You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JK PENTADBIRAN SEKOLAH BIL 2 / 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MANIS

Tarikh : 08 Disember 2021


Masa : 1.30 petang hinggga 2.30 petang
Tempat : Goboq Sugeh Cafe, Cendol Muharam Bukit batu
Pengerusi : Cikgu Aisah binti Bakri
Kehadiran (Hadir) : 26 / 29 orang
1 Cikgu Aisah binti Bakri Guru Besar
2 Cikgu Mariatulkiptiah binti Muhammed GPK Pentadbiran
3 Cikgu Salwana binti Abdullah GPK Hal Ehwal Murid
4 Cikgu Mohd Fauzi bin Bahari GPK Kokurikulum
5 Ustaz Ahmad Fairuz bin Sahirin
6 Cikgu Ahmad Izzul Irfan bin Hashim
7 Ustazah Fatiah binti Md Rasli
8 Ustaz FerdausThoha bin Mohd Hamidin
9 Ustaz Hj. Mohd Fadzil Abu Bakar
10 Cikgu Mohd Faisal bin Edris
11 Cikgu Mohd Faizul bin Mohd @ Mohd Yusoff
12 Cikgu Muhammad Mahfuz bin Khushairi
13 Cikgu Norinsam binti Latib
14 Ustaz Muhammed Haliidh bin Abdul Aziz
15 Cikgu Zuriani binti Sulaiman
16 Cikgu Nurul Izzati binti Yaacob
17 Cikgu Rafidah binti Md Rabidin
18 Cikgu Sarves a/p Elangovan
19 Cikgu Syahrizal Subqie bin Mohd Tambidzi
20 Cikgu Zarina binti Abdullah
21 Ustazah Nurul huda binti Abu Hassan
22 Cikgu Nurul Natalia Binti Nasif
23 Pn. Khalidah binti Kamis
24 Pn. Nur Ilyana binti Sahri
25 Pn. Zuraidah binti Haron
26 Cikgu Nur Syuhada binti Saadon Setiausaha

Tidak Hadir
1. Cikgu Mohd Raziff bin Ithnin Cuti Kuarantin
2. Cikgu Nor Hidayati Anies binti Mohd Nor Cuti Bersalin
3. Cikgu Nurazila binti Ismail Cuti Bersalin
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Terima kasih atas kehadiran semua guru dan AKP dalam mesyuarat petang ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah oleh Ustaz Ahmad Fairuz
bin Sahirin
1.3 Sekalung tahniah kepada guru-guru yang berjaya dalam permohonan egTukar
iaitu seramai 6 orang.
1.4 Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru yang berjaya
mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang tinggi sama ada atas kejayaan
individu dan murid-murid. Diharapkan kejayaan ini dijadikan pendorong untuk
rakan-rakan guru dan AKP yang lain untuk terus mencari peluang dan ruang
yang ada untuk meningkatkan kualiti sekolah seterusnya kemenjadian murid.
1.5 Tujuan mesyuarat :
a. Memastikan tugasan-tugasan akhir tahun dapat disempurnakan sebelum cuti
sekolah.
b. Membentangkan laporan dan tindakan susulan bagi unit-unit yang terlibat.

Makluman

2 Pengesahan Minit Mesyuarat JK Pentadbiran Sekolah Bil. 1/ 2021


Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/2021 disahkan tanpa pindaan.
Dicadang untuk disahkan oleh : Cikgu Sarves a/p Elangovan
Disokong untuk pengesahan oleh : Cikgu Mohd Faisal bin Edris

3 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Para 4.17 muka surat 11, Permohonan Penyelengaraan Institusi Pendidikan
Tahun 2021
a. Sekolah telah menerima penyelenggaraan bumbung dan siling Blok A, pintu
prasekolah, tandas guru lelaki dan perempuan, kantin dan siling blok B yang
berjumlah RM75,000 termasuk longkang di padang sekolah.
b. Penyelenggaraan penghawa dingin bagi bilik guru besar, bilik GPK, pejabat,
bilik guru, bilik mesyuarat dan makmal komputer.
c. Permohonan penyelenggaraan bagi tahun 2022 telah dihantar ke PPD.
d. Permohonan tambahan untuk penyelenggaraan tandas blok C perlu menyusul
sebelum pembukaan sekolah.
Tindakan :
4 Perkara-Perkara yang Dibincangkan
4.1 Pengurusan SKPMg2
4.1.1. Terima kasih kepada JK Induk SKPMg2 dan semua Pasukan Pelaksana
Standard (PPS) yang telah menyempurnakan pengisian skor dalam
sistem SKPMg2
4.1.2 Terima kasih kepada setiausaha SKPMg2 yang telah membentuk channel
Telegram khas SKPMg2 untuk perkongsian maklumat
4.1.3 Pelanjutan tempoh pengisian adalah sehingga 15/02/2022
4.1.4 Sesi pertemuan guru besar bersama PPS untuk penulisan evidens perlu
dilaksanakan sebelum guru-guru bercuti balik kampung.
Tindakan : Semua guru

4.2 Pengurusan Perancangan Strategik


4.2.1 Untuk makluman ahli mesyuarat, Perancangan Strategik Sekolah 2019-
2021 telah berakhir pada tahun ini.
4.2.2 Semua unit perlu membuat perancangan strategic masing-masing untuk
tahun 2022-2024. Boleh rujuk telegram perancangan strategik sekolah
berkaitan keselarasan format dan cara penyediaaannya yang telah
dikongsikan oleh En. Misri bin Thariano, Pegawai SIP+ sekolah.
4.2.3 Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah 2022-2024 akan
diselesaikan oleh pihak pentadbiran sebelum atau pada 31 Disember 2021
untuk dikongsikan kepada semua warga sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
4.2.4 Diharap penerusi/ ketua/ penyelaras unit-unit pada tahun 2021 dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan mengambil pertimbangan isu-isu atau
permasalahan kritikal yang ingin diselesaikan.
4.2.5 Penghantaran Perancangan Strategik 2022-2024 kepada GPK masing-
masing sebelum atau pada 31 Januari 2022

4.3 Pengurusan Prestasi


4.3.1 Semua PYD telah dinilai dan diberikan penskoran mematuhi takwim
penilaian yang telah ditetapkan oleh stakeholder.
4.3.2 Terima kasih dan tahniah kepada semua PP dan PYD yang telah
menyempurnakan tugasan pada tahun ini.
Makluman
4.3.3 PYD telah menerima skor akhir dan keberhasilan akhir daripada PP 1 dan
PP 2 masing-masing.
Tindakan : PYD
4.3.4 Penyelarasan markah tidak tekal akan bermula 18 sehingga 31 Disember
2021. Mesyuarat JK Penilai akan bersidang dalam tempoh berkenaan.
Tindakan : Setiausaha JP PBPPP

4.4 Pengurusan Kewangan dan Akaun


4.4.1 Tahniah kepada semua panitia kerana berjaya menguruskan peruntukkan
kewangan dengan baik.
4.4.2 Peruntukkan yang tidak digunakan dalam tahun semasa akan digunakan
untuk penyelenggaraan kecil.
4.4.3 Sekolah juga telah menerima peruntukkan RM4,000 untuk hoki sekolah
yang juga perlu diselesaikan dalam tahun semasa
Makluman
4.5 Pengurusan Aset Kerajaan
4.5.1 Telah diuruskan secara online oleh Pn. Nur Ilyana binti Sahri

4.6 Pengurusan Pembangunan Manusia


4.6.1 Tahniah kepada semua guru dan AKP telah mencapai KP 1 sekurang-
kurangnya 5 hari berkursus untuk tahun 2021.
4.6.2 KP 2 sekurang-kurangnya 42 mata kredit telah dilengkapkan oleh semua
guru.
Makluman
4.6.3 Penambahbaikan bagi tahun 2022 agar panitia MP merancang PLC lebih
awal dan teratur. Cadangan sekurang-kurangnya dibuat 4 kali setahun
Tindakan : Ketua Panitia
4.7 Pengurusan Kedai Buku
4.7.1 Kedai buku akan beroperasi seperti biasa untuk 2022
4.7.2 Bagi tahun 2022, diminta berurusan dengan guru besar untuk pembelian
buku dan senarai kperluan yang lengkap boleh diambil di pejabat kelak.

4.8 Pengurusan Badan Kebajikan dan Kakitangan


4.8.1 Tahniah JK BKGK 2020-2021 telah berjaya melaksanakan beberapa
program besar seperti majlis persaraandan majlis perpisahan walaupun
berhadapan dengan pandemik Covid-19.
4.8.2 Lantikan baharu untuk tempoh 2 tahun telah dilaksanakan dan akan
dibukukan dalam Buku Pengurusan Sekolah. Keputusan bolehlah
dihantar sebelum 17.12.2021

4.9 Pengurusan TS25


4.9.1 Tahun 2020 merupakan tahun pertama dilaksanakan dan kini hanya
menunggu pihak nazir untuk hadir ke skolah dan memberi pengiktirafan.

5.0 Hal-hal Lain


5.1 KPM Perkasaku adalah sehingga akhir Februari 2022 yang memfokuskan untuk
memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran khususnya
ketika negara masih lagi bergelut dengan pandemik.
5.2 6 orang guru yang akan berpindah perlu membuat serahan tugas.
5.3 Semua guru kelas dan pembantu perlu memastikan kelas/ bilik darjah berada
dalam keadaan bersih dan teratur sebelum cuti penggal
Tindakan : Semua Guru

Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat ini
dan mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan oleh,
Cikgu Nur Syuhada binti Saadon
Setiausaha Pengurusan, SK Ayer Manis.

Tarikh: 19 Disember 2021.

You might also like