You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN SINAR MUTIARA


BIL : 2 TAHUN : 2022

Tarikh : 5 JULAI 2022


Hari : KHAMIS
Masa : 1.10 petang – 2.00 petang
Tempat : BILIK GERAKAN SK SINAR MUTIARA
Kehadiran :
1. Pn Noor Najihah Binti Dzafaruddin Guru Pemulihan
2. En Shaarani Bin Abu Hassan Guru Besar
3. En Fardlie Bin Zakirai GPK Pentadbiran
4. Semua Guru Panitia BM Tahap 1
5. Semua Guru Panitia MT Tahap 1

Agenda : i. Ucapan Pengerusi


ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
iii. Perkara Berbangkit
iv. Laporan Ujian Diagnostik
v. Data Murid Pemulihan Khas
vi. Hal-Hal Lain
vii Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru-guru meluangkan
sedikit masa untuk menghadiri mesyuarat kali kedua unit Pemulihan Khas.
1.2 Pengerusi memberi ucapan penghargaan kepada semua guru yang telah
banyak membantu dalam melancarkan pelaksanaan program Pemulihan Khas
sekolah.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Pn. Zairatul Nadia menyatakan minit diterima dan mencadangkan supaya
minit mesyuarat pertama disahkan.
2.2 Pn Azizah menyokong minit mesyuarat untuk disahkan.
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Program Pemulihan Sekolah masih mengekalkan mata pelajaran Bahasa
Melayu sahaja untuk dilaksanakan pemulihan. Hal ini adalah disebabkan
bilangan calon murid yang terlalu ramai.
3.2 Program OUTREACH masih belum diteruskan. Pihak Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) memaklumkan supaya guru dapat menyediakan borang dan
dokumen murid yang diperlukan dalam proses saringan seterusnya.
Tindakan : Makluman

4.0 LAPORAN UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK


4.1 Calon-calon murid yang diterima daripada data terakhir tahun 2021 telah
menjalani saringan secara atas talian iaitu secara google meet dan panggilan
video dalam aplikasi Whatsapp.
TAHUN CALON BERJAYA DIUJI
2 15 10
3 15 10
Tindakan :
Makluman

4.2 Berdasarkan jumlah calon sebenar, hanya 20 orang murid sahaja yang diuji.
Pengurangan jumlah ini adalah berdasarkan saringan daripada perbincangan
dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengajar murid pada tahun
2021 dan atas sebab guru pemulihan tidak dapat menghubungi atau penjaga
tidak memberikan respon terhadap mesej yang dihantar guru pemulihan.
Tindakan : Makluman

4.3 Pada bulan Mac, guru pemulihan melaksanakan ujian diagnostik ke atas
murid-murid di sekolah. Tujuan dilaksanakan ujian ini adalah untuk meneliti
tahap penguasaan semasa murid-murid selepas cuti Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Daripada saringan ini, guru pemulihan berjaya memberikan
bimbingan berdasarkan tahap penguasaan murid-murid.
Tindakan : Makluman
5.0 DATA MURID PEMULIHAN KHAS
5.1 Bilangan pemulihan khas sehingga 1 JULAI 2022 :
BIL. KELAS BILANGAN MURID
1 2 BIJAK 15
2 3 BIJAK 10
3 4 BIJAK 8
JUMLAH 33
5.3 Data terkini adalah berbeza disebabkan berlakunya pencalonan baharu yang
dibuat oleh guru mata pelajaran semasa (2021).
Tindakan :
Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Guru pemulihan memaklumkan kebimbangan ke atas beberapa orang murid
yang tidak hadir ke sekolah sejak dari cuti PKP yang lalu. Hal ini akan
menyebabkan murid terus ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Tindakan : Guru Pemulihan dan Guru
Kelas

6.2 Terdapat beberapa orang murid yang masih tidak boleh mengenal huruf.
Mereka ini perlu diberikan bimbingan. Guru meminta bantuan guru mata
pelajaran untuk melaksanakan pemulihan dalam kelas juga sewaktu PDPC
arus perdana.
Tindakan : Guru Pemulihan dan Guru Bahasa Melayu

7.0 PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru atas kesudian
mengambil sedikit masa mengikuti mesyuarat ini. Beliau berharap semua
jawatankuasa dapat membantu guru pemulihan menjayakan program ini
dengan sebaiknya.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

NOOR NAJIHAH DZAFARUDDIN


Guru Pemulihan Khas
SK SINAR MUTIARA

You might also like