You are on page 1of 4

SEKOLAH : SJK (C) FOON YEW 2, JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT : MESYUARAT GURU


BIL : 4 / TAHUN : 2021

Tarikh : 11 Jun 2020


Masa : 09.00 i
Tempat : Google Meet Fy2
Pengerusi : Puan Loo Chun Huang
Kehadiran(Bilangan) : 86 Orang
Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Cik Chong Sook Chin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana sudi hadir ke mesyuarat kali ini bagi membincangkan
perkara-perkara yang terkini mengenai sekolah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk
membincangkan mengenai aktivti dan program Pdpr Penggal 2 persekolahan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Dicadang untuk disahkan : Puan Hamizah binti Abd. Razak
2.2 Disokong untuk pengesahan : Puan Nurjuliza binti Jamil

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
Makluman
4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT
4.1. Pelaksanaan Pentaksiran dan PBD Tahap 1
4.1.1 Pentaksiran dan PBD tahap 1 akan ditangguh sehingga persekolahan
boleh dibuka semula. Prosedur pelaksanaan ini berbeza dengan Pentaksiran
Tahap 2 , tiada jadual waktu yang akan diberikan kepada murid dan juga ibu
bapa. Mata pelajaran yang dinilai juga tidak mengikut susunan jadual mata
pelajaran UPSR.
Makluman
4.2 Prosedur Pelaksanaan PBD semasa PDPR
4.2.1 PBD setiap tahun mesti dijalankan
a) seminggu / 2 minggu sekali untuk subjek teras
b) sekurang –kurang sebulan sekali untuk subjek elektif
Pelaksaanan guru boleh dijalankan mengikut Google Form ( kuiz ) dan mana-
mana yang dirasakan sesuai.
Makluman
4.3 Memperkenaan Program Transfomasi Sekolah 2025 ( TS 25 )
4.3.1 Memberi penerangan tentang TS 25, barisan pentadbir juga menjadi
Senior Leader Team TS 25. Program ini mesti disokong oleh semua warga
sekolah untuk menjayakan aktiviti yang akan dijalankan.

Makluman
4.4 Pengisian maklumat anugerah dan pemenang pertandingan luar sekolah .
Cik Chong memberikan nasihat kepada pihak jawatankuasa supaya sentiasa
isi maklumat pertandingan luar sekolah dari masa ke semasa kerana ini
adalah eviden aktiviti sekolah 2021.

Makluman
4.5 Tahniah kepada Cikgu Nurjuliza yang berjaya dapat bertukar ke Wilayah
Persekutuan Labuan , semoga cikgu sihat dan senang dalam situasi baharu
yang akan datang .

Makluman
4.6 Semua guru diingatkan supaya memenuhi LDP sebanyak 6 hari setahun.
I ) Semua guru dijemput menghadiri WEBINAR AMALAN TERBAIK
PENGURUSAN PSS ERA DIGITAL & NORMA BAHARU
Tarikh : 18 Jun 2021 ( Jumaat )
Masa : 2:50 – 5:10 petang
Tempat Secara Dalam Talian : http://www.youtube.com/watch?v-s
II) Ceramah ” Bengkel Keibubapaan ” atas talian dan ”Amalan Baik Murid ”
Tarikh : 27/06/2021 ( Ahad )
Akan diberi maklumat terkini di whatsapp group guru rasmi.

Makluman
4.7 Program Ceramah Pendidikan Kelestarian Dalam Talian
4.7.1 Penerangan dan nasihat daripada Puan Yip ( GPK Hem )
 Program dijalankan mengikut rancangan yang dibincang seperti yang diumum
sebelum ini.
 Ceramah 1: 16/6/2021 ( Rabu ) 2 – 4 pm peringkat sekolah
Ceramah 2: 23/6/2021 ( Rabu ) 2 – 4 pm peringkat sekolah
Ceramah 3: 30/6/2021 ( Rabu ) 2 – 4 pm peringkat Daerah Johor Bahru
 Syarat E-sijil akan diberi kepada peserta sekiranya peserta tersebut berjaya
menjawab soalan disediakan oleh AJK program tersebut, markah mesti capai
70% ke atas.
4.7.2 Amalan baik murid ( SSDM dalam talian )
Guru –guru diingati supaya mesti isi amalan baik murid dalam talian,
sekurang-kurang 6 kes sebelum bulan Julai 2021.

Makluman

4.8 Pendaftaran PAJSK dalam talian untuk murid Tahun 2021


4.8.1 Puan Loo ( GPK KK) memberitahu tentang Pendaftaran PAJSK bagi tahun
2021 masih belum dibuka untuk sekolah , tetapi beliau menasihati guru mesti
buat persediaan.
4.8.2 Puan Loo juga mengingati guru-guru supaya membuat transfomasi mengikut
era yang terkini sebab UPSR telah dimansuhkan dan bidang KK akan menjadi
lebih penting kepada murid dalam penilaian. Pihak guru mesti menggalakkan
murid menyertai pertandingan dalam talian mengikut jejak era digital
sekarang.
4.8.3 Pertandingan yang diumumkan oleh PPD atau pihak sekolah diharap dapat
disertai oleh murid-murid supaya dapat membantu murid mendapat markah
pentaksiran KK yang tinggi.
4.8.4 Diharap guru dapat menyesuaikan diri untuk menjawab sebarang pertanyaan
daripada ibu bapa dan pentadbir supaya komunikasi dua hala berjalan dengan
lancar.

Makluman

5 HAL-HAL LAIN
Guru Besar Puan Loo menambah perkara SOP semasa FMCO.
 Semua warga sekolah tidak digalakkan datang ke sekolah waktu
FMCO kecuali dapat kebenaran daripada guru besar.
 Ucapan tahniah kepada Cikgu Nurjuliza yang berjaya tukar sekolah.
 Penghantaran barangan kitar semula juga diberhentikan buat
sementara waktu semasa fasa FMCO dijalankan. Diharap guru kelas
dapat mengingatkan murid dan ibu bapa melalui telegram.
 Lokasi guru – guru di stesen adalah penting kerana ini tertakluk
kepada arahan kementerian. Jika terdapat sebarang masalah, guru-
guru boleh berhubung terus dengan guru besar.
 Semua warga sekolah mesti menyertai Program REMC kerana
sokongan setiap warga sekolah akan dapat menjayakan program
tersebut.

PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan guru-guru bersurai.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

( Ngai Wan Ying )


Pencatat Minit Mesyuarat Guru
SJKC Foon Yew 2.
Tarikh : 12 Jun 2021

You might also like