You are on page 1of 2

Laporan Lawatan Ke Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth Siri 1

Tarikh : 09 November 2010


Masa : 12-00 tgh-1.30 petang
AJK terlibat : Pn. Norazila binti Safri
En. Yusrul Hisham bin Mohd Yusof
Pn. Kamariah binti Mohamed Jong

SPK Princess Elizabeth sepintas lalu :


Nama : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth
Lokasi : Lorong 5, Jalan Nong Chik, Johor Bahru
Keluasan : 7 ekar
Fasiliti : Bengkel Braille, Pusat Sumber & Perpustakaan, Bilik Komputer, Bilik
Cetak, Teratak Bahasa, Bilik Sains, Surau, Asrama
Jumlah guru : 20 orang
Jumlah murid : 70 orang

Deskripsi :
i) Sekolah berasrama penuh bagi kanak- kanak cacat penglihatan berumur 6 - 14
tahun dari seluruh Malaysia kecuali dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang;
ii) Ditubuhkan pada 1948 (menumpang di Rumah Kebajikan Masyarakat di Batu
3, Jalan Skudai Johor Bahru sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada
Oktober 1954);
iii) Diambil alih sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1
Julai 1986;
iv) Turut mengadakan gerak kerja luar seperti Pengakap, Tunas Puteri, Kelab
Rabun , Kelab Orientasi & Mobiliti dan sebagainya;
v) Menubuhkan Skim Anak Angkat di mana seorang murid akan dijadikan anak
angkat oleh sebuah keluarga angkat bertujuan menampung perbelanjaan
harian murid dan memberi peluang kepada ibu bapa angkat beramah mesra
dengan anak angkatnya.

Pusat Sumber & Perpustakaan SPK Princess Elizabeth sepintas lalu :


Tahun penubuhan :
Fasiliti : TV, Komputer, LCD Projector, Skrin tayangan, CCTV, portable
Magnifier for low vision,
Perkhidmatan : Bahan bacaan untuk pelajar dan guru, bahan bantu mengajar,
penggunaan computer, peralatan
Perolehan koleksi : Belian, Serahan daripada pihak Kementerian dan sumbangan derma dari
syarikat/badan persendirian/orang ramai.
Jenis koleksi : Buku celik, buku dan bahan Braille (glob), majalah, carta, bahan AV,
bahan visual, permainan, Bahan Bantu Mengajar (kit, kad imbas), bahan
untuk tujuan pameran dan lain-lain.
Laporan :

Hasil daripada Mesyuarat Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan) (PPMKS)Bil.


1/2010 bertarikh 04 Jun 2010, maka pada 09 November 2010 seramai 3 orang wakil PPMKS
telah berkunjung ke Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth untuk meninjau dengan lebih
dekat bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan oleh pihak persatuan sebagai memenuhi
Tanggungjawab Khidmat Masyarakat. Hasil perbincangan bersama Guru Pusat Sumber
sekolah berkenaan iaitu Puan Hasiah, persatuan dimaklumkan bahawa pihak sekolah amat
memerlukan bantuan dari segi pengurusan bahan perpustakaan dan pusat sumber.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pusat sumber sekolah ini telahpun dibekalkan dengan
satu sistem perpustakaan berkomputer iaitu SIAPs (Sistem Automasi Pusat Sumber Sekolah)
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor tetapi masih tidak digunakan kerana
masalah berikut :

i) Kekurangan staf untuk menginput data ke dalam sistem;


ii) Guru pusat sumber tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan
perpustakaan dan pusat sumber (hanya diberi kursus jangka pendek);
iii) Guru pusat sumber mempunyai waktu yang amat terhad kerana beliau juga perlu
menumpukan perhatian untuk sesi pembelajaran di kelas;
iv) Tiada pemantauan dan tunjuk ajar berterusan daripada BTN untuk menggunakan
sistem berkenaan;
v) Barkod bahan yang diinput tidak dapat dikesan semula di dalam sistem berkenaan;

Untuk itu guru Perpustakaan dan Pusat Sumber telah mengambil 2 inisiatif berikut :

i) Mewujudkan inventori bahan pusat sumber dengan menginput data bahan ke dalam
buku log. Sehingga kini jumlah bahan yang telah diinput ialah 4169 naskhah bagi
bahan buku celik dan 652 naskhah bagi bahan audio visual. Lain-lain bahan belum
dibuat inventori.
ii) Menggunakan buku log untuk tujuan kawalan peminjaman bahan.

Guru juga memaklumkan setakat ini hanya 60 judul buku celik telah diinput ke dalam sistem
berkenaan. Hasil pemerhatian wakil persatuan mendapati medan data bahan di dalam sistem
berkenaan perlu dikembangkan untuk tujuan kemudahan statistik dan inventori.

Pandangan yang sama diberikan apabila penelitian dilakukan ke atas buku log inventori
koleksi pusat sumber yang mana maklumatnya tidak begitu lengkap. Sebagai bantuan awal,
kami menyediakan satu ‘template’ menggunakan Microsoft Excell dengan cadangan medan
yang sepatutnya diisi untuk tujuan memudahkan urusan pemindahan data ke dalam sistem
berkomputer nanti. Sehingga kini sebanyak 4169 naskhah bahan buku celik dan 652 naskhah
bahan audio visual telah direkodkan ke dalam buku log.

Di akhir lawatan pihak sekolah melahirkan rasa terharu dan amat berterima kasih di atas
keprihatinan dan kesudian PPMKS menghulurkan bantuan menguruskan Perpustakaan dan
Pusat Sumber mereka. Diharapkan projek rintis ini akan membuahkan hasil demi manfaat
semua pihak terutamanya kepada ‘permata berharga’ yang sinarnya perlu digilap di SPK
Princess Elizabeth ini.

Disediakan oleh :

Norazila Binti Safri


Setiausaha PPM(KS)Sesi 2008/2010
10 November 2010

You might also like