You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LINTANG

23000 DUNGUN, TERENGGANU.


Ruj. Kami ; SKLD1028/600-9/2( )
Tarikh : 14 Mei 2022

Kepada,
Semua Guru

Tuan/puan,

MESYUARAT PEMULIHAN KALI KEDUA 2022

Salam sejahtera. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan akan diadakan sepertimana berikut:


Tarikh : 15 Mei 2022
Hari : Isnin
Masa : 1:45 Tengah hari
Tempat : BilikPemulihan

3. Agenda Mesyuarat :
I. Perutusan Pengerusi
1.Ucapan Aluan
2.Ucapan Penghargaan
3. Amanat Pengerusi
II. Pengesahan minit mesyuarat lalu
III. Perkara-perkara berbangkit
IV. Perkara Baharu
1. Pencapaian murid pemulihan Mei 2022
2. Rancangan Aktiviti Pemulihan Tahun 2022

V. Hal-hal lain
VI. Penutup

Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

‘GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI’


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….
(AZARUL AIMAN BIN ABDULLAH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lintang
23000 Dungun, Terengganu.
SEKOLAH KEBANGSAAN LINTANG

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KALI KEDUA 2022

Tarikh : 15 Mei 2022


Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Pemulihan

Kehadiran :
1. En. Azarul Aiman Bin Abdullah ( Guru Besar)
2. En. Khairuzzaman b. Abdul Aziz (PK Pentadbiran)
3. Pn. Siti Salmiah Bt. Sikh Salim ( PK HEM )
4. En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim ( Pk Ko-Kurikulum)
5. En. Zainudin Bin Khalid
6. En. Rozali Bi n Musa
7. Pn. Ismafatini Bt Ibrahim
8. Pn Noorain Bt. Mat Hussin
9. Pn. Aziah Bt Ibrahim

URUSETIA :
Jawatankuasa Pemulihan

I. PERUTUSAN PENGERUSI

I. Ucapan Aluan
I.1 Guru Besar mengalukan-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru yang terlibat.
I.2 Semua mesyuarat panitia, termasuklah mesyuarat Program Pemulihan Khas,
perlu diseragamkan dengan mesyuarat Kurikulum iaitu dijalankan sekurang-
kurangnya 3 kali setahun.

II. Ucapan Penghargaan


Guru besar berterima kasih di atas komitmen dan sokongan semua guru
serta staff SK Lintang sepanjang sesi 2022.

III. Amanat Pengerusi


III.1 Pengerusi berharap agar mesyuarat kali ini dapat merancang program yang
bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas.

Tindakan Dan Makluman : Semua Guru

II..PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat dicadang dan disokong tanpa bantahan.

111.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.
IV. PERKARA-PERKARA BAHARU

1. 4.1. Pencapaian murid pemulihan Mei 2022 berdasarkan ujian Diagnostik.

Senarai Nama Murid Pemulihan

BM MATEMATIK
Tahun 2

1. Muhammad Qhaliff Aqsa Kemahiran Darab


2. Muhammad DAnial Asyraf Kemahiran Darab
3. Muhammad Zafril Kemahiran Darab
Muzammil
Tahun 3

4. Muhammad Qausar Bin Kemahiran Darab


Rozemi
Tahun 4

1. Muhammad Adam Bin Kemahiran 3 Tambah


Mohamad Yusof

Tindakan Dan Makluman : Guru Pemulihan Khas, Guru mata Pelajaran, Guru Kelas

Tindakan: guru pemulihan khas, guru mata pelajaran.

4.4 PERANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN TAHUN 2022

4.4.1 Penyelaras berharap semua ahli jawatankuasa sentiasa memberi pandangan


mengenai program yang boleh meningkatkan kualiti murid Pemulihan . Antara program
tahun lepas yang akan diteruskan tahun ini.
a. Sambutan Hari Lahir.
b. Cenderahati kepada murid yang berjaya menghabiskan bacaan Buku
Beginilah Caranya....Sayang.
c. Hafalan sifir sebelum bermula kelas mata pelajaran matematik.
d. Mengadakan minggu bacaan intensif sebagai latihan pengukuhan untuk
melancarkan bacaan murid-murid.
e. Mengadakan pertandingan ejaan bagi murid-murid pemulihan dan murid-
murid SK Lintang
f. Menyediakan sijil penghargaan kepada murid yang telah melepasi program
pemulihan pada Hari Anugerah Kecemerlangan bersama murid-murid lain.
V. HAL-HAL LAIN
5.1 Murid Pemulihan mesti diberi tempat duduk di hadapan kelas.
Tindakan: Guru Kelas / Guru Mp

5.2 Guru mata pelajaran perlu mengenal pasti murid-murid yang mengikuti program
pemulihan agar pemulihan di dalam kelas dapat dilaksanakan untuk murid tersebut
Tindakan: Guru Mp

Tindakan: Guru Kelas / Guru Mp

5.3Guru digalakkan mengusap kepala murid dan memberikan kata-kata nasihat kepada
murid.
Tindakan Dan Makluman : Guru Pemulihan

VI. PENUTUP
6.1Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan penglibatan
semua ajk program pemulihan di dalam mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar semua
guru yang terlibat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi membantu murid-murid
yang menghadapi masalah penguasaan asas 3M.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

__________________________ _______________________________

(NOORAIN BT MAT HUSSIN) ( KHAIRUZZAMAN BIN ABD.AZIZ)


Penyelaras, GPK Pentadbiran,
Pemulihan Khas, SK. Lintang
SK. Lintang
Disahkan oleh :

________________

( AZARUL AIMAN BIN ABDULLAH )


Guru Besar
SK. Lintang

You might also like