You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PELINDUNG

26100 KUANTAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 2/2022

TARIKH : 3 Ogos 2022


MASA : 1.45 Petang
TEMPAT : Dewan Ibnu Sina, SK Pelindung
KEHADIRAN : Rujuk Lampiran 1 (Kehadiran)

1. ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn. Huzan mengalu-alukan kedatangan para pentadbir dan guru- guru yang hadir ke sesi
mesyuarat kali ini.

1.2 Mesyarat di mulakan dengan Surah Al Fatihah.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2022


Puan Juniana bt Abdul Karim (Setiausaha Kurikulum) membentangkan minit mesuarat bil 1/2022 dan
seterusnya pengesahan minit mesyuarat dilaksanakan.
Pencadangan : Pn. Hafizah bt Abdul Jalil
Penyokong : Pn Izwah bt Abdul Aziz

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 2.1.2 Pertukaran Ketua Panitia.
a) Panitia Muzik : En Fauzi bin Shafie
b) Panitia Seni : Pn Fauziah bt Ibrahim

3.2 Perkara 2.2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Borang Perekodan
Murid diwajibkan kepada semua guru untuk membawa ketika berada di kelas sewaktu PdP
berlangsung dan bagi tujuan rujukan pemantauan.
Tindakan : Semua guru.

3.3 Perkara 2.2.5 Penulisan Objeksif Pengajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) di papan putih
sewaktu PdP adalah diwajibkan. Ia adalah salah satu perkara yang dipraktiskan bagi sekolah-
sekolah program TS25.
Tindakan : Semua guru.

3.4 Perkara 2.3 Pengurusan PdP- Jadual Waktu.


Waktu PdP baru akan bermula seawal 7.40 pagi tamat pada jam 1.00 tgh hari bagi tahap 1 dan 1.30
tgh hari bagi tahap 2. Jadual ini akan bermula 8 Ogos 2022.
Tindakan : Semua guru.

1
4. PEMBENTANGAN LAPORAN

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah


Pengerusi membentang analisis PBD Pertengahan Tahun. Rujuk lampiran 2.

4.1.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris , Puan Lorrinda memberi maklum balas terhadap
analisis PBD tersebut. Beliau menyenaraikan lima sebab utama murid tidak mencapai tahap
penguasaan seperti yang disasarkan:
a. Masalah kehadiran
b. Tahap minat murid yang rendah
c. Tanggapan negatif terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris
d. Kurang sokongan daripada ibubapa dan ada yang menyebelahi anak apabila guru
mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.
e. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian yang sangat terhad.

4.1.2 Ketua Panitia membentangkan Pelan Intervensi bagi mengatasi masalah tersebut.
Rujuk Lampiran 3.

4.1.3 Pengerusi memaklumkan sekiranya murid berkenaan layak dinilai TP5/6, guru usah
khuatir untuk memberi TP tersebut. Guru hanya perlu mengemukakan bahan bukti sebagai
penyokong penilaian guru tersebut.
Tindakan : Semua guru
4.2 Analisis BCK
Guru Besar membentang data BCK. Beliau membuat rumusan dapatan daripada Program Kelas
Intensif Membaca (KIM) telah berjaya menguranglan bilangan murid keciciran membaca.

4.3 Pemulihan
Rujuk Slide yang disediakan

4.4 Kelas CAQ


Rujuk slide yang disediakan

5.0 Pengurusan Kurikulum


5.1 Jadual Guru Ganti.
Pengerusi mengingatkan semua guru agar atur dengan arahan masuk ke kelas sebagai guru ganti.
Kegagalan guru menepati jadual guru ganti tersebut boleh mengundang bahawa apabila murid berada
di kelas tanpa pengawasan guru.
Tindakan : Semua guru
5.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Pengerusi mengingatkan semua guru agar mematuhi arahan penghantaran RPH pada masa yang
ditetapkan. Beliau juga memaklum bahawa 60% penilaian prestasi diambil kira daripada perkasa
tersebut.

Pengerusi berpesan sekiranya guru yang mempunyai masalah dalam melaksanakan tanggungjawab
menyediakan RPH, boleh dating berjumpa dengan beliau bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Tindakan : Semua guru
5.3 e-Operasi
Pengerusi meminta semua guru untuk mengemaskini data peribadi dalam sistem e-operasi terutama
berkaitan cuti.
Tindakan : Semua guru

2
6.0 KEWANGAN PANITIA
Guru Besar membentangkan penyata kewangan Panitia untuk tindakan Ketua Panitia. Beliau berpesan agar
Ketua Panitia dapat merancang pembelanjaan dengan bijak dan mengikut tatacara yang betul.
Tindakan : Ketua Panitia
7.0 Hal-hal lain
7.1 Penilaian Kemasukan Sekolah Khas, diteruskan pada tahun ini sebagai ujian saringan murid
layak ke sekolah-sekolah khas.

7.2 Sesi fotografi akan diadakan bagi guru yang belum mempunyai gambar passport rasmi untuk
dikemaskini di dalam, e-operasi.

7.3 Guru perlu menyatakan maklumat penuh seperti Tarikh MC atau CRK apabila mengisi
keberadaan bagi tujuan perekodan harian dalam sistem online.

7.4 Puan Zaleha akan menggantikan Puan Siti Zuraida yang akan berpencen pada 27 Ogos 2022
nanti sementara pengganti beliau melapor diri.

7.5 Guru Besar memaklumkan, RM10.00 daripada sumbangan PIBG akan diserahkan ke tabung
kecerian kelas untuk kegunaan guru kelas menceriakan kelas masing-masing. Sumbangan tersebut
juga digunakan untuk membeli hadiah kepada kelas yang menang.

8.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak & Disahkan oleh,

------------------------------------ ------------------------------------
(JUNIANA BT ABD KARIM) ( HUZAN ZUHANA BT GHAZALI)
Setiausaha Kurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pelindung. SK Pelindung

You might also like