You are on page 1of 6

UNIT 2 KATA NAMA KHAS

NOTA:

Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk sesuatu yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.
Manusia
Hidup
Bukan Manusia
Kata Nama Khas

Tak Hidup Institusi

Bukan Institusi

Kata Nama Khas Contoh


Kata Nama Khas Hidup Manusia Darwis, Zafirah, Kanang, Monica
Kata Nama Khas Hidup bukan Manusia Si Jalak, Sang Bedal, Izrail, Mikail
Kata Nama Khas Tak Hidup Institusi Wisma Hang Tuah, Universiti Putra Malaysia
Kata Nama Khas Tak Hidup Bukan Perodua Kancil, Panasonic, Seiko
Institusi

Latihan
Peta Pemikiran: Peta Pokok

Lengkapkan kata nama khas dalam peta pokok di bawah.

Kata Nama Khas

Hidup

_________ Bukan Manusia Institusi __________

Azlan ______- Melayu

6
Praktis 1
Nyatakan kata nama khas di bawah ini sama ada kata nama khas hidup atau kata nama khas
tak hidup.

Kata nama khas Hidup/Tak hidup


Iban tak hidup
Profesor Osman Talib
SMK Dato Bentara Luar
Si Comel
Carica spp (betik)
Pejabat Daerah Pontian
Jalan Tan Cheng Lock
Ombak Rindu
Gunung Tebu
Si Jalak
Munsyi Azizi

Praktis 2
Isi tempat kosong di bawah dengan kata nama khas yang sesuai.

1. Binatang yang pintar dalam cerita-cerita haiwan zaman dahulu ialah _________________
(Sang Kancil).

2. Pemain nombor satu dunia yang berasal dari Malaysia ialah _________________ (Dato Lee
Chong Wei).

3. Pulau Redang ialah pulau yang terletak di negeri ____________. (Terengganu)

4. Bapa kemerdekaan Malaysia ialah _________________ (Tunku Abdul Rahman).

5. Sungai terbesar di Sarawak ialah ______________ (Sungai Rajang) manakala sungai yang
terkecil pula Sungai Labang.

6. Nama ayam belaan Ahmad ialah __________. (Si Jalak)

7. Keluaran kereta terbaharu syarikat nasional itu dikenali sebagai _____________. (Proton
Inspira)

8. Perdana Menteri Malaysia ialah YAB _____________. (Datuk Seri Najib Tun Razak)

9. Kami akan bertolak ke pusat peranginan yang terkenal di Kedah iaitu Pulau
______________ (Langkawi)

10. __________ merupakan pahlawan Melayu yang paling terbilang dalam sejarah Kesultanan
Melayu Melaka. (Hang Tuah)

7
Praktis 3
Bina ayat yang melebihi lapan patah perkataan berdasarkan perkataan di bawah.

1. P. Ramlee

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Proton Saga
2.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Selasa
3.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4.
Sang Belang

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

5. Putrajaya

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

8
Soalan Berformat Peperiksaan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ____________ merupakan Perdana Menteri yang keempat dalam sejarah Malaysia.
A Tun Dr. mahathir Mohamad
B Tun Dr. Mahathir Mohamad
C Tun dr. Mahathir Mohamad
D Tun dr. Mahathir mohamad

2 Penduduk negera Jepun kebanyakannya lebih gemar menggunakan _______________


untuk berkomunikasi sesama mereka.
A bahasa Jepun
B bahasa jepun
C Bahasa Jepun
D Bahasa jepun

3 Pemain bola sepak Kelab Harimau Malaya membuat latihan di _______________.


A stadium Merdeka
B stadium merdeka
C Stadium Merdeka
D Stadium merdeka

4 _______________ dikatakan Bendahara Melaka yang terbilang dan tersohor pada zaman
dahulu.
A Tun Perak
B tun Perak
C Tun perak
D tun perak

5 Haji Baharum akan menyembelih _____________ esok dengan pisau.


A Si Jalak
B si Jalak
C Si jalak
D si jalak

6 Kereta _____________ yang baru dibeli oleh Dato Dahlan ialah hadiah untuk anaknya.
A bahasa Inggeris
B bahasa inggeris
C Bahasa Inggeris
D Bahasa Inggeris

9
7 Hang Tuah mempunyai keris keramat yang dikenali sebagai ____________.
A Keris Taming Sari
B keris Taming Sari
C keris taming Sari
D Keris Taming sari

8 Bandar ______________ ialah bandar diraja negeri Perak.


.
A kuala Kangsar
B Kuala kangsar
C Kuala Kangsar
D kuala kangsar

9 Mahasiswa itu dikenakan tindakan oleh ______________ kerana kesalahan memplagiat


kerja kursus orang lain.
A Profesor Abdul Ghalib
B profesor Abdul Ghalib
C Profesor abdul Ghalib
D profesor abdul ghalib

10 Sekolah Kebangsaan Labang mengadakan lawatan sambil belajar ke _____________


untuk memperoleh maklumat tentang artifak.
A lembah bujang, Kedah
B lembah Bujang, Kedah
C Lembah bujang, Kedah
D Lembah Bujang, Kedah

11 Banyak orang datang ke _____________ untuk menyaksikan konsert K-Pop daripada artis
popular Korea iaitu Rain, Kim Hyun-Joong dan Song Ji Hyo.
A stadium Bukit Jalil
B Stadium bukit Jalil
C Stadium Bukit jalil
D Stadium Bukit Jalil

12 Ibu membaca akhbar ___________ sementara menunggu nasi yang ditanaknya masak.
A berita Harian
B berita harian
C Berita Harian
D Berita harian

13 Permohonan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke _____________ telah diperakukan


oleh Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Pelajaran Malaysia.
A universiti Leeds
B universiti leeds
C Universiti Leeds

10
D Universiti leeds

14 Wanita itu bekerja di ______________ sebagai peguam bela untuk kerajaan Singapura.
A Syarikat guaman Faisal Azian
B syarikat guaman Faisal Azian
C Syarikat Guaman Faisal Azian
D syarikat Guaman Faisal Azian

15 Bas ekpres itu telah tiba di______________ pada pukul 6 pagi.


A hentian duta
B Hentian duta
C Hentian Duta
D hentian Duta

11

You might also like