You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


KALI PERTAMA 2022
SK BUKIT MINYAK

Tarikh : 22 MAC 2022


Hari : SELASA
Masa : 2:00 PETANG
Tempat: DEWAN SEKOLAH BUKIT MINYAK

Kehadiran guru:
1. En. Abdul Ghani Bin MD Idris ( Pen.Kanan Pentadbiran )
2. En. Muhamad Faisal Bin Mia ( Ketua Panitia)
3. En. Muhammad Adnan Bin Ismail ( Setiausaha )
4. Pn. Siti Aisyah Bt Ibrahim
5. En. Asrul Fadlin B. Jusoh.
6. En. Mohamad Hafiz Abdul Rahim
7. Pn. Izmawarni Bt Ismail
8. En. Ramesh A/L Muniandy
9. En. Shaiful Azizi Sharibudin
10. En. Ng Yeong Peng
11. Pn. Ruhaida Bt Din

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas
kehadiran dalam mesyuarat kali pertama bagi tahun 2022.
1.2 Mesyuarat kali ini bertujuan merancang perjalanan Pengajaran PJPK dalam era
Endamik .
Tindakan :Makluman

2. Ucapan Pentadbir ( Penolong Kanan Pentadbiran)

2.1 En. Abdul Ghani Bin MD Idris mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali Pertama ini.

Tindakan : AJK Panitia


3. Pengesahan minit mesyuarat

3.1 Dicadangkan oleh En. Ng Yeong Peng

Disokong oleh En. Shaiful Azizi Sharibudin

Tindakan : AJK Panitia


4. Perkara-perkara berbangkit

4.1 Rancangan Pengajaran Harian 2022 tetap berjalan seperti biasa.


.
4.1.1 Mod pengajaran adalah secara bersemuka

4.1.2 Guru-guru diingatkan untuk mengambil tahap kesediaan murid untuk


menghadapi kelas bergilir bagi murid tahun 3, 4 dan 5.

4.1.3 Guru digalakkan untuk menggunakan Google Classroom atau menyampaikan


apa-apa maklumat atau pembelajaran melalui Whatsapp/ Telegram kelas atau
media yang sesuai mengikut kreativiti guru.

4.1.4 Guru perlu menggunakan kreativiti untuk menyampaikan PDPR yang berkesan.

4.1.5 PDPR Pendidikan Jasmani dan kesihatan boleh dijalankan secara teori sahaja
mengikut kreativiti guru Pendidikan Jasmani. Bagi murid tahap 1 boleh
menggunakan buku TEKS.

4.2 Pengisian PAJSK, PBD & Peperiksaan PK

4.2.1 Memandangkan kita dalam era Endamik program SEGAK tetap akan dijalan kan
mengikut jadual yang ditetapkan.

4.2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahunan matapelajaran Pendidikan Kesihatan


ditangguhkan sehingga pernyataan rasmi oleh pihak sekolah khasnya dan pihak
Kementerian amnya.

4.2.3 Penilaian (PBD) berjalan seperti biasa dan guru perlu merekodkan markah PBD
di tapak yang disediakan.

4.3 Penangguhan Minggu PJPK

4.3.1 Minggu PJPK yang dirancangkan terpaksa ditangguhkan kerana ancaman Virus
Covid- 19, kerana mengikut SOP aktiviti bersentuhan seperti bersukan tidak
dapat dijalankan. Justeru aktiviti ini terpaksa ditangguhkan sehingga kesuatu
masa yang sesuai. ( akan dilaksanakan setelah menerima surat kebenaran
dengan kawalan sediaada dipertingkatkan)

Tindakan : AJK Panitia


HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan supaya semua guru melapangkan dada menerima cabaran
dan berusaha menyesusaikan diri dengan norma baharu.

PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli, kerana sudi hadir
mesyuarat secara norma baru.

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:15 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ ____________________________
(EN. MUHAMMAD ADNAN BIN ISMAIL) (EN. MUHAMAD FAISAL BIN MIA)
Setiausaha J//K Pend. Jasmani Ketua Panitia Pend. Jasmani
SKBM SKBM

You might also like