Professional Documents
Culture Documents
1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan KL supaya mereka dapat dihantar berkursus dan seterusnya melayakkan
guru mendapat Elaun Mengajar Murid-murid OKU.
2. Memastikan semua guru pendidikan khas tidak diberikan relief kelas arus perdana.
3. Memastikan semua guru pendidikan khas tidak membawa murid arus perdana ke
pertandingan di luar sekolah ketika PdP.
4. Memastikan maklumat murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
5. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
bersama dengan semua guru pendidikan khas dan keputusannya dicatatkan oleh guru
kelas untuk penyediaan laporan dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas,JPWP
KL.
6. Menghantar permohonan kemasukan murid pendidikan khas baru ke Unit
Pendidikan Khas, JPWP
7. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
8. Memastikan permohonan sebarang bantuan Elaun Murid Khas(EMK) bagi semua
murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup.
9. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
10. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid di dalam atau ke luar
negeri dan memastikan dokumen murid diserahkan pada ibubapa/ penjaga.
11. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.