You are on page 1of 8

SK BANDAR BARU SELAYANG (2)

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


BIL 1 / 2017

Tarikh : : 24 Januari 2017


Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Farisi SKBBS2
Hadir :
1. Pn. Diana Celestina Wee
2. Pn. Sharipatil Asma Binti Kamal Abd Nasir
3. Cik Tuty Hidayati Binti Abdullah
4. En. Mohd. Sahari Sayuti Bin Arifin
5. En. Syahril Rizal Bin Hj Dasuki
6. En. Mohd. Badri Bin Hamza
7. En. Amran Shatir Bin Abdullah
8. En. Muhammad Zulhakim Bin Hazaha

Tidak Hadir Bersebab : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK pada
mesyuarat kali pertama bagi tahun 2017 ini.
1.2 AJK dimaklumkan agar meneruskan usaha dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran
dan pembelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat kali keempat bagi tahun 2016 telah disahkan tanpa pindaan oleh Encik
Amran Shatir Bin Abdullah dan disokong oleh En. Muhammad Zulhakim Bin Hazaha.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 -Tiada-

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR )

1
4.1.1 Semua guru Tahun 1 hingga Tahun 6 diminta untuk memuat turun DSKP sendiri
di laman web BPK.
Tindakan : Guru PJPK Tahun 1 – 6)

4.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


4.2.1 Semua guru diminta merujuk cara penulisan terkini yang telah dibentangkan
semasa LADAP 2016 (DSKP PJPK Tahun 6) atau memuat turun contoh RPH di
laman web BPK.
Tindakan : Guru PJPK Tahun 1 – 6)

4.3 Standard kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
4.3.1 Program SEGAK perlu dilaksanakan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac-April
dan bulan Ogos-September setiap tahun untuk semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5
dan 6).
4.3.2 Terdapat pembaharuan terkini mengenai norma skor komposisi badan yang akan
digunapakai mulai Tahun 2016.
4.3.2 Jadual ujian SEGAK untuk Penggal 1 dan 2 2017 adalah seperti berikut :

HARI KELAS YANG DIUJI GURU TERLIBAT PENYELARAS


Rabu 4A 4B 4C En. Badri
Khamis 5A 5B 5C En. Zulhakim Pn. Diana Celestina
Jumaat 6A 6B 6C En. Zaidi Wee

En. Amran

Tindakan : Guru PJPK yang terlibat)

4.4 Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS)


4.4.1 Semua guru boleh membuat penilaian pada bila-bila masa sesuai dengan
kehendak PBS.
Tindakan : Guru PJPK Tahun 1 – 6)
4.5 Penilaian (Ujian/Peperiksaan)
4.5.1 Bermula pada tahun ini, penilaian (ujian/peperiksaan) secara bertulis keatas mata
pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimansuhkan atas perbincangan dan

2
persetujuaan sesama ahli dan penilaian hanya akan dibuat secara pemerhatian,
lisan, pencapaikan lakuan aktiviti dan sebagainya.
4.5.2 Penilaian Bertulis diteruskan untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan iaitu
100% ujian / peperiksaan bertulis (Objektif dan Subjektif – 1 kertas sahaja)
Makluman

4.6 Stor, peralatan dan keceriaan


4.6.1 Semua guru Pendidikan Jasmani ditugaskan dan dipertanggungjawabkan untuk
menjaga stor sukan. Semua peralatan yang digunakan perlulah direkod di dalam
buku yang disediakan.
4.6.2 Semua guru Pendidikan jasmani mestilah mengutamakan keselamatan semasa
mengambil perasaltan di dalam stor sukan. Guru memastikan hanya 2 orang
murid sahaja yang dibenarkan mengambil dan menghantar alatan ke dalam stor
sukan dengan iringan guru mata pelajaran.
4.6.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan sukan disimpan dengan baik dan
diletakkan di tempat yang disediakan selepas selesai menggunakan peralatan
tersebut.
4.6.4 Sebarang kerosakkan peralatan dalam Stor sukan haruslah dimaklumkan kepada
Ketua Panitia atau Penolong Kanan Kokurikulum.
Tindakan : Guru PJ Tahun 1 – 6)

4.7 Pakaian semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani


4.7.1 Semua guru Pendidikan Jasmani dan murid yang menjalankan P&P Pendidikan
Jasmani haruslah memakai pakaian sukan yang lengkap sama ada di padang, di
dewan atau di kelas.
Makluman
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pembinaan soalan bagi Ujian Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
perlu dibincang dan diagihkan bersama guru mengikut aliran.
5.2 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan P&P PJPK kepada
Ketua Panitia. Jumlah peruntukan belum dimaklumkan.
Tindakan : Guru PJPK Tahun 1 – 6)

6. PENUTUP

3
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan berharap untuk
tahun ini, semua aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani akan berjalan lancar.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh
Urusetia Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 25 Januari 2017
SK BANDAR BARU SELAYANG (2)
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
BIL 2 / 2017

Tarikh : : 15 Jun 2017


Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru SKBBS2
Hadir :
1. Pn. Diana Celestina Wee
2. Pn. Sharipatil Asma Binti Kamal Abd Nasir
3. Cik Tuty Hidayati Binti Abdullah
4. En. Mohd. Sahari Sayuti Bin Arifin
5. En. Syahril Rizal Bin Hj Dasuki
6. En. Mohd. Badri Bin Hamza
7. En. Amran Shatir Bin Abdullah
8. En. Muhammad Zulhakim Bin Hazaha
Tidak Hadir Bersebab : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.3 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK pada
mesyuarat kali kedua bagi tahun 2017 ini.
Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat kali pertama 2017 telah disahkan oleh Cik Tuty Hidayati Binti Abdullah
dan disokong oleh Encik Radzi Bin Hamzah.
2.2 Pengesahan dibuat tanpa sebarang pindaan pada minit.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 -Tiada-

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4
4.1 Post-Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017
4.1.1 Semua aliran telah selesai menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahun
2017. Berikut merupakan dapatan hasil daripada peperiksaan tersebut mendapati
murid Tahap 2 masih tidak menguasai mata pelajaran Pendidikan Kesihatan
dengan baik.

TAHUN CALON AMBIL PERATUS LULUS PERATUS GAGAL


SATU 151 92.05% (139) 7.95% (12)
DUA 149 99.33% (148) 0.67% (1)
TIGA 140 88.57% (124) 11.43% (16)
EMPAT 103 83.50% (86) 16.50% (17)
LIMA 103 91.26% (94) 8.74% (9)
ENAM 109 89.91% (98) 10.09% (11)

4.1.2 Isu dan Masalah


4.1.2.1 Murid tidak memahami kehendak soalan
4.1.2.2 Tiada inisiatif murid untuk melayari internet untuk mendapatkan
maklumat tambahan.
4.1.3 Cadangan Penambahbaikan
4.1.3.1 ‘Buddy System’ / Mentor Mentee
4.1.3.2 Memberi latih tubi dalam bentuk soalan peperiksaan.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran
4.2 Standard kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
4.2.1 Program Ujian SEGAK telah berjaya dijalankan dengan baik mengikut stesen-
stesen yang telah ditetapkan.
4.3 Pertubuhan Pengawas Sukan
4.3.1 Pertubuhan Pengawas Sukan dengan melantik 2 orang pengawas sukan daripada
setiap kelas Tahun 3 - Tahun 6.
4.3.2 Pengawas Sukan yang telah dilantik akan membantu guru-guru PJ dalam
persiapan alatan serta membantu untuk memantau penggunaan bilik Stor PJ.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Sebahagian duit panitia telah digunakan untuk membeli peralatan gimnastik untuk
kegunaan P&P guru.
5.2 Perbincangan pemurnian soalan peperiksaan.
Tindakan : Guru PJPK Tahun 1 – 6)

5
6. PENUTUP

6.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan berharap untuk
tahun ini, semua aktiviti Panitia Pendidikan Jasmani akan berjalan lancar.
6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh
Urusetia Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 15 Jun 2017
SK BANDAR BARU SELAYANG (2)
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
BIL 3 / 2017

Tarikh : 15 November 2017


Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Guru SKBBS2
Hadir :
1. Pn. Diana Celestina Wee
2. Pn. Sharipatil Asma Binti Kamal Abd Nasir
3. Cik Tuty Hidayati Binti Abdullah
4. En. Mohd. Sahari Sayuti Bin Arifin
5. En. Syahril Rizal Bin Hj Dasuki
6. En. Mohd. Badri Bin Hamza
7. En. Amran Shatir Bin Abdullah
8. En. Muhammad Zulhakim Bin Hazaha
Tidak Hadir Bersebab : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK
pada mesyuarat kali ke tiga bagi tahun 2017 ini.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat kali kedua bagi tahun 2017 telah disahkan oleh Pn. Sharipatil Asma Binti
Kamal Abd Nasir dan disokong oleh Encik Mohd. Badri Bin Hamza.
2.2 Pengesahan dibuat tanpa sebarang pindaan pada minit.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 -Tiada-

6
4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Bilik Stor Sukan dan fail


4.1.1 Semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu bekerjasama
untuk menaik taraf bilik stor sukan dan mengemaskini fail-fail panitia untuk
tujuan pemantauan 2017 kelak.
4.1.2 Pembahagian tugas antara bilik stor sukan dan fail-fail panitia akan dilakukan
supaya perancangan berjalan lancar.
4.2 Post-mortem Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 2017.

TAHUN CALON AMBIL PERATUS LULUS PERATUS GAGAL


SATU 148 93.92% (139) 6.08% (9)
DUA 149 96.64% (144) 3.36% (5)
TIGA 142 92.96% (132) 7.04% (10)
EMPAT 104 85.58% (89) 14.42% (15)
LIMA 106 86.79% (92) 13.21% (14)
ENAM - - -
4.3 Isu dan masalah
4.3.1 Murid mudah lupa pada isi pengajaran yang diajar oleh guru.
4.3.2 Murid kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.3.3 Murid tidak memahami kehendak soalan.
4.3.4 Tiada inisiatif murid untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan.

4.4 Cadangan penambahbaikan


4.4.1 Memberi lebih banyak soalan latih tubi kepada murid-murid yang lemah.
4.4.2 ‘Buddy System’ / Mentor Mentee
4.4.3 Memberi imbuhan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi.
Tindakan : Guru mata pelajaran

4.5 Standard kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
4.5.1 Program Ujian SEGAK sesi ke-2 Ogos telah berjaya dijalankan dengan baik
mengikut stesen- stesen yang telah ditetapkan.

4.6 Program Pendidikan Awal Remaja Tahun 6 - Gabungan Panitia Pendidikan Kesihatan,
Panitia Agama Islam,Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Bahasa Arab dan Panitia
Pendidikan Moral
4.6.1 Program ini berjaya diadakan dengan menjemput penceramah luar.
Makluman

7
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia mengharapkan guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan terus
memberi kerjasama dan komitmen dalam melancarkan dan menjayakan aktiviti yang
dirancang.
5.2 Ketua Panitia merakamkan penghargaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepanjang 2017 ini.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh
Urusetia Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 18 November 2017

You might also like