You are on page 1of 8

DASAR PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.0. LATAR BELAKANG


Pendidikan adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar disekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara serta
matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini .Dan adalah menjadi tanggungjawab semua
guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan panitia peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

3.0 DASAR:
3.1Dasar Panitia mestilah selari dengan dasar kurikulum sekolah dengan arus perdana dan
Dasar Pendidikan.
3.2Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa.
3.4 Melaksanakan KSSR bagi tahun 1.2.3.4.5 dan 6 pada tahun 2018.
3.5 Melaksanakan Program j-QAF yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Panitia akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian
Kementerian Pedidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Utara.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia - minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan
kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia dan
kurikulum.
4.4. Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada semua guru selewat-lewatnya 2 hari sebelum
tarikh mesyuarat dijalankan.
4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.
5.0 SISTEM FAIL
5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersaiz 2 inci.
5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara menegak pada tetulang fail dan
nombor rujukan fail hendaklah dilabel.
5.3 Fail Panitia diuruskan oleh Setiausaha Panitia.
5.4 Jumlah Fail Panitia Pendidikan Islam –
1. Fail Utama – diletakkan di bilik Guru Penolong Kanan
2. Fail Sokongan – disimpan oleh Ketua Panitia.
3. Fail Arkib – disimpan di bilik BBM Panitia.
4. Fail Tasmik /Al-Quran
5. Fail Kem Bestari Solat
6. Fail Kem Cemerlang Jawi
7. Fail PBS
8. Fail Persatuan Agama Islam

6.0. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN


MENGAJAR
6.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru.
6.2. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/ dilengkapkan tidak
lewat dari 31 Januari tahun berkenaan.
6.3. Rancangan Pelajaran Harian Ulum Syariah dan Jawi mengandungi 5 perkara asas,
aktiviti menjurus ke PAK 21 .
6.3.1. Tajuk/Tema
6.3.2. Standard Kandungan
6.3.3. Standard Pembelajaran
6.3.4. Objektif
6.3.5. Aktiviti
6.3.6. Pengisian Kurikulum/EMK
6.3.7. Refleksi
6.4 RPH KHATAM BIG
6.4.1Tajuk /Isi Kandungan
6.4.2Objektif
6.4.3Aktiviti
6.5. Persediaan mengajar dibuat dalam bentuk :
6.5.1 eRPH secara online- eRPH guru akan dipantau secara online setiap hari.
6.6. Semua guru mesti membawa tablet atau telefon bimbit setiap kali masuk ke kelas.
6.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan
mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
7.0. JADUAL WAKTU
7.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang
berkuatkuasa semasa.
7.2. Jumlah waktu pengajaran guru ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas sedia ada dan
waktu maksimum guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan
bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

8. GURU GANTI
8.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir .
8.2. Mencari pengganti terlebih dahulu.
8.3. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
8.4. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.

9. KELAS TASMIK
Pelaksanaan Kelas Tasmik hendaklah mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan .

9.1.Target Khatam Al-Quran Thn.6 : 90 %

9.2 Sifar Iqra’ thn 4,5 Dan 6 :90 %

10. Kem Bestari Solat : 2 kali setahun.Tahap 1 dan 2

11. Kem Cemerlang Jawi : KCJ 1 : 2 Hari


: KCJ 2 : 2 Hari
12.PAFA
12.1 Penilaian hendaklah dibuat mengikut tajuk semasa proses PdPc.
12.2 Semasa penilaian, guru hendaklah menanda terus pada buku pelaporan j-QAF.
12.3 Data e-pelaporan Jun dan Oktober berkaitan dengan perkara no 9,10,11 dan 12.
Target keseluruah data e-pelaporan: 90%

13. Penggunaan buku latihan :


Tahap 1 : 1 buku tulis Jawi & Ulum Syariah
: 1 Buku tulis Al-Quran/ Tajwid
: 1 buku aktiviti KPM
Tahap 2 : 1 Buku tulis Jawi & Ulum Syariah
1 Buku Tulis Al-Quran / Tajwid
: 1 buku aktiviti Pendidikan Islam
: 1 buku aktiviti jawi

14. Pelan Strategik 2017 – 2020 hendaklah mengandungi SWOT dan Pelan Taktikal serta
Pelan Operasi bagi setiap aktiviti yang dirancang.

15. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


15.1 Peperiksaan di tahap 1 digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD).
15. 2 Peperiksaan hanya dijalankan bagi murid Tahap 2 iaitu Ujian 1, PPT dan PAT KECUALI Thn 6
4 kali termasuk SPITSR.
15.3 Kaedah Pentaksiran (PBD) mengiku buku panduan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
guru perlu ada Templat Pelaporan .
15.5 Penilaian dibuat secara berterusan dan data dikemaskini pada setiap bulan.
15.6Pelaporan PBD perlu disediakan 2 kali setahun Mei dan November untuk disimpan
dalam fail Panitia.
15.7 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;
A: 80-100 B : 65- 79 C : 50 – 64 D : 40 – 49 E : 0 - 39
15.8. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang.
15.9. Bagi soalan objektif - analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian /
peperiksaan.
15.10 Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan Atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak.
15.11. Post Mortem secara bertulis disediakan setiap kali keputusan Peperiksaan PPT dan
PAT dan SPITSR.
15.12. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.

16 Format Peperiksaan
16.1 JSI disediakan untuk menentukan aras soalan.
16.2 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.
16.3. Jadual Pengawasan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
16.4. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.

17. Rekod Markah


17.1. Markah peperiksaan direkodkan ke dalam eRPH online.
17.2. Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut
tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak atau Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

18. PEMANTAUAN
18.1. Pengajaran dan Pembelajaran
18.2. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2
kali dalam setahun secara rasmi.
18.3. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
18.4. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
18.5. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.
19.6. Pemantauan untuk Penjaminan Kualiti akan dibuat oleh Guru Besar,
Semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia.

19. Bilik-bilik Khas


19.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Takwim Pengurusan Sekolah.
19.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
1. Surau
2. Bilik J-QAF
3. Bilik BBM Panitia
19.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.
19.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan
jelas bagi setiap bilik khas.
19.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat
dan sesuai serta ber fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

20. Jawatankuasa Pemantauan


20.1. Guru Besar.
20.2. Penolong Kanan Pentadbiran.
20.3. Penolong Kanan HEM.
20.4. Penolong Kanan Ko Kurikulum.
20.5. Semua Ketua PanItia/Pengerusi Jawatankuasa

21. Penyeliaan Buku Latihan Murid


21.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan
penyemakan dilakukan secara konstruktif.
22.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang
diajar untuk semakan jawatankuasa.

22. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid


22.1 3 latihan (ulum syariah,Al-Qur’an dan Jawi) dalam tempoh seminggu .

23. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


23.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
Kewangan Sekolah.
23.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya
dengan mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar
kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan
semasa.
23.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
23.4. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang
diturunkan.

24. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


24.1. Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan
panitia.
24.2. Dasar PANITIA menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
24.3. Guru diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik
panitia berkenaan.
24.4. Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Guru Bimbingan adalah wajib bagi
penyelarasan Program Akademik.

25. PERKEMBANGAN STAF


25.1. Kursus Dalaman
25.2 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru
Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan
format minit curai.
25.3 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan
penganjur kursus.
25.4. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan untuk fail dan salinan
untuk keperluan sendiri dan guru lain.
25.5 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi dirancang mengikut permintaan guru
berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
25.6 Bahan-bahan Ilmiah Kursus diperbanyak untuk keperluan guru lain dan disimpan untuk
rujukan panitia

26. PLC ( PROFECIONAL LEARNING COMMUNITY )


26.1. Panitia Pendidikan Islam dikehendaki membuat PLC sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
26.2. Laporan PLC disediakan dan diserahkan kepada Penyelaras PLC

27. TARGET PEPERIKSAAN SPITSR DAN DALAMAN


27.1. Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.
27.2. SPITSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 100%, Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan
30%.

28. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR PANITIA


28.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
pendidikan negara .
28.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan mesyuarat
pengurusan panitia dan mesyuarat kurikulum.

Disediakan,

…………………………………
(JURIAH BT ROJI)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Raja Chulan, Ipoh

You might also like