You are on page 1of 2

Bendahari Kelas Pendidikan Khas

1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,


2. Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari
tabung kelas pendidikan khas,
3. Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,
4. Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas.
Guru Kelas Pendidikan Khas

1.
2.

3.
4.
5.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pengurusan Dokumen
Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat
di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas
pendidikan khas,
Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat
panggilan mesyuarat dan lain-lain,
Pengurusan Hal Ehwal Murid
Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin muridmurid pendidikan khas di kelasnya,
Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan
khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah
Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam,
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan,
Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,

Pengurusan Data
1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada
setiap bulan adalah tepat.

1.

Pengurusan Kewangan
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit.

Pengurusan Kelas

1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,


2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan
carta tersebut,
4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang
berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas
Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

Guru Mata Pelajaran


1.
2.

Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,


Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan,
Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,
3. Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,
4. Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,
5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,
6. Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan
menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas,
7. Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan
Khas,
9. Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar,
10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya
di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira
dalam ABM kelas pendidikan khas

You might also like