You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BIL 1/(TAHUN 2017)

Tarikh : 15 Januari 2017 (Rabu)

Masa : 2.00 pm – 3.15 pm (75 minit)

Tempat : Pusat Sumber SMKSM

Pengerusi : Encik Muhammad Syafiq Bin Samsuri

Kehadiran(Bilangan) : 4 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) pada mesyuarat Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil.1/Tahun 2017.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha guru-guru PJPK bekerjsama
menguruskan urusan yang berkaitan dengan PJPK dengan baik pada tahun 2015.
Beliau berhasrat pada tahun 2017, pengurusan Panitia PJPK dapat menjadi lebih
cemerlang dan sistematik atas kerjasama setiap guru PJPK.

1.3 Perlantikan SU dalam Panitia PJPK ialah Cik Leong Kit Yen.

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1 Ketepatan Kurikulum bagi subjek PJPK

2.1.1 Semua guru PJPK mesti merujuk buku takwin.

Tindakan: Panitia PJPK & Guru PJPK

2.2 Ujian SEGAK

2.2.1 SPI BIL. 4/2008: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK), mesti dilakukan dua kali setahun, iaitu pada bulan Mac
dan bulan Ogos. Ujian yang perlu dijalankan dalam SEGAK ialah naik turun bangku
selama 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Kesemua
pelajar Tingkatan 1-5 perlu melakukan ujian ini. Selain itu, pengiraan BMI juga perlu
dilakukan dan mesti dilaksanakan dalam bulan yang sama.

2.2.2 Data ujian SEGAK akan disimpan dan dimasukkan dalam sistem SEGAK
Version 4. Kemudian data ini akan dianalisis untuk tindakan susulan. Contohnya, jika
ramai pelajar tingkatan 3 didapati mempunyai BMI yang lebih daripada normal
(Obesiti), panitia PJPK perlu melakukan tindakan susulan seperti mengadakan
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

ceramah kesihatan berkaitan dengan diet seimbang supaya pelajar dapat mengikuti
diet yang baik dan menurunkan BMInya sehingga normal.

2.2.3 Isu timbul apabila ramai pelajar pada masa yang sama melakukan ujian
SEGAK. Guru tidak mempunyai masa mencukupi untuk melaksanakan kesemuanya
pada hari yang sama.

2.2.4 Strategi untuk mengatasi isu berbangkit ini:


a) Guru sesi petang turut membantu guru sesi pagi apabila ujian SEGAK
dijalankan dan sebaliknya.
b) Ujian SEGAK dijalankan selepas tamat waktu persekolahan bagi sesi
pagi dan sebelum mula waktu persekolahan bagi pelajar sesi petang.
c) Menjalankan pesta SEGAK di mana stesen ujian akan diadakan dalam
satu hari dan pelajar menjalankan ujian ini mengikut tingkatan/ kelas/
jantina.
d) Guru PJPK boleh menukar masa dengan guru matapelajaran lain bagi
melaksanakan ujian SEGAK.

2.2.5 Isu juga timbul apabila ramai pelajar, peralatan tidak mencukupi untuk
melaksanakan kesemuanya pada hari yang sama. Peralatan perlu dibeli dengan
menggunakan bajet sukan.

2.2.6 Panitia perlu mengingatkan guru-guru PJPK untuk melaksanakan


SEGAK dalam masa yang ditetapkan supaya pengisian markah tidak tergendala.
Markah SEGAK akan diisikan oleh guru PJPK dan akan dipantau oleh SU panitia
supaya pengisian markah berjalan dengan lancar.

Tindakan: Panitia PJPK & Guru PJPK

2.3 Sukatan Pelajaran

2.3.1 SPI BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran,


Rancangan Pelajaran Harian mesti mempunyai objektif dan aktiviti seperti yang
dicadangkan dalam mesyuarat guru pertama, iaitu RPH model Gagne. Tetapi satu
kelas sahaja akan dipilih untuk RPH Gagne ini.

2.3.2 Penglibatan sekolah transformasi di SMKSM, guru-guru PJPK perlu


mengintegrasikan sistem traffic light dan parking lot dalam PdP guru. BBM ini akan
disediakan oleh unit berkenaan dan guru PJPK mengambilnya daripada unit
berkenaan (Puan Suhaini).

Tindakan: Guru PJPK

2.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

2.4.1 Modul PJPK perlu disediakan bagi tingkatan 1-3 untuk penilaian. Tetapi
masih belum mendapat kata putus sama ada membuat salinan atau membeli buku.
Ketua Panitia akan membincangkan dengan GKMP untuk mendapatkan kata putus.

Tindakan: Ketua Panitia PJPK

2.4.2 Guru PJPK bagi tingkatan 1-3 hendaklah menyimpan rekod PBS untuk
diisikan dalam modul offline.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.4.3 Kertas peperiksaan akan disediakan oleh guru PJPK dan format adalah
seperti berikut.

Tingakatn 1-3: 40 soalan (10 objektif, 30 subjektif pelbagai bentuk), 1 jam


Tingkatan 4-5: 40 soalan (40 objektif), 1 jam

Tindakan: Guru PJPK


2.6 Bajet Panitia

2.6.1 Bajet Panitia PJPK pada tahun 2016 adalah untuk membeli peralatan
sukan yang diperlukan oleh pelajar sahaja mengikut sukatan pelajaran setiap
tingkatan mengikut peringkat – peralatan yang mampu akan dibelikan dahulu dan
peralatan sukan yang mahal akan ditangguhkan sehingga mempunyai bajet.

2.6.2 Inventori peralatan sukan dalam Galeri Sukan akan disemak semula
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran PJPK untuk mengenal pasti keperluan
peralatan sukan pelajar. Selepas mengenal pasti peralatan sukan yang diperlukan
untuk pembelian baru, kertas kerja akan disediakan.

Tindakan: Ketua Panitia

2.6.3 Setiap peralatan sukan perlu dijaga dan disimpan dengan baik dan ini
adalah di atas tanggungjawab setiap guru PJPK.

2.6.4 Perlantikan Quartermaster untuk menjaga galeri sukan supaya pengurusan


peminjaman dan pemulangan peralatan adalah lebih lancar.

Tindakan: Guru PJPK dan ahli Quartermaster

2.7 Quartermaster

2.7.1 Perlantikan quartermaster akan dijalankan secepat mungkin.

2.7.2 10 pelajar sesi pagi dan 10 pelajar sesi petang akan dilantik tidak kira
jantina dan tingkatan.

2.7.3 Pelajar sesi pagi akan bertugas pada sebelah petang dan pelajar sesi
petang akan bertugas pada sebelah pagi.

2.7.4 Setiap hari akan mempunyai 2 quartermaster bertugas. Markah koko


akan diberikan kepada quartermaster serta sijil penghargaan juga akan disediakan.

2.7.5 Tugas quartermaster termasuk membantu menyemak senarai semak


inventory, menjaga peralatan sukan, membersihkan peralatan sukan, membersihkan
galeri sukan dan membantu guru menguruskan segala isu berkaitan dengan galeri
sukan.

2.8 PLC

2.8.1 PLC akan diteruskan seperti tahun sebelumnya supaya dapat


memantapkan lagi PdP bagi mata pelajaran PJPK.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.8.2 Guru-guru yang opsyen PJK akan membuatkan in-house training kepada
guru bukan opsyen PJK.

Tindakan: Guru PJPK

2.9 PAJSK

2.9.1 Data ujian SEGAK perlu diisikan dalam SPS di mana Ketua Panitia akan
mengumumkan tarikh mula pengisian. Guru PJPK akan bertanggungjawab untuk
mengisinya dalam SPS dan guru tingkatan akan mengisikan data kokurikulum.

Tindakan: Guru PJPK & Guru Tingkatan


2.10 Bilik Galeri Sukan

2.10.1 Penambahbaikan telah dibuat pada Galeri Sukan pada tahun 2015.
Walau bagaimanapun aktiviti gotong-royong bagi Galeri Sukan perlu dilakukan
bersama oleh guru-guru PJPK dan ahli Qautermaster.

2.10.2 Kunci Galeri sukan hanya akan diberikan kepada Encik Samsuri
(sesi petang), Encik Muhammad Syafiq (sesi pagi) dan pejabat sekolah sahaja. Guru
lain tidak boleh memiliki kunci tersebut.

Tindakan: Panitia PJPK

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Perkembangan staf – Setiap guru PJPK perlu mempertingkatkan usaha dalam
perkembangan ilmu dalam panitia PJPK. PLC mampu membantu setiap guru PJPK lebih
mantap dalam mata pelajaran PJPK.

3.2 Dalam satu waktu PJPK 35 minit – mesti mengambil sedikit masa untuk teori dan
masa selebihnya untuk aktiviti fizikal. Tidak dibenarkan mengambil satu waktu penuh
membuat teori sahaja. Contohnya, 15 minit teori berkaitan dengan softbal dan 20 minit
untuk berlatih bermain sofbal.

Tindakan: Guru PJPK

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .............……...............................……….............
(CIK LEONG KIT YEN) (ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSURI)
Setiausaha Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh : 15 Januari 2017 Tarikh :

You might also like