akan datang.
Setiap ahli panitia boleh memaklumkan sekiranya terdapat
sebarang peralatan yang hendak ditambah.
Makluman: Semua guru

4.3.4 Guru guru dimaklumkan juga untuk boleh menyediakan kertas


kerja sekiranya mahu melaksanakan sebarang program di luar
sekolah.
Makluman: Semua guru

4.4 BUKULATIHAN

4.4.1 Guru guru dimaklumkan untuk boleh meminta murid murid


menyediakan sebuah sahaja buku latihan untuk digunakan bagi
kedua dua matapelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan
Kesihatan.
Makluman: Semua guru

4.5 PLC

4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap panitia perlu melaksanakan


sekurang kurangnya 6 kali PLC dalam setahun. Guru juga diminta
untuk mengambil gambar sekiranya ada melaksanakan PLC dalam
membincangkan hal hal berkaitan panitia PJPK.

Makluman: Semua guru

4.5.2 Antara perkara yang boleh dibincangkan di dalam PLC adalah


seperti berikut penulisan RPH, pelaksanaan ujian SEGAK dan kursus
pendek berkaitan kemahiran kemahiran yang sukar untuk diajar
seperti olahraga, akuatik serta gimnastik.

Makluman: Semua guru

4.6 AKTIVITI TAHUNAN

4.6.1 Pengerusi telah memaklumkan bahawa panitia perlu melaksanakan


beberapa aktiviti tahunan. Panitia perlu merancang dengan rapi
sebelum melaksanakan aktiviti aktiviti tersebut.

Makluman: Semua guru

4.6.2 Aktiviti tahunan yang pertama adalah pelaksanaan ujian SEGAK


yang akan dijalankan mengikut takwim yang telah ditetapkan
sebanyak dua kali setahun iaitu pada 9 Mei 2022 sehingga 30 Jun
2022 untuk ujian pertama. Manakala untuk ujian kali kedua adalah
pada 3 Oktober 2022 sehingga 30 November 2022.
Tindakan: Penyelaras SEGAK

4.6.3 Aktiviti tahunan yang kedua pula dicadangkan di dalam mesyuarat


adalah aktiviti Bengkel SEGAK kepada murid murid tahap 2.
Pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada murid murid tentang pelaksanaan ujian SEGAK
yang betul dan tepat mengikut spesifikasi yang telah diselaraskan.

Makluman: Semua guru

4.6.4 Selain itu, pengerusi juga memaklum ahli panitia perlu bersedia
untuk merancang aktiviti dalam bulan pusat sumber yang akan
dijalankan nanti. Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti sukaneka
berkemahiran bagi murid tahap 1 dan permainan kecil berkemahiran
untuk tahap 2.
Makluman: Semua guru

4.6.5 Sebuah lagi aktiviti atau program yang akan dijalankan iaitu Karnival
Sukan Tahunan Sekolah yang akan berlangsung pada bulan Ogos
nanti. Semua ahli panitia dimaklumkan untuk bersedia memberikan
kerjasama dalam menjayakan Karnival Sukan Tahunan Sekolah
nanti.

Makluman: Semua guru

4.7 PdPC PJPK


4.7.1 Pengerusi juga memaklumkan semua guru hendaklah memberikan
perhatian yang penuh kepada pelaksanaan PdPc PJPK secara
bersemuka.
Makluman: Semua guru

4.7.2 Beberapa SOP perlu dititikberatkan seperti penjarakan sosial,


membersihkan peralatan sebelum dan selepas aktiviti, tiada aktiviti
yang bersentuhan secara fizikal serta memastikan semua murid
diberikan demonstrasi sebelum melaksanakan aktiviti.

Tindakan: Semua guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1.1 Pengerusi memaklumkan supaya semua guru memastikan


untuk merekodkan setiap penggunaan alatan di dalam buku
log yyang telah disediakan di dalam stor sukan.
Makluman: Semua guru

5.1.2 Pengerusi juga menyeru guru guru untuk mengenalpasti murid


murid yang berbakat dalam kemahiran tertentu untuk
diserapkan ke dalam pasukan sekolah.
Makluman: Semua guru
6. PENUTUP

6.1.1 Mensyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Pengerusi


mengucapkan terima kasih kepada semua ahli, kerana sudi hadir
mesyuarat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(EN AKMAL ALIFF BIN BAHARUM)


(EN MOHD FARIS BIN ISMAIL)
Setiausaha
Pengerusi
Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

SK Jalan Raja Muda SK Jalan Raja Muda

Tarikh : 28 Mac 2022 Tarikh : 28 Mac 2022

You might also like