You are on page 1of 8

LAPORAN PANITIA FIZIK BIL 1/2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH


36600 CHENDERONG BALAI, PERAK

Tarikh : 30 Disember 2020


Hari/ Masa : Isnin
Tempat : Makmal Fizik
Kehadiran : 3 orang

1. Tn. Hj. Ismail bin Mohamed Nor


(Ketua Bidang Sains dan Matematik)
2. Pn Hjh. Rabiahtun Basariah Binti Nomawi
(Ketua Panitia Fizik )
3. Cik Noraishah Binti Abdul Kedir

1. Ucapan Aluan Pengerusi (Tn. Hj. Ismail bin Mohamed Nor)

1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir pada
mesyuarat pertama bagi tahun 2020 ini.

1.2. Beliau memperkenalkan 5 orang guru yang baharu iaitu 3 orang guru lelaki dan 2
orang guru perempuan.

1.3. Menurut beliau, tahun ini merupakan PT3 yang pertama KSSM bagi tahun 2019.
Matematik mencapai 58.49% lulus manakala Sains 54.09%.

1.4. Guru yang mengajar Sains dan Matematik perlu memastikan habis mengajar silibus
sebelum peperiksaan PT3.

1.5. Setiap panitia perlu menyediakan modul relief bagi setiap kelas.

1.6. Subjek Fizik, Kimia,Biologi dan Matematik Tambahan waktu mengajar sebanyak 96
waktu manakala Sains 112 waktu.

1.7. Bulan April merupakan minggu Sains dan Matematik.

1.8. STEM akan dijalankan pada bulan Julai.

1.9. Bagi pengguan wang PCG, ketua panitia perlu memaklumkan kepada CC dan ketua
bidang bagi setiap pembelian barang.
1.10. Jadual kerja pembantu makmal yang terbaru ialah 7.30pagi hingga 4.30 petang. Pada
hari Jumaat pula akan disambung selepas solat Jumaat.

1.11. Tabung kebajikan bagi Jabatan Sains dan Matematik ialah sebanyak RM 50 setahun.

1.12. TS25 bermula pada 2020 hingga 2025.

Tindakan: Makluman

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2019

2.1. Dicadangkan oleh Puan Hjh. Rabiahtun Basariah binti Nomawi dan disokong oleh Cik
Noraishah Binti Abdul Kedir.

Tindakan: Makluman

3. Perkara Berbangkit Minit Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2019

3.1. Merujuk kepada perkara 5.1, antara program yang akan dilaksanakan bagi tahun ini ialah
kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 5. Selain itu, bengkel pemantapan kertas 2 dan 3
masih akan diteruskan lagi bagi mengukuhkan lagi pemantapan pelajar dalam subjek
Fizik ini. Latihan intensif juga akan selalu diberi kepada para pelajar agar mereka
terdedah dengan soalan- soalan yang berformat SPM ini. Guru juga boleh melaksanakan
kelas tambahan awal sebagai persediaan untuk pelajar menghadapi SPM nanti.
Penggunaan google sheet yang disediakan oleh su akademik juga digunakan bagi
memantau kehadiran calon SPM 2019.

Tindakan: Makluman

4. Dasar Kurikulum

4.1. Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2020, sekolah akan menyediakan dasar
kurikulum (dalam bentuk buku) dan akan diedarkan kepada semua guru sebagai panduan.
Buku ini perlu diserahkan semula kepada pihak sekolah jika guru berpindah keluar.

Tindakan: Makluman

4.2. Antara kandungan dasar kurikulum adalah mesyuarat panitia perlu dilaksanakan empat
kali setahun.
Tindakan: Makluman
4.3. Pengerusi mengingatkan supaya minit mesyuarat panitia dapat disiapkan dalam tempoh 7
hari selepas mesyuarat diadakan dan perlu diserahkan kepada Guru Kanan Bidang dan
Setiausaha Kurikulum.
Tindakan: Makluman

5. Sukatan Pelajaran

5.1. Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2020, setiap guru akan menggunakan e-
RPH mengikut format yang telah diselaraskan oleh guru media En. Akmal Sandi bin
Zakeria.

5.2. Semua guru perlu menyiapkan rancangan mengajar harian seawal hari pertama
persekolahan. Rancangan pengajaran mingguan (dalam bentuk e-RPH) juga perlu
dihantar pada hari jumaat setiap minggu dalam aplikasi “google classroom” untuk
disemak.

5.3. Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran serta dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran (DKSP) boleh diperoleh dari laman Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Perkara berikut perlu disimpan dalam fail rekod mengajar yang dibekalkan kepada setiap
guru.

5.4. Guru- guru yang terlibat dengan KSSM iaitu guru yang mengajar kelas- kelas di
Tingkatan 1 hingga 4 perlu mempunyai DSKP, melaksanakan PBD dan merekodkan
evidens pentaksiran dalam aplikasi PBD offline.

5.5. Setiap guru perlu mempunyai rancangan pelajaran tahunan (RPT) bagi setiap mata
pelajaran yang diajar dan perlu disesuaikan dengan takwim minggu akademik yang
mempunyai 39 minggu.

5.6. RPT dan PBD yang dilaksanakan perlu diselaraskan antara guru dalam panitia mata
pelajaran.
Tindakan: Makluman

6. Fail Rekod Mengajar / e-RPH

6.1. Pengerusi memaklumkan semua guru akan menggunakan e-RPH bagi menggantikan
Buku Rekod Mengajar (BRM) dan sistem fail.

6.2. E-RPH perlu dihantar secara online kepada pengetua atau wakil pada hari jumaat setiap
minggu.
6.3. Walaupun sekolah menggunakan e-RPH, setiap guru perlu melengkapkan semua
maklumat yang dikehendaki dalam fail masing- masing.

6.4. Format penulisan e-RPH adalah mengikut templat yang telah disediakan oleh En. Akmal
Sandi bin Zakeria. Cara penulisan e-RPH ini juga perlu selaras antara guru dalam setiap
panitia.

6.5. Semua guru perlu menghantar fail e-RPH yang lengkap dengan maklumat yang
diperlukan kepada guru kanan bidang masing- masing pada 31 Januari 2020.

Tindakan: Semua guru

7. Pengajaran dan Pembelajaran.

7.1. Pengerusi memaklumkan pengagihan murid tingkatan empat tahun 2020 adalah
berdasarkan keputusan peperiksaan dalaman, PT3 2020 dan laporan psikometrik masing-
masing. Murid- murid juga telah diberi penerangan mengenai pakej mata pelajaran yang
ditawarkan pada 19 Disember 2019.

7.2. Pengerusi mengingatkan kepada semua guru bahawa PdPc perlu menjadi keutamaan
tugas setiap guru di samping tugas-tugas lain yang termaktub di dalam takwim sekolah
dan jawatankuasa sekolah yang lain. Selaras dengan itu, semua guru perlu mewujudkan
iklim pembelajaran PdPc yang kondusif selain daripada membuat persediaan sebelum
mengajar.

7.3. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah mengajar / teknik / pendekatan / strategi
pengajaran supaya ia menjadi lebih menarik dan berkualiti seiring dengan pembelajaran
PAK 21. Guru juga boleh menjalankan PdPc mengikut panduan pencerapan terkini
seperti di dalam SKPMg2.

7.4. Selain itu, pengerusi juga memaklumkan semua guru perlu memberi kefahaman kepada
murid melalui pelbagai cara mengikut tahap murid tersebut. PdPc perlu merangkumi
semua aspek yang diperlukan termasuk unsur KBKK dan KBAT, peta minda,
penglibatan murid secara keseluruhan di dalam PdPc dan mengaitkannya dengan soalan
berbentuk peperiksaan / teknik menjawab peperiksaan.

Tindakan: Makluman
8. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

8.1. Pengerusi mengarahkan semua guru supaya dapat menggunakan semua sumber /
peralatan pendidikan yang dibekalkan / dibeli secara optimum untuk memudahkan
kefahaman murid. Selain itu, sumber terkini / teknologi masa kini yang berasaskan
PAK21 juga perlu diterapkan dalam PdPc selain dari menggunakan bilik-bilik khas
seperti PSS, Makmal komputer, Makmal Sains, Bengkel RBT dan sebagainya.
Tindakan: Semua guru

8.2. Pengerusi juga menyarankan agar pembelian peralatan / sumber pendidikan


menggunakan PCG yang diterima. Pembelian boleh dibuat pada awal tahun selepas PCG
diterima dan pembelian di saat akhir / di akhir tahun perlu dielakkan. Berdasarkan
pengiraan, panitia perlu berbelanja pada anggaran 9% sahaja untuk sebulan.
Tindakan: Ketua panitia

9. Penilaian dan Peperiksaan

9.1. Pengerusi memaklumkan bahawa ujian dan peperiksaan yang akan dilaksanakan adalah
Ujian Selaras, Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), dan Peperiksaan Percubaan
(PPC) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).

9.2. Tarikh peperiksaan adalah seperti yang tercatat di dalam takwim 2020 tetapi tertakluk
kepada perubahan. Penilaian PBD dilaksanakan sepanjang tahun manakala Pentaksiran
Pusat pula akan ditentukan oleh pihak LPM. Tarikh peperiksaan dan pengisian markah ke
dalam sistem SAPS akan diselaraskan oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan.
Tindakan: Makluman

9.3. Pengerusi juga memaklumkan semua soalan akan disediakan oleh pihak sekolah. Namun
begitu, soalan yang digubal hendaklah bermutu dan mengikut piawaian LPM. Soalan
ujian / peperiksaan perlu disiapkan selewat-lewatnya 3 hari lebih awal dari tarikh
peperiksaan dijalankan. Semua guru boleh merujuk tarikh yang telah dikeluarkan oleh
unit peperiksaan dalam takwim 2020 pada muka surat 88.
Tindakan: Guru penggubal soalan

9.4. Ketua panitia perlu menyemak dengan teliti soalan yang disediakan oleh ahli panitia dan
berhak membatalkan mana-mana soalan yang tidak sesuai. Soalan yang disediakan perlu
menepati semua aspek berikut:
9.4.1. Mencakupi silibus dan piawaian LPM.
9.4.2. Font yang bersesuaian
9.4.3. Gambar rajah / label yang jelas (jika ada)
9.4.4. Bilangan muka surat yang mencukupi dan tercatat pada setiap muka surat.

Tindakan: Ketua panitia

10. Program Peningkatan Akademik

10.1. Pengerusi memaklumkan bahawa setiap panitia telah merancang program peningkatan
akademik masing- masing seperti yang telah tercatat dalam buku pengurusan,
pentadbiran dan takwim pada muka surat 64 - 75.

10.2. Pengerusi menegaskan bahawa setiap guru perlu mengutamakan program utama yang
dilaksanakan dalam kelas semasa PdPc.
Tindakan: Makluman

11. Pemantauan dan Pencerapan Klinikal

11.1. Pengerusi memaklumkan pemantauan dan pencerapan klinikal akan dilaksanakan 2


fasa. Fasa 1 dari bulan April hingga Julai dan fasa 2 dari bulan Ogos hingga Oktober.
Ini bertujuan untuk meningkatkan mutu PdPc di dalam bilik darjah.

11.2. Jadual pencerapan boleh dirujuk dalam buku pengurusan, pentadbiran dan takwim
pada muka surat 49- 56.

11.3. Setiap guru telah dibahagikan kepada pencerap yang terdiri daripada Guru-guru Kanan
Bidang, barisan pentadbir dan ia telah diselaraskan dengan Pegawai Penilai PBPPP
2019. Setiap guru akan dinilai menggunakan borang pencerapan SKPMg2.

Tindakan: Makluman

12. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

12.1. Semua guru juga diingatkan supaya meningkatkan kemahiran ICT/ teknologi terkini
terutamanya semasa PdPc di dalam kelas.
Tindakan: Semua guru

12.2. Makmal komputer hendaklah digunakan secara maksimum dan boleh digunakan oleh
semua guru. Selain itu, semua warga sekolah disarankan menggunakan ICT secara
optimum dalam sebarang pengurusan, PdPc dan untuk mendapatkan akses maklumat.
Tindakan: Makluman
13. Anggaran Perbelanjaan Peruntukan Kewangan PCG 2020

13.1. Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan PCG yang akan diterima adalah hampir
sama seperti tahun 2019. Pada tahun 2019 sekolah hanya menerima peruntukan
sebanyak 90% sahaja.
Tindakan: Makluman

13.2. Panitia diingatkan supaya membuat perancangan penggunaan peruntukan ini dan ia
perlu digunakan secara berperingkat-peringkat sehingga bulan Oktober. Ketua panitia
yang membuat pembelian perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan dan
keutamaan diberi kepada bahan sumber pendidikan yang akan memberi faedah yang
optimum kepada murid.
Tindakan: Ketua panitia

14. Hal-hal lain.

14.1. Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa PLC perlu dibugarkan
semula seiring dengan keterlibatan sekolah dengan TS25. PLC perlu dijadikan amalan
dalam kalangan guru.
14.2. PLC perlu didokumentasikan dengan membuat laporan bergambar satu muka surat
dalam aplikasi google doc dan hendaklah dimuatnaik dalam laman telegram / whatapps
rasmi sekolah berikut:
https://docs.google.com/document/d/1T93t9VOmPYAiJ2t9hoBJuX34PFpnI3oLgePck
4wOWcw/edit?usp=sharing
Tindakan: Makluman

14.3. Setiap guru hendaklah memantau prestasi pencapaian bagi setiap pelajar dan dan
berusaha membuat tindakan susulan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Oleh
itu, pengurusan headcount mata pelajaran dan analisis item mestilah menjadi amalan
dan kelaziman bagi setiap orang guru.

14.4. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga perlu memantapkan budaya
membaca, menerapkan kemahiran belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber
pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.

14.5. Guru hendaklah memberi latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan p&p dalam bilik darjah. Guru juga perlulah
memastikan pelajar- pelajar membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata pelajaran
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14.6. Antara buku yang digunakan di dalam kelas ialah buku teks, buku latihan, buku amali.

14.7. Merujuk kepada latihan minimum,10 soalan objektif setiap bab, 2 soalan struktur
setiap bab dan 1 soalan esei setiap bab serta 1 soalan amali setiap bab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………………….. …………………………………………..
(NORAISHAH BINTI ABDUL KEDIR) (RABIAHTUN BASARIAH BINTI NOMAWI)
Setiausaha Panitia Fizik. Ketua Panitia Fizik

You might also like