You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG EDENSOR, 28400 MENTAKAB,


PAHANG DARUL MAKMUR
KOD SEKOLAH : CBD 7090
________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : CBD_7090.SUK.900-8/1(01)
Tarikh : 23/09/2022

Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ldg Tekal,
Ladang Sg Tekal Jalan Jerantut,
28050 Kuala Krau, Pahang.
Tuan,

PER: MEMOHON MEMINJAM PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK


KEGUNAAN MAJLIS SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak
sekolah SJK(T) Ladang Edensor ingin memohon meminjam peralatan seperti Alat Pembesar Suara
(Hailer Speaker) dan Spekaer Mudah Alih (Portable Speaker) untuk digunakan bagi tujuan Majlis
Sukan Tahunan Sekolah 2022. Kami memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan
permohonan kami bagi membolehkan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Edensor berlangsung seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 02/10/2022 (AHAD)
Masa : 8.00 pagi-1.00 tengah hari
Tempat : Padang Ladang Edensor

2. Sehubungan itu, oleh kerana kekurangan dana sekolah bagi membeli semula alatan sebegini,
kami membuat keputusan untuk memohon pertolongan dari pihak sekolah Tuan. Alatan ini akan
digunakan bagi tujuan perbarisan lintas hormat.

3. Pihak kami juga berjanji akan memulangkan balik alatan yang dipinjam selepas Majlis
Sukan Tahunan ini berakhir. Kami bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakkan dalam
alatan yang dipinjam pihak sekolah kami akan ganti rugi.

4. Besarlah harapan pihak kami agar Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan ini bagi menjayakan sukan tahunan ini. Sekian didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, Terima Kasih.

________________
………………………………………
CHEELA DEVI A/P RAMACHANDRAM
Guru Besar
SJK (T) Ladang Edensor
SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)
LADANG EDENSOR, 28400 MENTAKAB,
PAHANG DARUL MAKMUR
KOD SEKOLAH : CBD 7090
________________________________________________________________________________

You might also like