You are on page 1of 3

SK MENSUDUT PINDAH, SEGAMAT.

JBA 7014

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL 2 / 2020

Tarikh : 20 Mei 2020


Hari : Rabu
Masa : 11.00 am
Tempat : Google Meet
Pengerusi : Cikgu Mohd Shahridza bin Mustafar
Kehadiran(Bilangan) : 3/3
Cikgu Zabidah BintI Ibrahim
Cikgu Fauzira Binti Arifin
Cikgu Mohd Shahridza bin Mustafar
Tidak Hadir : Tiada
Turut Hadir : Cikgu Saifuddin Amir Bin Abd Hamid- Guru Besar
Cikgu Noor Aini binti Sarip– PGB Kurikulum

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1. Tahniah di atas kerjasama daripada semua guru dalam memastikan


pembelajaran murid diatas talian di sebabkan wabak covid-19 berjalan dengan
lancar.
1.2. Semua guru perlu bekerjasama dalam memastikan semua murid mengambil
bahagian dalam sesi pembelajaran secara atas talian walaupun berada dirumah.
1.3. Mengingatkan tentang pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah – pastikan guru
membuat laporan pencapaian setiap murid.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 KELAS SEWAKTU PKP

4.1 Guru mengadakan kelas mengikut jadual PKP yang telah diagihkan oleh pihak
pentadbir.

4.2 Bagi murid yang tidak mengikuti kelas, guru diminta untuk menghubungi ibu bapa
atau penjaga murid.

1
Tindakan: Semua Guru Sains

5 EBRM & PBD

5.1 Guru diminta untuk memuatnaik rancangan pengajaran harian dan format RPH
lebih ringkas sewaktu PKP.

5.2 Sekiranya guru mengalami masalah liputan internet, guru diminta untuk
menyimpan RPH di dalam folder sendiri.

5.3 Pentaksiran Bilik Darjah perlu disiapkan. Bagi murid yang tidak mengikuti kelas
sewaktu PKP, boleh dinilai setelah sekolah dibuka.

5.4 Mesyuarat memutuskan tidak menjadi masalah bagi murid mendapat tahap
penguasaan bawah 3 sekiranya tidak mengikuti kelas.

5.5 Guru yang mengajar Tahap 2 diminta untuk menghantar keputusan peperiksaan
kepada SU Peperiksaan.
Tindakan: Semua Guru

6 Kemaskini Fail Panitia

6.1 Guru diminta untuk mengemaskini fail panitia.

6.2 Terdapat dua minit mesyuarat panitia termasuk mesyuarat pada hari ini.

Tindakan: Ketua Panitia

7 HAL-HAL LAIN

8.1 Sediakan analisis masalah murid tidak mengikuti pkelas sewaktu PKP.

8.2 Guru diminta untuk memantapkan Panitia Sains supaya pelajar mendapat
kebaikan.

8.3 Duit Panitia Sains untuk tahun 2020 berjumlah RM 700. Boleh digunakan untuk alat
bantu mengajar dan Bilik Sains.

Makluman

2
6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah
menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari

Disediakan oleh,
Mohd Shahridza bin Mustafar
Setiausaha / Ketua Panitia Sains,
SK Mensudut Pindah, Segamat.
16 Jun 2020

You might also like