You are on page 1of 15

MINIT MESYUARAT SEKTOR PEMBELAJARAN BIL.

06/2022
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH

  Tarikh :              14 Disember 2022 ( Rabu)

Masa :                  9.00 PAGI

Tempat:           Bilik Gerakan, PPD Kuala Pilah

Pengerusi :           En. Mohd Zaidi bin Mohd Mustapa


                                     Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah 
                                           Sektor Pembelajaran

Kehadiran :   

Nama                               Jawatan

1. En. Mohd Zaidi bin Mohd Mustapa     Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

2. Dr. Norhana binti Bakhary SISC+ Bahasa

3. Pn. Norafizah binti Hj. Alwi                     SISC+ Sains & Matematik

4. Pn. Kyairaniah binti Abu Hassan SISC+ Sains Sosial

5. Pn. Hartina binti Ab. Rahman @Sulaiman      Pen. PPD Unit Pemulihan Khas

6. Pn. Syazlina binti Abdul Aziz Pen. PPD Unit Pendidikan Khas

7. En. Ameer Hamzah bin Ikhlas Pen. PPD Unit Pendidikan Khas

8. Pn. Hjh. Normala binti Hj.Tomadi                   Pen. PPD Unit Pemulihan Khas

9. En. Hasrul Nizam bin Che Hussin       Pen. PPD Unit Pendidikan Islam

Tidak hadir dengan kenyataan:

1. Pn. Hasnah binti Yon SISC+ TVET

2. Dr. Amarumi binti Alwi                      SISC+ TVET

3. Pn. Arni Samiraty binti Abdol Samat SISC+ Sains & Matematik

4. En. Muhammad Hazmer bin Md Tahir Pen.PPD Unit Sumber dan Teknologi
Pendidikan

5. Pn. Zureen binti Hashim Pen. PPD Unit Pemulihan Khas

Urus setia :

1. Cik Ruhidatuladhiyah binti Hj. Asfahani          Pembantu Tadbir

1
1.0  PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan Alu-aluan

1.1.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang


hadir dalam mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil. 6/2022.

1.1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua atas


kerjasama dan komitmen yang diberikan di dalam pelbagai aktiviti dan
program sepanjang tahun 2022. Kebersamaan semua pegawai di dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk guru-guru dan murid-murid di
daerah Kuala Pilah amatlah dihargai.

1.1.3 Program PBD dan Dialog Prestasi telah dilaksanakan sepanjang tahun
2022 seperti yang telah dirancang.

1.1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana telah berjaya melakukan


kunjung bantu berkelompok pada tahun 2022 dan diharapkan agar
tahun 2023 akan melibatkan lebih banyak lagi sekolah-sekolah yang
akan dikunjungi. Ia bertujuan untuk melihat proses PdP berdasarkan
SKPMg 2 standard 4.

1.1.5 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana Tuisyen YPM Pintar anjuran


bersama MARA dan PPD Kuala Pilah telah berjaya dilaksanakan.
Semoga penajaan ini akan dapat diteruskan pada tahun 2023 dan
mendapat suntikan sumbangan dari pelbagai agensi.
Makluman

1.1.6 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana panitia daerah telah selesai


melaksanakan mesyuarat panitia daerah sebanyak 2 kali setahun.
Pengerusi juga meminta agar laporan mesyuarat panitia daerah 2022
yang telah dilakukan, dapat didokumentasikan untuk digunakan
semasa penarafan PPD akan datang.
Tindakan : Penyelaras Panitia Daerah

1.1.7 Pengerusi mohon agar semua pegawai merancang cuti yang dipohon
agar ada pegawai yang bertugas di Sektor Pembelajaran terutama
sewaktu cuti sekolah.
Makluman
1.1.8 Pengerusi mengingatkan kepada semua pegawai agar bersedia
dengan Dialog Prestasi Percubaan SPM pada semester ketiga. Sektor
Perancangan akan mengeluarkan memo arahan dan kumpulan agihan
untuk Dialog Prestasi tersebut.
Makluman
2
1.1.9 Pengerusi mohon agar pada tahun 2023, diadakan Mesyuarat
Kurikulum bagi membincangkan aktiviti panitia. Mesyuarat tersebut
dicadangkan dilakukan selepas Dialog Prestasi 2023 untuk
memperkasakan panitia daerah. Panitia baharu untuk sekolah
menengah perlu dilantik semula kerana telah habis tempoh.
Tindakan: Penyelaras Panitia Daerah
1.1.10 Semua pegawai perlu mengetahui dan bersedia untuk ujian akhir sesi
akademik bagi mengetahui pengoperasian dan memberi info kepada
guru-guru. Pengerusi memaklumkan 2 hingga 20 Januari 2023 aplikasi
pemasangan instrumen telah bermula.
Makluman
1.1.11 Perekodan akhir Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB)
ialah pada 23 Januari hingga 15 Februari 2023.
Makluman

1.1.12 Setiap unit perlu ada takwim perancangan utama untuk tahun 2023. Ia
bertujuan untuk mencatatkan makluman tarikh aktiviti setiap unit agar
program-program dapat dilakukan dengan teratur.
Makluman

1.1.13 Sesi libaturus STEM bersama-sama KPM dan Pengarah JPN akan
dilaksanakan pada awal tahun 2023 di Petro Sains KLCC.
i. Sesi pemimpin STEM melibatkan126 pengetua sekolah menengah,
pegawai JPN dan pegawai PPD.
ii. Guru Bidang STEM sasaran kepada 50 guru STEM dan semua
pegawai PPD.
iii. Sesi pengantarabangsaan silang budaya STEM mensasarkan 50
orang pegawai STEM negeri bermula 28 Mac 2023.
Makluman
1.1.14 Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua kerana telah berjaya
melaksanakan majlis perhimpunan bulanan dan Hari Anugerah
Akademik SPM 2021.
Makluman
1.1.15 Pengerusi juga meminta agar minit mesyuarat sektor disiapkan lebih
awal mengikut prosedur untuk memudahkan pegawai-pegawai
mengambil tindakan awal.
Makluman

3
2.0  PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 5/2022
Pengesahan Minit Mesyuarat Sektor Pembelajaran PPD Kuala Pilah Bil.
05/2022:-

2.1  Cadangan : En. Hasrul Nizam bin Che Husin

2.2  Sokongan : Sebulat suara

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Maklum balas dari Minit Mesyuarat Bil.5/2022


Pengerusi meminta agar diadakan majlis kecil meraikan pegawai Sektor
Pembelajaran yang telah bertukar ke sektor lain.
Tindakan: Sektor Pembelajaran
3.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa bahawa PdP amali Sains Tulin tidak
dapat
dijalankan di SMK Jelai kerana radas tidak mencukupi. Sebelum ini sekolah
telah meminjam daripada sekolah lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Tindakan: Timb. PPD Sektor


Pembelajaran

4.0  PERBINCANGAN/ LAPORAN

Mesyuarat menerima maklum pelaporan setiap unit  bagi Sektor Pembelajaran:

           4.1 SISC+

           Mesyuarat menerima maklum laporan daripada SISC+:

4.1.1 Senarai aktiviti yang telah dilaksanakan pada bulan Oktober hingga Nov
2022:
i. DIALOG PRESTASI SPM 2022
- Melibatkan 15 buah sekolah. Tarikh cadangan ialah antara
11.10.2022 sehingga 27.10.2022. Memberi fokus kepada
peningkatan pencapaian SPM 2022.

ii. MEMPERKASA PERANAN PANITIA DAERAH


- Bahasa Melayu: Set item untuk latihan ulang kaji semasa cuti
persekolahan Disember 2022.
- Sejarah: Bengkel Pemantapan KSSM Sejarah
- Sains/Matematik: Program Peningkatan SPM bagi mata
pelajaran Sains, Matematik, Fizik, Kimia dan Matematik
Tambahan.
- PSV: Bengkel Kemahiran Kertas 2
- Pendidikan Moral: Bengkel Pemantapan SPM KSSM

4
iii. KELAS TUISYEN MARA @KPLB 2022
- Melibatkan empat mata pelajaran teras. Dilaksanakan sebanyak
10 kali kelas tuisyen. Telah dilaksanakan sebanyak 5 kali
sehingga 17.12.2022.
- Kehadiran murid melebihi 90% setiap sesi.

iv. PLaN:
- Fasa 1 bagi 6 buah sekolah. Fasa 2 melibatkan 12 buah sekolah.
Memberi fokus kepada peningkatan pencapaian murid yang
melepasi Tahap Penguasaan (TP).

v. BIMBINGAN PEMANTAPAN PBD


- Melibatkan 10 buah sekolah enrolmen tinggi. Lima sekolah telah
selesai dibimbing mengikut jadual iaitu SK Ampang Tinggi, SK
Kuala Pilah, SK Tunku Kursiah, SK Tunku Munawir dan SJKC
Chung Hua Kuala PIlah. Baki lima buah sekolah akan dibawa ke
tahun 2023 iaitu SK Nuri, SK Senaling, SK Pusat Juasseh, SK
Undang Johol dan SK Dato’ Idris.

vi. PEMBELAJARAN BERTEMA:


- Melibatkan tiga sekolah rintis iaitu SK Tunku Laksamana Nasir,
SK Padang Lebar dan SMK Tunku Besar Burhanuddin.

vii. PENATARAN PELAKSANAAN ISPPK


- Telah selesai dilaksanakan pada 30.11.2022. Memberi fokus
kepada tindakan kendiri sekolah menggunakan Instrumen
Standard Penilaian Pembudayaan KBAT.

viii. PENATARAN SISTEM PENTAKSIRAN BERSEPADU DAN iDMe


- Kumpulan sasaran ialah PGB, GPK1 dan SU Peperiksaan.
Dilaksanakan pada 6.12.2022.
- Fokus kepada pemakluman berkaitan data berpusat KPM.
Semua PPP perlu membuat pendaftaran IDMe melalui pautan:
https://idme.moe.gov.my/login

ix. TAKLIMAT PENJAMINAN KUALITI SKPMg2 STANDARD 4


- Kumpulan sasaran ialah PGB dan GPK1. Dilaksanakan pada
7.12.2022. Memberi fokus kepada pemantapan pemahaman
PGB dan GPK1 terhadap instrumen SKPMg2 standard 4.

x. INOVASI
- Telah selesai dilaksanakan pada 27 dan 29 September 2022.
- 12 penyertaan daripada 4 kategori akan mewakili daerah ke

5
peringkat negeri.

xi. PBS DALAM MEREALISASIKAN ABC


- Kumpulan sasaran ialah GB dan GPK1. Dilaksanakan pada
7.12.2022. Fokus kepada kepentingan PBS dalam memastikan
kecemerlangan murid.
- Penceramah undangan: Dr Khodori bin Ahmad.
Makluman
4.1.2 Bilangan bimbingan SISC+ sepanjang November hingga
Disember 2022:
i. Dr. Norhana binti Bakhary: 14 bimbingan
ii. Pn. Norafizah binti Alwi: 14 bimbingan
iii. Pn. Hasnah binti Yon: 14 bimbingan
iv. Dr. Amarumi binti Alwi: 13 bimbingan
v. Pn. Kyairaniah binti Abu Hassan :17 bimbingan
vi. Pn. Arni Samiraty binti Abdol Samat : 14 bimbingan
Makluman
4.1.3 Isu dan Intervensi:
i. Keselarasan Pengisian Skor SKPMg2 Standard 4 dalam kalangan
SLT dan MLT – Video Kritik dan Audit SKPMg2 Standard 4.
ii. Pemahaman terhadap keperluan SKPMg2 Standard 4 dalam
kalangan guru( untuk tujuan pelaksanaan PdP) – Video Kritik dan
Audit SKPMg2 Standard 4.
iii. Pengurusan Fail Panitia (SKPMg2 Standard 3.1) – Bimbingan
SKPMg2 Standard 3 melalui aktiviti panitia daerah.
iv. Semakan Buku Latihan oleh SLT, MLT dan guru – Semakan Buku
Rekod SLT/MLT/Guru.
v. Penulisan RPH (SP/SK/Objektif Pelajaran)- Semakan Buku Rekod
SLT/MLT/Guru.

Tindakan: SISC+

4.2 Unit Pendidikan Islam

Mesyuarat menerima maklum laporan daripada Unit Pendidikan Islam.

4.2.1 Jumlah bimbingan tahun 2022:


- Guru : 61 orang. Sekolah Rendah : 25 buah, Sekolah Menengah :
5 buah

4.2.2 Pencapaian semasa khatam Al-Quran murid tahun 6:


- 61% (498 orang murid tahun 6) khatam Al-Quran
- 29 buah sekolah tidak mencapai KPI khatam Al-Quran.
6
4.2.3 Isu
i. Pemahaman yang kurang berkenaan SKPMg2 Standard 4 GPI &
GBA, SR & SM - Pembugaran SKPMG2 Standard 4 melalui Panitia
Daerah.
ii. Kaedah tasmik bacaan murid – Taklimat kaedah tasmik kepada
GPI SR.
Tindakan: Unit Pendidikan Islam

4.2.4 Takwim UPI 2023


i. PLC : Pembugaran SKPMG2 Standard 4
ii. Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah (ILSS) KPM Daerah Kuala Pilah
iii. Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) KPM Daerah Kuala
Pilah.
iv.Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah (FKISS) Daerah Kuala
Pilah.
v. Majlis Khatam Al-Quran Perdana Daerah Kuala Pilah
Makluman
4.3 Unit Pemulihan Khas

Mesyuarat menerima maklum laporan daripada Unit Pemulihan Khas:

4.3.1 Bimbingan dan kunjung bantu bulan Oktober hingga Disember 2022:
- Sebanyak 10 buah sekolah telah dibimbing.
4.3.2 Sebanyak 6 Program dan aktiviti Unit Pemulihan Khas telah
berjaya dilaksanakan pada bulan Oktober hingga Disember.

4.3.3 Pentaksiran Tahap Penguasaan Pemulihan Khas:


- PPD Kuala Pilah mencapai KPI 15% peningkatan untuk kutipan
Data Pentaksiran Ogos 2022. Bahasa Melayu (IPP2M) : 20.5%,
Matematik (IPPKAM) : 39.1%

4.3.4 Anugerah Unit Pemulihan Khas 2022 telah diberikan semasa Majlis
Perhimpunan Bulan November PPDKP dan Hari Kualiti Akademik
PPDKP 2022 pada 17/11/2022 di Dewan Seminar PPD Kuala Pilah.
Antara anugerah yang disampaikan ialah sekolah yang mencapai
KPI Pentaksiran Ogos 2022 bagi 28 buah sekolah, anugerah kepada
sekolah 5 buah yang tidak mempunyai murid pemulihan, Ikon Guru
Pemulihan Khas- SK Ampang Tinggi, Anugerah Showcase - SK
Yamtuan Lenggang dan Anugerah Lonjakan Saujana Program
Pelangi : SK Senibai.
. Makluman
4.3.5 Isu:
7
a. Tiada guru Pemulihan Khas di sekolah besar yang ada waran.
Cadangan intervensi : Pergerakan guru yang ada waran di sekolah
SKM yang kurang murid pemulihan.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah
b. Murid yang ada ciri Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
tidak mendapat kebenaran dari Ibu bapa / penjaga untuk membuat
saringan Outreach.
c. Ibubapa / penjaga yang tidak bersetuju murid ditempatkan di kelas
PPKI setelah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan.
Cadangan Intervensi: Ibubapa / penjaga perlu membuat surat
penolakan kepada sekolah dan satu salinan dihantar kepada PPD .

Makluman
4.3.5 Rumusan Program dan Aktiviti Unit Pemulihan Khas sesi 2022/2023
i. Sekolah Bimbingan : 47 sekolah Rendah
ii. Program/ Aktiviti : 15 program termasuk Program Jalinan dan
Jaringan.
Makluman
4.3.6 Pembentangan Perancangan Program dan Aktiviti Unit Pemulihan
Khas dan Takwin Program Tahun 2023/2024.
i. Bimbingan
- Bimbingan berfokus
- Bimbingan berkelompok Unit Pemulihan Khas
- Bimbingan Sektor Pembelajaran
- Perkongsian Amalan Terbaik

ii. Pentaksiran Tahap Penguasaan


- Penilaian dan pentaksiran
- Dialog Keberhasilan
iii. Jalinan dan Jaringan
- Saringan MBPK
- Sesi Profesionalisme
Makluman
4.3.7 Kertas kerja dan bajet akan dibentangkan di dalam mesyuarat
Sektor Pembelajaran Bil.1/2023.
Tindakan: Ketua Unit Pemulihan Khas
4.4 Unit Pendidikan Khas

Mesyuarat menerima maklum laporan daripada Unit Pendidikan Khas:

8
4.4.1 Mesyuarat AJK Majlis Pemuafakatan Pendidikan Khas Daerah
Kuala
Pilah diadakan pada 1 November 2022 dengan dihadiri oleh 20
orang
ahli mesyuarat.

4.4.2 Mesyuarat Pengurusan PPD bersama-sama GPK/ Penyelaras


Pendidikan Khas Daerah berlangsung pada 3 November 2022.
4.4.3 Mesyuarat Agong Majlis Pemuafakatan Pendidikan Khas Daerah
Kuala Pilah dijalankan pada 09 November 2022 dengan kehadiran
kesemua 74 orang ahli.

4.4.4 Bengkel Pembugaran Program Pendidikan (PPI) Sekolah


Menengah
Daerah KP dilaksanakan pada 22 November 2022 dengan
kehadiran
seramai 24 Guru PPKI sekolah menengah.

4.4.5 Bengkel Pembugaran Program Pendidikan (PPI) Sekolah Rendah


Daerah KP dilaksanakan pada 23 Nov 2022 dengan kehadiran
seramai 25 Guru PPKI sekolah rendah.

4.4.6 Bengkel Pengurusan Fail bagi Guru Pendidikan Khas Sekolah


Rendah Daerah Kuala Pilah telah berlangsung pada 1 Disember
2022 dengan kehadiran Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah
seramai 25 orang hadir.

4.4.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Hari Apresiasi Pendidikan Khas


Daerah Kuala Pilah berlangsung pada 6 Disember 2022 bagi
mengatur tugasan sempena Hari Apresiasi di mana 20 daripada 26
orang ahli mesyuarat hadir dalam mesyuarat tersebut.

4.4.8 Hari Apresiasi Murid Pendidikan Khas Daerah Kuala Pilah telah
disempurnakan pada 8 Disember 2022 dengan kehadiran murid
Pendidikan Khas seramai 67 daripada 70 penerima anugerah hadir
dan 41 daripada 50 orang guru telah hadir.

4.4.9 Seramai 18 orang murid baharu MBPK telah ditempatkan di kelas


PPKI sepanjang bulan Oktober sehingga Disember 2022.

4.4.10 Isu Pendidikan Khas ialah:

i. Kepadatan kelas Pendidikan Khas di SK Tunku Munawir yang


melibatkan isu kekurangan guru dan kekurangan ruang untuk kelas
PPKI.
9
ii.SK Undang Johol dan SK Rembang Panas juga mempunyai isu
bilangan murid yang semakin bertambah tetapi ruang kelas tidak
kondusif untuk murid- murid PPKI.

iii. Ibubapa/penjaga tidak berminat untuk menghantar anak mereka


ke sekolah yang ada PPKI kerana jauh dari rumah mereka.
Makluman

5.0  Hal-Hal Lain

5.1 Kertas kerja program-program 2023 daripada Sektor Pembelajaran perlu


dihantar ke KPPD untuk dihantar ke YB Adnan untuk mendapatkan
peruntukan.
Tindakan : Semua Unit

5.2 Semua AJK perlu bersedia untuk sambutan Hari Keputeraan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari 2023 dan tuisyen MARA
ditangguhkan pada minggu yang berikutnya.
Makluman

5.3 Nota serah tugas yang belum dihantar, harus dihantar segera kepada
Timbalan Sektor Pembelajaran.

5.4 Perancangan KPI setiap unit perlu disediakan dan dibentangkan pada
Mesyuarat Sektor Bil. 1/2023 .

Tindakan: Setiap unit

5.5 Minit mesyuarat perlu disediakan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat
dan maklum balas diedarkan dalam tempoh 14 hari.
Makluman
6.0  PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam mesyuarat kali ini.
Segala kelemahan akan diperbaiki pada masa akan datang. Semoga
sokongan dan kerjasama semua akan berterusan bagi menjayakan
setiap program Sektor Pembelajaran.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengahari dan mesyuarat


seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh :
10
Urus setia 
Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil. 06/2022
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Tarikh : 21 Disember 2022

11
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.6/2022

Tarikh :   14 DISEMBER 2022 ( Rabu)


Masa :    9.00 PAGI
Tempat :    BILIK GERAKAN, PPD KUALA PILAH
Pengerusi :    En. Mohd Zaidi bin Mohd Mustapa
                                     Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah 
                                            Sektor Pembelajaran

BIL KEPUTUSAN MAKLUM BALAS


1 1.1.6 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana panitia daerah Penyelaras di dalam proses pengumpulan bahan untuk
telah selesai melaksanakan mesyuarat panitia daerah didokumentasikan.
sebanyak 2 kali setahun. Pengerusi juga meminta
agar
laporan mesyuarat panitia daerah 2022 yang telah
dilakukan dapat didokumentasikan untuk digunakan Belum selesai
semasa penarafan PPD akan datang.
Tindakan : Penyelaras Panitia Daerah

1
2 1.1.9 Pengerusi mohon agar pada tahun 2023, diadakan Cadangan Mesyuarat Kurikulum pada bulan Mac 2023.
Mesyuarat Kurikulum bagi membincangkan aktiviti Pengerusi Panitia baharu sekolah menengah akan dilantik
panitia. Mesyuarat tersebut dicadangkan dilakukan bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024.
selepas Dialog Prestasi 2023 untuk memperkasakan
panitia daerah. Panitia baharu untuk sekolah menengah
perlu dilantik semula kerana telah habis tempoh.
Tindakan: Penyelaras Panitia Daerah
Belum selesai

3 3.1 Maklum balas dari Minit Mesyuarat Bil.5/2022 Majlis tersebut telah diadakan pada 5 Januari 2023
Pengerusi meminta agar diadakan majlis kecil meraikan bersama-sama dengan Sektor Pembangunan Murid
pegawai Sektor Pembelajaran yang telah bertukar ke
selesai
sektor lain.
Tindakan: Sektor Pembelajaran

4 3.2 Maklum balas dari Minit Mesyuarat Bil.5/2022


Mesyuarat dimaklumkan bahawa bahawa PdP amali
Sains Tulin tidak dapat dijalankan di SMK Jelai kerana
radas tidak mencukupi. Sebelum ini sekolah telah
meminjam daripada sekolah lain untuk mengatasi
masalah tersebut.
Tindakan: Timb. PPD Sektor Pembelajaran

5 4.1.3 Isu dan Intervensi:


i. Keselarasan Pengisian Skor SKPMg2 Standard 4 Tindakan masih tidak dapat dilaksanakan atau
dalam kalangan SLT dan MLT – Video Kritik dan Audit ditambahbaik kerana bimbingan bagi tempoh Januari
SKPMg2 Standard 4. hingga Februari 2023 lebih berfokus kepada Dialog
ii. Pemahaman terhadap keperluan SKPMg2 Standard 4 Prestasi SPM, bimbingan tindakan pembetulan sekolah
dalam kalangan guru( untuk tujuan pelaksanaan PdP) untuk meningkatkan gred purata mata pelajaran,

2
– Video Kritik dan Audit SKPMg2 Standard 4. peningkatan peratus lulus, peningkatan layak sijil,
iii. Pengurusan Fail Panitia (SKPMg2 Standard 3.1) – persiapan amali Sains, dan Ujian mendengar serta bertutur
Bimbingan SKPMg2 Standard 3 melalui aktiviti panitia Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi calon SPM 2022.
daerah.
iv. Semakan Buku Latihan oleh SLT, MLT dan guru –
Semakan Buku Rekod SLT/MLT/Guru.
v. Penulisan RPH (SP/SK/Objektif Pelajaran)- Semakan
Buku Rekod SLT/MLT/Guru.
Belum selesai
Tindakan: SISC+
6 4.2.3 Isu
i. Pemahaman yang kurang berkenaan SKPMg2 Standard 4 i) Pembugaran SKPMg2 standard 4 kepada GPI & GBA
GPI & GBA, SR & SM - Pembugaran SKPMG2 Standard 4 SR & SM akan dilaksakan dalam mesyuarat Panitia PI &
melalui Panitia Daerah. Bahasa Arab SR & SM bil 1/2023 Belum selesai
i) Bengkel Modul i-ZAKI (kaedah tasmik) telah diberi
ii. Kaedah tasmik bacaan murid – Taklimat kaedah tasmik penataran kepada Ketua Panitia PI SR pada 31 Januari
kepada GPI SR. 2023 (Selasa) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di
Tindakan: Unit Pendidikan Islam Dewan SK Ampang Tinggi. selesai
7 4.3.5 Isu: Guru Pemulihan Khas SK Yamtuan Lenggang telah
a. Tiada guru Pemulihan Khas di sekolah besar yang ada digerakkan ke SK Tunku Munawir dan Guru Pemulihan
waran. Cadangan intervensi : Pergerakan guru yang ada Khas SK Tunku Laksamana Nasir telah digerakkan ke SK
waran di SKM yang kurang murid pemulihan. Ampang Tinggi.
selesai
Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah
8 4.3.7 Kertas kerja dan bajet akan dibentangkan di dalam Kertas kerja Program Pemulihan Khas dibentangkan di
mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.1/2023. dalam Mesyuarat Bil.1/2023 pada 7.2.2023.
Tindakan: Ketua Unit Pemulihan Khas selesai

9 5.1 Kertas kerja program-program 2023 daripada Sektor Kertas kerja unit dibentangkan di dalam Mesyuarat Sektor
Pembelajaran perlu dihantar ke KPPD untuk dihantar ke Pembelajaran Bil.1/2023 pada 7.2.2023 untuk semakan

3
YB sebelum dihantar ke KPPD untuk kelulusan.
Adnan untuk mendapatkan peruntukan.
Tindakan : Semua Unit
10 5.4 Perancangan KPI setiap unit perlu disediakan dan Perancangan KPI setiap unit dibentangkan pada
dibentangkan pada Mesyuarat Sektor Bil. 1/2023 . Mesyuarat Sektor Bil.1/2023 pada 7.2.2023.
Tindakan: Setiap Unit

Disediakan oleh : Tarikh maklum balas: 28 /12/


2022
Setiausaha, Tarikh kemaskini: 5/1/2023
Mesyuarat Sektor Pembelajaran Bil.6/2022
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah

selesai

You might also like