You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU KENAS,

33800 MANONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.
ABA 4019 TEL: 05-7431335

TAJUK : MINIT MESYUARAT SEJARAH KALI KETIGA (III)/2021

TARIKH / HARI : 1 JULAI (KHAMIS)

MASA : 2.45 PETANG

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLE MEET)

KEHADIRAN :

1. Pn Salina bt. Ahmad Ahilaldin Guru Besar


2. Pn. Nursalalida@Azah bt. Hasmi PK Pentadbiran
3. En. Rohiszad bin Ishak Ketua Panitia

1.0 Ucapan Guru Besar


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Guru Besar memaklumkan beberapa perkara penting untuk perhatian dan
tindakan para guru;
1.2.1 Guru Besar menyatakan tentang standard penerapan KBAT. Tarikh
akhir ialah pada 17 Julai, 2021.
1.2.2 Soalselidik perpaduan perlu diisi oleh guru dan murid Tahun 6. Tarikh
akhir ialah pada 17 Julai, 2021.
1.2.3 Encik Azizul Rahman menyatakan bahawa guru boleh menggunakan
DELIMA untuk tujuan PdPr.
1.2.4 Guru Besar juga membuat peringatan berkaitan pengambilan vaksin
Covid-19 iaitu guru perlu membuat ‘screenshoot’ My Sejahtera untuk
dihantar ke sekolah untuk simpanan fail peribadi.
1.2.5 Guru yang telah menerima suntikan vaksin perlu dikemaskini dalam e-
operasi. Sekolah perlu ada maklumat guru yang telah divaksinasi.

2.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


2.1 Ketua Panitia memaklumkan beberapa perkara berkenaan PBD berdasarkan
penerangan oleh Ustaz Rosdi SU PBD;
2.1.1 Borang atau tapak PBD telah disediakan untuk pengisian oleh guru.
2.1.2 Guru kelas perlu menulis ulasan pencapaian untuk setiap murid.
2.1.3 Tarikh akhir ialah pada 28 Jun, 2021.
2.1.4 Guru diminta menyiapkan laporan lebih awal supaya boleh disemak
sebelum diserahkan.

Tindakan: Guru Matapelajaran


3.0 PdPr
3.1 Pn. Azah memaklumkan semasa mesyuarat kurikulum (secara atas talian)
Puan Zalina bt. Jamaluddin, pegawai SIC+ telah masuk/’join’ Google Meet
untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan PdPr.
3.2 Puan Zalina telah menerangkan perkara-perkara berikut;
5.2.1 Puan Azaisheila adalah Guru Rujukan Sekolah (GRS) yang telah
menghadiri taklimat berkenaan PdPr melalui Microsoft Teams.
5.2.2 Dapatan daripada Microsoft Teams pada 18 Jun, lapan faktor perlu
ada dalam setiap PdPr.
5.2.3 PK Pentadbiran dan Puan Azaisheila akan membimbing guru
membuat PdPr untuk dua minggu bagi murid yang tiada langsung
pautan internet.
5.2.4 Sebanyak satu modul perlu disediakan untuk setiap subjek kelas yang
diajar.
5.2.5 Bagi guru yang mengajar secara online sepenuhnya, modul tidak
perlu disediakan.
5.2.6 Puan Azaisheila menyatakan contoh modul akan dimasukkan ke
dalam ‘group’ dan perlu dihantar kepada beliau. Setelah dikumpulkan,
akan dihantarkan ke PPD.
5.2.7 SK Ulu Kenas akan menggunakan modul sepenuhnya melalui
pendekatan luar talian.
5.2.8 Guru pemulihan tidak perlu mengikut modul pemulihan.
5.2.9 PdPr ini adalah supaya tiada murid yang tercicir, asas pembelajaran
dipenuhi dan psiko-ekonomi murid diambil kira.
5.2.10 PdPr ini merupakan ‘standardised format’ supaya seragam dan akan
bermula pada 28 Jun.

Tindakan: Guru Matapelajaran

4.0 Hal-hal Lain

4.1 Guru Besar menyatakan kebenaran kehadiran guru ke sekolah bagi


penyediaan modul murid untuk tempoh dua minggu.
4.2 Puan Nursalalida@Azah memberi peringatan kepada guru supaya
melengkapkan SPdPr sebelum jam 6 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. ……………………………………………
(ROHISZAD BIN ISHAK) (PN. NURSALALIDA@AZAH BT. ISMAIL)
Setiausaha Kurikulum, PK Pentadbiran,
SK Ulu Kenas SK Ulu Kenas

You might also like