You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANA PUTEH

78000 ALOR GAJAH,


MELAKA.
Tel : 06-5528941
Email : sk.cheranaputeh@gmail.com Kod Sekolah : MBA 0036

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


KALI KEDUA 2022

Tarikh : 12 Jun 2023


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : 6 Bestari
Kehadiran :

1. En Nur Mustaqim b Musa - KETUA PANITIA


2. Pn Rosmini bt Abd Ghani - GPK HEM
3. Pn. Razilla binti Sorbani - SETIAUSAHA PANITIA
4. Pn. Ummul Zetty binti Mohd Yusoff – AJK Panitia

Tidak Hadir : tiada

1. Ucapan Pengerusi (PN ROSMINI BT Abd Ghani))

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru dalam mesyuarat Panitia Sains kali
kedua bagi tahun 2021
1.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru perlu sentiasa peka dengan isu semasa dan
perkembangan pembelajaran murid-murid walaupun pdp berjalan secara dalam
talian di rumah.
1.3 Guru diingatkan supaya peka dengan masalah-masalah murid sepanjang pdpr
berjalan. Sentiasa hubungi murid dan berbincang sebarang masalah yang dihadapi
seterusnya berbincang dengan pihak sekolah bagi mengatasi masalah tersebut.
Tindakan: Makluman

2. Ucapan Ketua Panitia


2.1 En. Nor Azli mengucapkan syabas dan terima kasih kerana cikgu-cikgu Sains
yang telah berjaya menyiapkan semua bahan untuk modul 1 dan 2 dan telah
diedarkan kepada murid.
2.2 Minggu Sains SKCP akan dilaksanakan pada bulan November tahun 2021.

1
2.3 Guru-guru Sains diminta berkongsi idea bagi melaksanakan program
sempena minggu Sains nanti.

Tindakan: Makluman

3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2021


3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat lalu.

Dicadangkan oleh : En Nor Azli b Nekmat


Disokong oleh : Pn. Rosilah Wati bt Ahmad

Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit
4.1 Kumpulan dalam talian untuk cikgu-cikgu Panitia Sains belum lagi dibentuk.
En Nor Azli akan membentuk kumpulan tersebut.
Tindakan: En. Nor Azli b Nekmat

5. Perkara-perkara yang dibincangkan

5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa penghasilan modul pembelajaran yang ke


tiga akan dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu (20 September 2021 – 15
Oktober 2021). Guru perlu bersedia dengan bahan untuk modul.
5.2 Penghantaran modul 1 dan 2 amat tidak memberangsangkan. Terdapat murid
yang menghantar modul, tetapi tidak menyiapkan kerja-kerja yang disediakan.
Berikut merupakan sebab-sebab murid tidak menghantar modul pdpr ke
sekolah;
5.2.1 Kurang dorongan dan galakkan daripada ibu bapa
5.2.2 Murid tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga.
5.2.3 Murid kurang atau tidak memahami kehendak soalan.
5.2.4 Murid tidak mengambil modul pdpr di sekolah.
5.2.5 Murid tiada kelengkapan alat tulis di rumah.
5.2.6 Kurang komunikasi di antara ibu bapa dan guru .

5.3 Murid tahap 2 tidak di bekalkan buku kerja bagi tahun 2021

5.4 Wang PCG Panitia Sains bagi tahun 2021 berjumlah rm345.00

Tindakan: Makluman

2
5.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

5.6.1 Guru besar mengarahkan pelaporan pentaksiran bilik darjah (PBD)


setiap matapelajaran dihantar kepada ibu bapa penjaga pada 30 Ogos 2021
menerusi aplikasi whatapp secara individu.

5.6.2 Guru-guru diingatkan agar sentiasa kemaskini boring transit dan


penilaian PBS murid-murid dari semasa ke semasa

Tindakan: Guru matapelajaran

6.0 Hal-hal lain

6.1 Guru – guru diminta sentiasa peka dengan sebarang pertanyaan oleh ibu
bapa penjaga di dalam aplikasi whatapp kelas.

6.2 Guru perlu sentiasa bersedia sekiranya menerima panggilan bagi


menghadiri mesyuarat pada bila-bila masa sahaja.

7.0 Ucapan penanguhan

7.1 Ketua Panitia merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru Sains
yang telah memberi pandangan dan cadangan demi mempertingkatkan
prestasi Sains murid. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi

Disediakan oleh,

(RAZILLA BINTI SORBANI)


Setiausaha Panitia Sains
SK. Cherana Puteh

3
SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANA PUTEH
78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
Tel : 06-5528941
Email : MBA0036@moe.edu.my Kod Sekolah : MBA
0036

SURAT PANGGILAN MESYUARAT


Ruj. Kami : SKCP.600-4/1/
Tarikh : 15 November 2020

4
Kepada ,
Semua guru Matematik
SK. Cherana Puteh,
78000 Alor Gajah, Melaka.

Tuan / Puan
MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 3 / 2020.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut:
Tarikh : 18 November 2020
Hari : Isnin
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Di rumah masing
Medium : Aplikasi whatsapp

3. Agenda mesyuarat seperti berikut;-


3.1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
3.2. Ucapan Ketua Panitia
3.3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.4. Perkara Berbangkit
3.5. Perkara-perkara yang dibincangkan
3.5.1. PdP
3.5.2. Peperiksaan PKBS 2
3.5.3. Pentaksiran PBS
3.5.4. Program Aspirasi PPD
3.5.5. PLaN
3.5.6. Laporan aktiviti panitia yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020
3.6. Hal-hal lain
3.7. Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,

(NUR DALILA BINTI MUHD RAMLI)


S/U PANITIA MATEMATIK 2020

5
SEKOLAH KEBANGSAAN CHERANA PUTEH
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA.
Tel : 06-5528941
Email : sk.cheranaputeh@gmail.com Kod Sekolah : MBA
0036

SENARAI KEHADIRAN GURU MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 3/

2020

18/11/2020 (ISNIN)

BIL NAMA TANDATANGAN

6
7

You might also like