You are on page 1of 5

SK LKTP TENGGAROH SELATAN

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN KHAS


BIL 1 2022/2023
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Pengerusi :
Kehadiran :
Kehadiran :
1. En. Ahsahri B. Hj. Kasdi (GB)
2. En Aziz Mohd Damin (GPK 1)
3. Pn. Roslinda Mohamed (GPK HEM)
4. En. Mohd Zawawi Bin Musa (GPK KOKU)

Turut Hadir :
1.

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Guru Besar dan guru-
guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas
1.2 Mengharapkan kerjasama yang erat untuk memastikan program pemulihan dapat
dilaksanakan sebaiknya
1.3 Menyatakan agenda mesyuarat.
i. Ucapan Pengerusi
ii. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
iii. Perkara Berbangkit.
iv. Pembentangan kertas kerja/isu semasa
- Pelantikan AJK Program Pemulihan 2019
- Pencapaian Murid Linus dan Pemulihan Khas 2018 dan sasaran murid
program pemulihan khas 2019
- Program pemulihan Khas 2019
- Pembentangan laporan program pemulihan khas tahun 2018 dan
perancangan strategik program 2019
- Peruntukan dan tatacara perbelanjaan program
- Buku latihan murid
- Pelaksanaan Program pemulihan Khas ( Program P1NCH )
- Format Rancangan Pengajaran Harian untuk Program Pemulihan Khas
- Kursus guru / LDP
v. Hal-hal lain

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1 Dibentang oleh En Mat Zaidi b. Dahlan.
Dicadang untuk disahkan oleh En. Ibrahim b. Awang
Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd Zawawi b. Musa

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada Hal berbangkit

4 PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1 Pelantikan AJK Program Pemulihan Khas 2019
- Pengerusi menyatakan pelantikan AJK Program Pemulihan Khas 2019
- Pelantikan AJK adalah seperti berikut :
Penaung : En. Mohd Fadhil B. Ishak (PPDKT)
Penasihat : En Ahsahri Bin Hj Kasdi (GB)
Tim Penasihat : En Aziz Mohd Damin (PK1)
Pengerusi /K. Program : En. Mat Zaidi bin Dahlan
Setiausaha : En. Mat Zaidi b. Dahlan
AJK : Pn. Roslinda Binti Mohamed
En. Zawawi Bin Musa
Pn. Azizah bt Asar
Pn.Noraini bt. Hanapiah
En. Mohd Faimi b. Ismail
Pn. Farhah Syahirah bt Janudi
Pn. Nur Haziqah Mahirah binti Ruhizat
Cik Na’ilah binti Ahmad Apandi

- Surat pelantikan akan diedarkan dalam masa terdekat. En. Mat Zaidi b, Dahlan mengharapkan ahli
program agar dapat memberikan komitmen semaksimum mungkin dalam menjayakan pelan
tindakan dan seterusnya diterjemahkan kepada penguasaan kemahiran 3M murid-murid yang
terlibat dalam Program Pemulihan Khas.

Tindakan: Makluman

4.2 Pencapaian Murid Linus dan Murid Pemulihan Khas 2018 dan sasaran 2019

Konstruk Linus dan Kemahiran Asas


Bil Nama Murid Tahun
Program Pemulihan yang dikuasai
1 Muhd Ikhwan Salahuddin Menguasai hingga konstruk 4(Literasi)
bin Sabri 1
Menguasai semua konstruk (Numerasi)
2 Muhd Yazid b. Hasniadi Menguasai hingga konstruk 4(Literasi)
1
Menguasai semua konstruk (Numerasi)
3 Noradriana Dhaniyahuda
2 Menguasai semua konstruk Linus
bt. Hairornizam
4 Mohd irfan Daniel b. Menguasai hingga Konstruk10(Literasi)
Khairul Azhar 2
Menguasai semua konstruk (Numerasi)
5 Nurul Atikah Nabila (BM) Kemahiran 7 : Perkataan KVKVKV
5
(MT) Kemahiran 5: Operasi Asas Tambah

- Murid yang telah menguasai semua konstruk Linus akan meneruskan pembelajaran di Kelas perdana
dengan bimbingan berterusan oleh guru pemulihan khas dan murid yang belum menguasai konstruk
akan meneruskan pembelajaran di Kelas pemulham Khas ( Nur Bestari )
- Guru Pemulihan Khas akan meneruskan bimbingan di Kelas pemulihan bagi murid-murid masih tidak
melepasi kemahiran Asas 3M di tahun 2018.
- Guru Pemulihan Khas membuat post mortem pencapaian
- Guru besar mengharapkan semua guru yang terlibat terutama guru pemulihan khas dan guru
matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik bekerjasama dalam memastikan pengurangan murid
yang tidak menguasai 3M memandangkan pemansuhan program linus serta sasaran tiada murid
yang tidak menguasai asas Membaca, menulis dan mengira ditahap 1.

Tindakan:
Guru Pemulihan Khas dan Guru m/p BM & MT

Sasaran bagi Program Pemulihan Khas 2019


- Memastikan semua murid di tahap 1 terutama murid yang masih di bimbung di Kelas pemulihan
Khas menguasai asas 3M
- berbincang dan membantu guru prasekolah dalam memastikan murid prasekolah sifar buta huruf
dengan membantu menyediakan bahan bantu belajar untuk murid-murid prasekolah.

Tindakan: En. Mat Zaidi Dahlan


4.3. Program Pemulihan Khas
- Guru pemulihan menerangkan peranan guru pemulihan khas adalah sebagai
Penyelaras Program Pemulihan Khas sekolah bagi memastikan tiada murid
yang tidak menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Dengan pemansuhan Program Linus, program pemulihan khas perlu
diperkasakan bagi meneruskan kesinambungan meminimumkan murid tidak
menguasai kemahiran asas 3M
- Murid yang gagal dalam menguasai semua kemahiran asas 3M adalah murid
pemulihan khas
- Saringan IPP2M dan IKAMR tahap 1 & 2 akan dijalankan sebanyak dua kali
iaitu pada bulan Mac dan September
- Murid tahun 1 yang tidak menguasai kemahiran asas 3M akan dimasukkan ke
kelas pemulihan khas selepas saringan IPP2M dan IKAMR Tahap 1 dan
diberikan ujian diagnostik untuk melihat tahap kelemahan kemahiran yang
dikuasai murid
- Penghantaran maklumat dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Murid di tahun 2 dan 3 yang masih tidak menguasai kemahiran asas 3M terus
dibimbing di kelas pemulihan khas dan diberi Ujian IPP2M dan IKAMR Tahap 1,
sekiranya melepasi ujian tersebut murid akan terus belajar di kelas perdana
dengan dibantu oleh guru pemulihan khas
- Murid pemulihan di tahun 4, 5, dan 6 perlu menjalani program 3M
dengan dibantu oleh guru pemulihan di dalam kelas
- Jumlah masa bagi kelas pemulihan khas adalah seperti berikut :
Bahasa Melayu ( Tahun 2 ) 8 x 30minit = 240 minit
Bahasa Melayu ( Tahun 3 ) 8 x 30minit = 240 minit
Bahasa Melayu ( Tahun 5 ) 4 x 30minit = 120 minit
Matematik ( Tahun 2 ) 3 x 30minit = 90 minit
Matematik ( Tahun 3 ) 3 x 30minit = 90 minit
Matematik ( Tahun 5 ) 4 x 30minit = 120 minit
Keseluruhan = 30 masa = 900 minit
- Guru Besar mengharapkan agar guru pemulihan dapat menyediakan program-program
dan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu murid-murid yang tercalon menguasai asas
3M dan membantu murid di tahap 2 lulus sekurang-kurangnya D dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik.
Tindakan: Mat Zaidi Dahlan

4.4 Pembentangan Laporan Program Program Tahun 2018 dan Perancangan Strategik
Program 2019

- Aktiviti yang telah dijalankan bagi tahun 2018 akan diteruskan bagi tahun 2019 dan beberapa
aktiviti serta program akan ditambah sebagai usaha menangani masalah kemahiran asas
3M
- Program Pemulihan Khas akan diperkasakan lagi dengan memberi fokus kepada pembinaan
bahan bantu belajar dengan mempelbagaikan kaedah PDPc yang menekankan PAK21 serta
penggunaan Peta I-Think.

Tindakan: Penyelaras Program Pemulihan Khas

4.5 Peruntukan dan Tatacara Perbelanjaan Aktiviti Program 2019

- Peruntukan adalah berpandukan kepada Peruntukan Panatia Bahasa Melayu dan Matematik serta
Pusat Sumber Sekolah
- Tatacara perbelanjaan untuk kegunaan program:
i. Senaraikan barang yang diperlukan dalam nota minta.
ii. Cari pembekal dan dapatkan sebut harga.
iii. Dapatkan kelulusan Guru Besar.
iv. Beli barang dan uruskan pembayaran bersama Pn Nik Mariani.
- Antara perancangan perbelanjaan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2019 ialah:
i. Penyediaan Buku asas kemahiran Bahasa Melayu dan Matematik ( Pemulihan Khas )
ii. Pembinaan Bahan Bantu Mengajar ( Bahan Maujud )
iii. Buku Bacaan bergred di Kelas Perdana untuk murid pemulihan khas

- Penggunaan BBM
Guru-guru diminta memperkasakan kembali penggunaan BBM dalam sesi pdp. Guru-guru boleh
menyenaraikan keperluan BBM yang diperlukan kepada ketua program. Urusan pembelian BBM
akan dibuat apabila mendapat peruntulkan. Bengkel membina BBM juga akan dibuat dan
dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas

Tindakan:
En. Mat Zaidi Dahlan
Pn. Nik Mariani

4.6 Buku Latihan

i. Penyelarasan latihan dalam seminggu


Jumlah latihan mengikut Modul Latihan yang disediakan :
Tahap 1 : Modul Linus / lembaran kerja Pemulihan Khas mengikut kemahiran
Tahap 2 : Lembaran kerja Program Pemulihan Khas mengikut kemahiran

ii. Bilangan buku latihan


Menggunakan buku Modul Linus dan Buku lembaran kerja mengikut kemahiran dalam
program pemulihan khas
iii. Penulisan isi kandungan
Murid-murid perlu mengosongkan dua muka surat pertama buku tulis untuk tujuan menulis isi
kandungan buku tersebut. Item yang perlu ada ialah bilangan, tajuk dan muka surat.

Tindakan:Guru Pemulihan Khas

4.7 Pelaksanaan Transisi , KSSR, LINUS

- Program Transisi akan dilaksanakan selama tiga minggu untuk murid tahun satu. Sepanjang tiga
minggu tersebut, guru subjek perlu mengikuti jadual yang telah disediakan oleh guru transisi.
Guru Pemulihan Khas membantu guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1
memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M
- Bagi tahun 2019, murid-murid Tahun 3, 2019 akan menerima buku teks dan buku aktiviti cetakan
baru kerana semakan 2017. Guru perlu mencari rancangan tahunan yang betul dan memastikan
setiap guru melaksanakan PdP mengikut DSKP.
- Kementerian telah memansuhkan program LINUS bagi tahun 2019 dan sekolah perlu
memperkasakan kembali program pemulihan khas. Guru yang bertanggungjawab ialah En. Mat
Zaidi Penyelaras Program Pemulihan Khas.

Tindakan: Guru m/p BM dan MT


En.Mat Zaidi Dahlan

4.8 Format Rancangan Pengajaran Harian untuk Pemulihan Khas


- RPH guru pemulihan Khas dalam program perlulah seragam dan mengikut format yang betul.
- Guru Pemulihan Khas perlu menggunakan Format RPH yang telah dibina khas untuk program
pemulihan khas.
- Rancangan Pengajaran adalah berdasarkan pemetaan kemahiran Bahasa Melayu dan Matematik
Program Pemulihan Khas.
Tindakan:
En.Mat Zaidi Dahlan
4.9 Kursus Guru/ LDP
- Guru diminta menghadiri segala kursus-kursus yang telah ditetapkan.
- Cadangan LDP untuk guru-guru program:
- Kursus pembinaan BBM/BBB interaktif
- Kursus Pedagogi Kelas Abad ke 21

Tindakan:Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Buku Garis Panduan Program Pemulihan Khas 2012
- Guru pemulihan menerangkan tentang garis panduan pemulihan khas 2012 yang telah
dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM
- Guru pemulihan khas mengharapkan pihak pentadbiran dapat memahami Senarai tugasan guru
pemulihan khas yang telah ditetapkan dalam buku tersebut.
- Buku garis panduan pemulihan khas ini akan diletakkan di pejabat dan bilik pemulihan khas.

5,2 Guru Besar mencadangkan guru pemulihan merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ini dan meminta agar Guru Pemulihan Khas
dapat membantu murid terutama di tahun 5 dan 6 yang masih lemah dalam matapelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik
5.3 GPK 1 meminta guru kelas pemulihan khas sentiasa berhubung dengan ibubapa
murid pemulihan untuk membincangkan masalah anak mereka.
5.4 Guru Pemulihan Khas merancang untuk mengadakan bengkel membina bahan
bantu mengajar dan mengharapkan semua guru dapat melibatkan diri dalam
bengkel tersebut.

Tindakan: Makluman

Penutup

- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dan mengharapkan
kerjasama ini diteruskan supaya segala usaha atau perancangan yang dibuat dapat dijalankan
sebaiknya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.43 pagi.

Disediakan oleh,
( MAT ZAIDI BIN DAHLAN )
Setiausaha Program Pemulihan Khas
Tarikh : 3 Januari 2019

You might also like