You are on page 1of 6

SJK(T) PORT DICKSON

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK YANG KEDUA 2021

Tarikh : 13 Julai 2021 (Selasa)


Masa : 3:00 pm - 4:00 pm
Tempat : Google Meet

KEHADIRAN:

BIL. NAMA GURU JAWATAN


1. Ramasamy a/l Rengasamy Guru Besar/Pengerusi
2. Kastoori a/p Krishnan GPK Pentadbiran
3. Kanagarajan a/l Tanamorthy GPK Kokurikulum
4. Indra a/p Ramayiah Ketua Panitia
5. Rani a/p Narayanasamy Guru Prasekolah
6. M. Pushparani a/p Murugeson Guru PPKI
7. Mogana Devi a/p Gunasegaran Guru Akademik Biasa
8. Shalini a/p Kumarasamy Guru Pemulihan
9. Nirmala a/l Jaya mohan Guru Akademik Biasa
10. Mageswari a/p Deverraju Setiausaha

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru dan mengucapkan terima


kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Panitia Matematik kali
kedua tahun 2021.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia di
atas komitmen masing-masing dalam kendalikan program panitia
sepanjang tahun 2021.
1.3 Beliau mengatakan bahawa murid-murid kurang menunjukkan minat terhadap
matapelajaran Matematik lebih-lebih lagi berikutan penularan wabak pademik
Covid-19.
1.4 Beliau juga menambah, ia juga mungkin kerana situasi murid yang tiada
peranti, tiada capaian internet, penjaga yang bekerja dan sebagainya.
1.5 Dalam hal ini, beliau meminta semua ahli panitia untuk meneruskan
usaha yang membolehkan anak murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran
secara maya.
1.6 Justeru beliau mencadangkan agar latihan berupa liveworksheets, Google form,
Wordwall, Quizizz dan sebagainya perlu diperbanyakkan untuk menarik minat
pelajar dalam matapelajaran Matematik.
1.7 Walaubagaimanapun, beliau meminta ahli-ahli panitia untuk memberi latihan
bertulis dalam buku nota.
1.8 Beliau meminta agar ahli-ahli panitia berkongsi ilmu dalam menggunakan
pelbagai aplikasi secara maya bagi melicinkan serta mewujudkan keadaan
PdPR yang menyeronokkan.
1.9 Beliau juga berharap agar prestasi pencapaian matapelajaran Matematik
dapat meningkat pada semester dua tahun 2021.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.1/2021


2.1 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Panitia Matematik Bil.1/2021 tanpa pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit


4.0 PERBINCANGAN
4.1 PBD SEM I TAHUN 2021
4.1.1 Ketua panitia memaparkan jadual analisis PBD Sem I / 2021 bagi
matapelajaran Matematik setiap kelas mengikut TP.
4.1.2 Ketua panitia memberitahu bahawa seramai 6 orang murid masih
berada dalam TP 1 manakala seramai 30 orang murid berada
dalam TP 2.
4.1.3 Walaubagaimanapun beliau menambah hanya 13 orang murid
sahaja yang dapat menguasai TP 6 (Tahun 2 dan Tahun 5 ).
4.1.4 Dalam hal ini Guru besar meminta ahli-ahli panitia untuk
mengurangkan bilangan murid dalam TP 1 dan TP 2 dan
seterusnya mencapai TP 3 (terutamanya Tahun 3)
4.1.5 Beliau juga menyeru agar ahli-ahli panitia terus berusaha untuk
meningkatkan bilangan murid dalam TP 4 hingga TP 6.
4.1.6 Justeru, Guru besar meminta ahli-ahli panitia untuk menyimpan
butiran murid dan evidens bagi TP yang diberi supaya tidak wujud
pertikaian dalam kalangan ibu bapa nanti.
4.1.7 Beliau juga menambah bahawa perkara ini akan memudahkan
pemantauan pihak pentadbiran.
4.1.8 (Rujuk lampiran)
Makluman
4.2 INTERVENSI (Bulan Mac - April)
4.2.1 Ketua panitia membentangkan intervensi yang dijalankan oleh
ahli-ahli panitia (bulan Mac - April) bagi meningkatkan tahap
penguasaan murid.
4.2.2 Beliau menyatakan bahawa semua ahli panitia rajin menjalankan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan tahap penguasaan
murid dalam kelas masing-masing untuk mengatasi penguasaan TP
yang rendah.
4.2.3 Beliau menambah bahawa intervensi yang dijalankan kurang
berjaya kerana masalah kehadiran dikalangan murid
disebabkan pandemik Covid-19.
4.2.4 Beliau juga menyatakan bahawa satu perkongsian ilmu tentang
“Penggunaan Garis dan Butang dalam Operasi Tambah Tolak’ akan
diadakan untuk membolehkan murid-murid yang lemah menguasai
operasi asas nombor.
4.2.5 (Rujuk lampiran)
Tindakan:Ketua panitia

4.3 AMALAN BAIK PdPR (Bulan Mei - Julai)


4.3.1 Ketua panitia membentangkan amalan baik PdPR yang
dilaksanakan oleh setiap ahli panitia Matematik.
4.3.2 Beliau memberitahu bahawa setiap ahli panitia mempunyai caranya
tersendiri dalam mendidik anak murid mereka walaupun dalam
keadaan terdesak dan mencabar (Covid-19).
4.3.4 Guru besar juga memuji tindakan semua ahli panitia dan meminta
meneruskan usaha mereka demi mencapai matlamat iaitu kejayaan
setiap anak murid.
4.3.4 (Rujuk lampiran)
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua panitia memberitahu bahawa ada segelintir murid menyertai kelas
“kangaroo Maths’ bermula Julai 2021.
5.2 Beliau juga memberitahu bahawa seramai 34 orang murid telah menyertai
‘STEM ONLINE CHALLENGE SEKOLAH RENDAH 2021’ dan ia merupkan
satu kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak murid kita.
5.3 Beliau menambah agar PLC panitia akan dijalankan mengikut takwim
secara atas talian.
5.4 GPK I memberi pandangan bahawa setiap ahli panitia boleh berkongsi ilmu
dalam ‘Teacher Sharing Session’ secara atas talian.
5.5 GPK I menekankan penguasaan sifir dalam kalangan murid; turut memberi
cadangan untuk melaksanakan ‘sifir’ dalam Google Meet.
5.6 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli panitia
Matematik kerana berjaya melaksanakan program panitia dengan jayanya.

Makluman

6.0 PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang dengan ucapan terima
kasih. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 09 September 2021.

Disediakan oleh :
Setiausaha

Mesyuarat Panitia Matematik Bil. Kedua/2021

Tarikh : 18 Julai 2021

MAG/mesyPanitia Matematik.2021

You might also like