You are on page 1of 5

SK PASIR PANJANG, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PROGRAM MENTOR MENTEE


PLAN & PEMULIHAN KHAS
KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE
ANJURAN PROGRAM PLAN & PEMULIHAN KHAS SK PASIR PANJANG

1. PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah disediakan bagi membantu murid mengatasi


masalah keciciran/ kelemahan, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan
menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca, mengira). Tanpa bantuan, mereka
akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dalam sistem persekolahan lebih
awal lagi. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk mendapat TP
3 dalam program PLAN di kelas perdana. Mereka berasa rendah diri dan malu
untuk tampil ke hadapan bersama-sama rakan sebaya mereka di arus perdana.
Oleh itu untuk memantapkan jati diri mereka agar berasa yakin pada diri sendiri
serta dalam pelajaran dan menunjukkan kemampuan diri, satu program
peningkatan mata pelajaran perlu diadakan bagi melahirkan insan yang sentiasa
berfikiran positif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan daripada pihak sekolah
untuk mengadakan Program Mentor Mentee PLAN & Pemulihan Khas.

3. MATLAMAT

a) Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas menyertai program


yang dikhaskan untuk mereka bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam
pelajaran.

b) Mengukuhkan sifat kerjasama guru SK Pasir Panjang dalam membantu


memastikan semua murid pemulihan / TP2 dapat menguasai kemahiran 3M
pada akhir tahun 2022 kecuali murid berkeperluan khas.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik yang masih belum
mencapai Tahap Pengusaaan 3 dalam PBD seramai 42 orang.
5. TEMPOH

April – November 2022 (Sepanjang tahun 2022 mengikut Plan Taktikal )

6. PERANCANGAN PROGRAM

Mentor perlu menyemak bacaan dan hasil kerja anak murid (mentee) paling kurang
2 kali setiap minggu menggunakan modul yang telah disediakan. Latihan
membaca juga boleh dijalankan semasa intervensi di dalam kelas perdana
menggunakan modul yang disediakan.

7. JAWATAN KUASA PELAKSANA

PENASIHAT :
En. Md Izzuddin bin Mohd
Shah
Guru Besar
PENGERUSI :
En. Muhammad Zulimi bin Mat Daud
GPK Pentadbiran
PENYELARAS :
Cikgu Siti Munirah binti
Mustapha Guru Pemulihan
Khas
Ahli Jawatan Kuasa :
Ketua Panitia BM : Ketua Panitia Matematik: Guru Kaunseling:
Pn. Siti Musalmah binti Pn Zailiana Binti Yusof Cikgu Faizul bin Hassan
Hamzah

semua ahli panitia Bahasa semua ahli panitia


Melayu Matematik
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BARANGAN HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT

1 Modul Bahasa Melayu RM 6 RM6 X 42 RM 252

2 Modul Latih Tubi RM 6 RM6 x 42 RM 252


Matematik
JUMLAH KESELURUHAN RM 504

9. SUMBER KEWANGAN

Program PLAN dengan kerjasama Program Pemulihan Khas ini dapat bantuan
sumbangan kewangan daripada Panitia BM, Panitia Matematik dan Unit Kaunseling
SKPPJ.

10. PENUTUP

Diharapkan agar cadangan dalam kertas kerja ini dapat sokongan dan
perhatian daripada pihak sekolah demi kecemerlangan murid Sk Pasir Panjang.

Disediakan oleh :

…………………………….
PUAN SITI MUNIRAH BINTI MUSTAPHA
Guru Pemulihan Khas
SK Pasir Panjang, Port Dickson
Disemak oleh :

……………………………
En. Muhammad Zulimi bin Mat Daud
GPK Pentadbiran
SK Pasir Panjang, Port Dickson

Diluluskan oleh :

……………………………
En. Md Izzuddin bin Mohd Shah
Guru Besar
SK Pasir Panjang, Port Dickson

You might also like