You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN LADANG SEMANTAN

28400 MENTRAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT PROGRAM GURU PENYAYANG


KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 18 Februari 2019


Hari : Isnin
Masa : 1.15 Tengah hari
Tempat : Bilik Bestari SJK(T) Ldg Semantan

Kehadiran :
1. Pn.N. Vasantah GURU BESAR (Penasihat)
2. Pn.Meenalojany GPK 1
3. Cik.Punitha GPK HEM
4. En.Maruthappan GPK KOKO
5. En.Pathmanathan Penyelaras Guru Penyayang
6. En.Ramesh
7. Pn. Lillydevi
8. Pn.Pungkodi
9. Pn.Mohanasundhari
Agenda Mesyuarat :
1.Ucapan Pengerusi
2.Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas
3.Perkara Berbangkit
4.Pengurusan Guru Penyayang
5.Tindakan Susulan
6.Hal-hal Lain
7.Penutup
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa dan mengucapkan


terima kasih kepada semua .
1.2. Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat
menjalankan program-program yang dirancang.
1.3. Pengerusi mengumumkan pembentukan jawatankuasa Program Guru Penyayang
2019.
1.4. Pengerusi berharap supaya guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama
sepenuhnya agar program Guru Penyayang dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan.

AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn.Mohana membentangkan minit mesyuarat yang lepas.


2.2 Minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Pn.Lilly Devi.
2.3 Minit mesyuarat telah disokong oleh Cik.Punitha.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 PK kurikulum mendedahkan program Guru Penyayang.


3.2 Pembentukan jawatankuasa bagi perlaksanaan program Guru Penyayang.
3.3 Penyelaras Guru Penyayang membentangkan takwim dan aktiviti program Guru
Penyayang yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

AGENDA 4 : PENGURUSAN PROGRAM GURU PENYAYANG


4.1 PK kurikulum menjelaskan prosedur-prosedur melaksanakan program ini. Beliau
menjelaskan bahawa Instrumen Indeks Persepsi Murid (IPM) akan digunakan bagi
program Guru Penyayang seperti yang dilaksanakan pada awal tahun 2018.
Tindakan :Semua Guru.
4.2 Semua guru diminta untuk bekerjasama dalam menjayakan Program Guru
Penyayang. Program Pemotongan Kek Hari Jadi bagi murid yang lahir dalam bulan
Jan hingga bulan Mac dicadang untuk dilaksanakan pada 2/April/2019. Seterusnya
sijil kehadiran cemerlang akan dianugerahkan kepada murid yang menunjukkan
kehadiran penuh dari bulan Jan hingga bulan Mac dalam program tersebut.
4.3 Guru-guru bekerjasama dalam menganjurkan program ini. Guru memilih murid-
murid yang lahir dari bulan Jan hingga Mac dan juga senarai nama murid yang
menunjukkan kehadiran cemerlang dari bulan Jan hingga Mac berdasarkan kelas.
4.4 Tugasan-tugasan lain diagihkan di antara AJK Program Guru Penyayang. Semua
guru mengagihkan tugas masing-masing.
Tindakan : Semua guru.

AGENDA 5 : TINDAKAN SUSULAN

5.1 Aktiviti yang dirancang boleh dimurnikan dan dipelbagaikan supaya dapat berkesan
kepada murid-murid.

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN

6.1 Semua guru diharapkan dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti


seterusnya yang akan dijalankan pada masa akan datang.

AGENDA 7 : PENUTUP

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.


7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 tengah hari.

Minit disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ____________________
( G.PATHMANATHAN)
PENYELARAS GURU PENYAYANG
SJK (T) LADANG SEMANTAN.

You might also like