You are on page 1of 3

BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN

Oleh Remedialeducationassociation Ipgkbm pada Selasa, 20 September 2011 jam 9:29 PG


Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas
Pentadbiran Umum
 
1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah,
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pemulihan khas bersama dengan AJK Pemulihan
Khas; merancang dan melaksanakan aktiviti kelas pemulihan khas sepanjang
tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang
berkaitan tentang Program Pemulihan Khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan Mesyuarat Pemulihan Khas peringkat
Daerah dan Negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang
berkaitan,
6. Memastikan fail-fail kelas pemulihan khas seperti berikut diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini :
· Fail Pemulihan Khas Sekolah,
· Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas,
· Fail Maklumat Kelas Pemulihan Khas,
· Fail Mata Pelajaran,
· Fail Data Program Pemulihan Khas ( 3M ),
· Fail Peribadi Murid Pemulihan Khas,
7. Mengadakan perbincangan bersama dengan AJK Pemulihan Khas
Pengurusan Pencalonan, Kemasukan dan Pengembalian Murid
 
1. Memastikan semua murid yang dicalonkan oleh guru kelas / guru mata
pelajaran mesti disertakan dengan Borang Pencalonan Murid.
2. Menjalankan ujian saringan untuk menapis murid yang dicalonkan.
3. Mengisi Borang Keputusan untuk memaklumkan kepada guru kelas / guru
mata pelajaran akan pengambilan atau penolakan murid yang dicalonkan
berdasarkan wajaran ujian saringan yang diperolehi.
4. Mengisi Borang Pengembalian Murid ke kelas aliran perdana untuk
memulangkan murid yang telah dipulihkan kepada guru kelas.
 
 
Pengurusan Data
 
1. Memastikan data dan laporan status kelas pemulihan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada
tarikh-tarikh berikut iaitu 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 30 Sept,
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Data
Program Pemulihan Khas ( 3M ).
Pengurusan Kewangan
 
1. Memperolehi maklumat tentang baki peruntukan PCG Kaunseling, Mata
Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik daripada Ketua Panitia Mata
Pelajaran masing-masing,
2. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan AJK
Pemulihan dan pihak pentadbir sekolah.
Pengurusan Kelas
 
1. Memastikan suasana kelas pemulihan khas selesa untuk P&P,
2. Memastikan keperluan alatan P&P kelas pemulihan khas mencukupi
Pengurusan Jadual Waktu
 
1. Mengadakan perbincangan dengan guru yang menyediakan jadual waktu
untuk merangka jadual waktu yang sesuai,
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah, guru kelas
dan guru mata pelajaran yang berkaitan.
 
 
 
 
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
 
1. Memastikan Buku Persediaan Mengajar sentiasa berada bersama ketika sesi
P&P dan dikemaskini,
2. Memberi dan menyemak latihan murid pada setiap sesi P&P,
3. Membuat penilaian setelah habis mengajar sesuatu kemahiran dan
merekodkan keputusan penilaian,
4. Menyedia rekod prestasi murid, mendapat pengesahan dari Guru Besar
sebelum diserahkan kepada ibu bapa; salinan rekod prestasi perlu diberikan
kepada guru kelas dan guru mata pelajaran yang berkaitan.
Pengurusan Rekod Kehadiran Murid
 
1. Menyedia dan mengemaskini Rekod Kehadiran Murid pada setiap hari bagi
tujuan berikut :
- Merekodkan kehadiran murid bagi setiap sesi pemulihan, dan
- Mengesan pergerakan murid (sama ada murid itu menghadiri kelas di
aliran perdana tetapi tidak hadir ke kelas pemulihan atau sebaliknya).
Pengurusan Mesyuarat
 
1. Menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas,
2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama
dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh
mesyuarat, dan
3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan
dalam Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas.

You might also like