You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALOR,

73200 GEMENCHEH NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL.3 2021

Tarikh : 5 Oktober 2021

Hari : Khamis

Tempat : Secara Google Meet

Masa : 2.30 Petang – 4.45 Petang

Kehadiran :

Kehadiran :
1. Pn. Norliza Binti Ismail ( Ketua Bidang Kemanusiaan) )
2. Tn. Hj. Abdul Raub B Hj Abd Rahman (GPK HEM )
3. Pn. Nurfadzilah binti Fuzai (KP Panatia GEO)
4. Pn. Norazizah binti Abdul Karim
5. En. Ismail bin Aziz

Agenda Mesyuarat:
1. Perutusan Ketua Bidang
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Maklum Balas
4. Laporan Program/Aktiviti Panitia
5. Laporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
6. Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7. Laporan SKPMg2
8. Hal-hal lain

Agenda 1 : Perutusan Ketua Bidang (Pn. Norliza binti Ismail)


1.1 Pn.Norliza mengucapkan terima kasih kepada semua guru Pen. Islam yang hadir pada
Mesyuarat Panitia Pen. Islam Bil 2 tahun 2021.Tujuan Mesyuarat diadakan untuk
membincangkan beberapa perkara penting berkaitan aktiviti Panitia dan program-
program yang telah dijalankan sepanjang tempoh PDPR
1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru kerana komited
menjalankan pdpr dengan lancar. Selain itu, guru-guru juga turut memberikan sumbangan
dalam aktiviti koakademik dengan memberikan bimbingan kepada para murid.

1
1.3 Beliau menjelaskan hala tuju SMK Bukit Jalor bagi tahun 2021 ialah sasaran GPS SPM
2021 ialah 4.99. Setiap guru perlu meletakkan tahap PBD murid berdasarkan tahap
penguasaan 3 hingga 6.
1.4 Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah SMK Bukit Jalor terpilih sebagai sekolah
TS25.
1.5 Beliau juga memaklumkan pihak pengurusan dan guru-guru perlu menjalankan
mentoring dan coaching bagi penyampaian maklumat dan perbincangan antara guru-guru
dan pentadbir bagi tujuan meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang.

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat

Dicadangkan oleh : En. Ismail bin Aziz.

Disokong oleh : Pn. Norazizah binti Abdul Karim

Agenda 3 : Maklum Balas Mesyuarat


Bil 4.0 4.5.1 Ujian Sumatif 2 telah diadakan secara atas talian bermula hingga 1 September
hingga 6 September 2021 untuk semua tingkatan.

Agenda 4 : Laporan Aktiviti Panitia Sepanjang Pdpr Mei- Oktober 2021 (Pn. Norazizah)

4.1 Senarai aktiviti yang telah disertai/ dijalankan:

BIL AKTIVITI TARIKH/TEMPAT PENYERTAAN CATATAN

1 BULAN KEMERDEKAAN 2021 OGOS 2021 SEMUA GURU


DAN PELAJAR

Makluman : Semua guru

4.3 Laporan Ujian Sumatif 2 Tahun 2021 ( Secara atas talian)

Bil Calon A B C D E F LULUS GAGAL


Bil Mata Pelajaran GPMP

Ambil TH Bil Bil Bil Bil Bil Bil Bil % Bil %

1 TINGKATAN 1 47 2 5 12 12 9 4 5 42 89.36 5 10.64 3.21

2 TINGKATAN 2 41 0 1 2 7 11 9 11 30 73.17 11 26.83 4.41

3 TINGKATAN 3 50 0 2 10 12 6 10 10 40 80.00 10 20.00 3.84

Refleksi Ujian Sumatif 2 2021 :

2
1- Kehadiran pelajar memuaskan. Bilangan pelajar tidak hadir 2 orang Tingkatan 1.

2- Peratus pelajar lulus setiap tingkatan melebihi 80% bagi setiap tingkatan 1 dan tingkatan 3.

3- Pelajar menjawab soalan secara atas talian dalam bentuk kuiz, google form , liveworksheet dan
lain-lain.

2. Kebanyakan pelajar berjaya mencapai markah lulus minima kemungkinan kerana mereka
mempunyai sumber rujukan di rumah.

4.4 Laporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.4.1 Unit penilaian dan peperiksaan telah bertukar kepada unit pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS).

4.4.2 Pentaksiran Pusat (PP) untuk Ujian UTQH Pendidikan Islam akan diadakan pada bulan
Disember 2021 .

4.4.3 Ujian Sumatif 2 secara atas talian telah selesai dilaksanakan pada awal bulan September yang
lalu.

4.4.4 Peperiksaan Percubaan SPM 2021 bermula pada 1 November 2021 .

4.4.5 Ujian selaras SPM peringkat daerah Tampin akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada
peperiksaan percubaan SPM

4.4.6 Jadual Peperiksaan Percubaan SPM dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan
kumpulan B. Makluman: Semua guru

4.5 Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.5.1 Pn. Norliza memaklumkan tentang pernyataan Tahap Penguasaan Umum yang perlu difahami
oleh guru-guru. Guru-guru perlu memastikan agar para pelajar dapat mencapai sekurang-kurangnya
Tahap Penguasaan minimum TP3.

4.5.2 Pn. Norliza memaklumkan semua guru perlu mengisi TP dalam rekod transit bagi setiap mata
pelajaran yang diajar. Guru perlu merekod TP setiap kali setelah selesai mengajar sesuatu topik.

4.5.3 Semua guru perlu memastikan nama pengetua, nama guru, tarikh pelaporan, subjek dan
tingkatan serta nama sekolah adalah betul sebelum dihantar ke dalam Telegram PBD sekolah.

4.5.4 Ketua panitia perlu menyimpan data PBD bagi subjek terlibat dan boleh buat analisis secara
terperinci untuk disimpan dalam fail Panitia. Semua maklumat perekodan PBD boleh dirujuk dalam
GD sekolah. Tindakan: Semua guru

3
4.6 Pengisian SKPMg2

4.7.1 Semua guru pelaksana perlu melengkapkan maklumat dalam SKPMg2 sebelum 15 Oktober
2021.

4.7.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan semua evidens disimpan di dalam fail panitia untuk
semakan. Tindakan : Semua guru

4.10 Hal-Hal lain

4.10.1 Tn. Haji Abdul Raub memaklumkan pelajar akan hadir ke sekolah mengikut kumpulan secara
penggiliran bermula dengan Tingkatan 5 pada 4 Oktober 2021. Manakala tingkatan lain akan
dimaklumkan kelak secara penggiliran.

4.10.2 Semua guru perlu memastikan pematuhan SOP pembukaan sekolah yang telah ditetapkan oleh
KPM.

4.10.3 Semua guru perlu mencetak dan menghantar buku rekod RPH PDPR yang lengkap pada 29
Oktober 2021.

Agenda 5: UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan meminta kerjasama semua guru
untuk menjayakan semua program dan aktiviti sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah di
dalam semua bidang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

………………………………….

Pn Nurfadzilah binti Fuzai

Ketua Panitia Geografi,

SMK Bukit Jalor

You might also like