You are on page 1of 12

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PPKI

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN


KHAS
1 PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

1.1 Pentadbiran Umum


1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI).
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Kewangan peringkat
sekolah.
3. Menyediakan takwim program pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan
khas seperti merancang, dan menyelia perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas
sepanjang tahun.
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan
PPKI.
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat kepada pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru pendidikan khas.
6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa
dikemaskini:
6.1. Fail Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi
6.2. Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas
6.3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
6.4. Fail Mata Pelajaran KSSRPK
6.5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
6.6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
6.7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
6.9. Fail Program Inklusif
6.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
6.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot)
6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas
7. Mengadakan mesyuarat bersama dengan semua guru pendidikan khas dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid
pendidikan khas
9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas
dan PPM
10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif
11. Memastikan aktiviti ko-kurikulum PPKI dilaksanakan
12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan rasmi.
13. Mendapatkan maklumat murid-murid yang akan meneruskanpersekolahan ke
sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan KL pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan.
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah diserahkan kepada ibubapa/ penjaga bersama
senarai semak.

1.2 PENGURUSAN HAL EHWAL

1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus


pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan KL supaya mereka dapat dihantar berkursus dan seterusnya
melayakkan guru mendapat Elaun Mengajar Murid-murid OKU.
2. Memastikan semua guru pendidikan khas tidak diberikan relief kelas arus perdana.
3. Memastikan semua guru pendidikan khas tidak membawa murid arus perdana ke
pertandingan di luar sekolah ketika PdP.
4. Memastikan maklumat murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam
Buku Daftar Kemasukan Murid.
5. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
bersama dengan semua guru pendidikan khas dan keputusannya dicatatkan oleh guru
kelas untuk penyediaan laporan dan seterusnya dihantar ke Unit
Pendidikan Khas,JPWP KL.
6. Menghantar permohonan kemasukan murid pendidikan khas baru ke Unit
Pendidikan Khas, JPWP
7. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
8. Memastikan permohonan sebarang bantuan Elaun Murid Khas(EMK) bagi semua
murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup.
9. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
10. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid di dalam atau ke luar
negeri dan memastikan dokumen murid diserahkan pada ibubapa/ penjaga.
11. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.

1.3 PENGURUSAN DATA


1. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, JPWP KL sebelum atau pada 10 haribulan
setiap 3 bulan.
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan
Status Program Pendidikan Khas.

1.4 PENGURUSAN STOK


1. Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, JPWP
KL diletakkan di dalam kelas pendidikan khas.
2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, JPWP KL dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
3. Memastikan alatan kepunyaan PPKI tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
4. Menyemak Senarai Stok yang disediakan oleh Guru/PPM Stok dan Inventori.

1.5 PENGURUSAN KEWANGAN


1. Memastikan peruntukan PCG PPKI dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun.
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan
semasa).
3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas
5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung PPKI (PIBG) yang
disediakan oleh bendahari PPKI.

1.6 PENGURUSAN KELAS


1. Menyediakan satu peraturan untuk PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada
pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan
pembelajaran.
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi.

1.7 PENGURUSAN JADUAL WAKTU


1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan
jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru.
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan UPK JPWP
KL.
3. Memstikan jadual waktu dibina menggunakan system ASc.

1.8 PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di
PPKI dari masa ke semasa.
2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini.
3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan
kepada ibu bapa atau penjaga.
4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid
pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam
seperti UPSR.

1.9 PENGURUSAN DIRI


1. Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru
pendidikan khas dan PPM.
2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas dan PPM.

2 PENYELARAS KURIKULUM PPKI


2.1. Memastikan PdP mengikut kurikulum yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM
2.2. Memastikan mata pelajaran yang diajar mengikut dokumen standard adalah bersesuaian.
2.3. Memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi bagi melaksanakan kurikulum pendidikan k
2.4. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih atau guru baru di sekolah ini.
2.5. Menyediakan jadual bertugas mingguan dan bengkel perkembangan staf.
2.6. Menyediakan aktiviti dan perancangan tahunan kurikulum berdasarkan takwim JPWP dan KPM
2.7. Menyediakan buku laporan bertugas guru.
2.8. Menyediakan senarai nama dan maklumat guru mengikut kelas.
2.9. Menyediakan senarai buku latihan untuk murid.
2.10. Menyediakan jadual pencerapan buku latihan, RPI dan PdP.
2.11. Menyediakan jadual mesyuarat PPKI dan taklimat PPM.
2.12. Menyediakan surat siaran waktu dan sesi persekolahan tahunan.
2.13. Menyimpan kertas soalan Penilaian pertengahan tahun (PPT) dan Penilaian Akhir Tahun (PAT)
di dalam fail bank soalan.
2.14. Menyediakan dokumen / senarai semak Hari Terbuka.
2.15. Menyediakan senarai murid untuk kenaikan kelas bagi tahun hadapan.
2.16. Menyediakan jadual peperiksaan PPT & PAT berdasarkan takwim sekolah.
2.17. Menyediakan carta organisasi kurikulum PPKI.
2.18. Menyediakan AJK panitia mata pelajaran.
2.19. Menyediakan senarai semak penghantaran buku latihan dan RPI.
2.20. Menyediakan muka depan untuk soalan PPT dan PAT.
2.21. Menyediakan senarai penghantaran buku latihan dan RPI.
2.22. Membuat agihan murid untuk guru-guru menyediakan e-rpi.
2.23. Menyediakan buku relief PPKI.
2.24. Menyediakan buku rekod pinjaman alatan / BBM PPKI.

3 PENYELARAS HAL EHWAL MURID PPKI

3.1 Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan


pertukaran murid.
3.2 Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
3.3 Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji
semula dari masa ke semasa.
3.4 Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi EMK, BukuTeks,
Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan murid,
pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
3.5 Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling
Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya
kepada pengguna.
3.6 Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil
penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
3.7 Memastikan data maklumat kelas, guru dan murid dalam sistem APDM dan sistem
pengoperasian pendidikan khas adalah sama dan tiada kesilapan yang berlaku.
3.8 Memastikan Program Susu 1 Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
berjalan lancar.

4 PENYELARAS KO-KURIKULUM PPKI

4.1. Merancang aktiviti tahunan ko-kurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,
kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukanberuniform,
4.2. Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas
dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum).
4.3. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti
pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di
dalam Fail Ko-kurikulum Pendidikan Khas.
 Jawatankuasa Ko-kurikulum Kelas Pendidikan Khas,
 Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum,
 Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
 Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada setiap
sesi,
 Kertas kerja program / aktiviti ko-kurikulum yang akan dilaksanakan,
 Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap ko-kurikulum
 Laporan program / aktiviti ko-kurikulum yang telah dilaksanakan,
 Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
4.4. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dirancang.
4.5. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan
untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap program ko-kurikulum.
4.6. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah
dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Ko-kurikulumPendidikan Khas.
4.7. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
4.8. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri direkod.
4.9. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut
dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
4.10. Menyediakan buku laporan bertugas guru ko-kurikulum.
4.11. Menyediakan carta ko-kurikulum PPKI
4.12. Memantau perjalanan aktiviti ko-kuruikulum PPKI
4.13. Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan ko-kurikulum peringkat negeri.
4.14. Memastikan murid terlibat dengan aktiviti JPWP
4.15. Mengadakan mesyuarat ko-kurikulum

5 GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS

5.1 Pengurusan Dokumen


1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini
maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarangperubahan pada bilangan murid di
dalam kelas pendidikan khas.
3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini.
4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,
surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.

5.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid


1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi
bersama-sama PPM.
2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat.
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin
murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
3. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru dalam
Buku Daftar Kemasukan.
4. Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan
khas baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3 bulan.
5. Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.
6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang
akan menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.
7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan.
8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama AJK.

5.3 Pengurusan Data


1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan StatusProgram Pendidikan Khas pada
setiap bulan adalah tepat.
2. Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga
pengoperasian Pendidikan Khas.
3. Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem
APDM.

5.4 Pengurusan Kewangan


1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan
mengeluarkan resit.
2. Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.
3. Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.

5.5 Pengurusan Kelas


1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.
2. Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.
3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan
mempamerkan carta tersebut.
4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.
5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
***Guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya
mengikut kreativiti masing-masing.

5.6 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran


1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada ibu
bapa untuk ditandatangani.
2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan
yang berpotensi menduduki peperiksaan awam danmemaklumkan kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

6 GURU PANITIA MATA PELAJARAN


1. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus
perdana.
2. Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku
Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan BantuMengajar (BBM) yang digunapakai.
3. Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.
4. Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.
5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.
6. Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian
dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.
7. Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas.
9. Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar.
10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan
membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas
supaya dapat diambilkira dalam ABM PPKI.

7 SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN KHAS


1. Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh
mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa /
penjaga.
2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama
dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam
fail-fail berkenaan.
4. Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
5. Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
6. Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL.

8 BENDAHARI KELAS PENDIDIKAN KHAS


1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
2. Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran
wang dari tabung PPKI (PIBG).
3. Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap
hujung bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.
4. Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas.

9 GURU DISIPLIN PPKI


1. Mengendalikan kes-kes disiplin murid.
2. Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk mengadakan
perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan
menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas.
3. Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pihak pentadbir
sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan
khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan.
4. Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
5. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan
memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini
mengandungi dokumen-dokumen berikut :
 Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
 Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,
 Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,
 Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
 Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
 Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan
pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
 Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,
 Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

10 GURU KECERIAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS


1. Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Home Base Pendidikan Khas.
2. Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.
3. Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.
4. Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
5. Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Home Base Pendidikan Khas.

11 GURU STOK PENDIDIKAN KHAS


1. Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti
pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga Penolong Kanan
Pendidikan Khas.
2. Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan
maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan
tersebut.
3. Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau
diterima pada Kad Stok.
4. Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.
6. Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan
hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatandan Perabot),
7. Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
8. Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan
akhir tahun.
9. Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada
Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.

12 GURU PROGRAM INKLUSIF

Guru Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail


Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
 Jawatankuasa Program Inklusif,
 Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
 Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
 Biodata murid yang diinklusifkan,
 Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
 Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
 Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
 Rekod prestasi murid,
 Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

13. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/ PBS


1. Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar
2. Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha
peperiksaan.
3. Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan
semasa.
4. Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan
lagi prestasi
pengurusan peperiksaaan.
5. Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah
tarikhnya
dipersetujui oleh pentadbir.
6. Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
7. Menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh
penyerahan markah kepada guru.
8. Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
9. Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada
tarikh
peperiksaan ) dengan selamat.
10. Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan
perjalanan Peperiksaan.
11. Mengurus dan menentukan borang-borang markah telah diisi
dan diserahkan ke pejabat untuk tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan
Pendidikan Khas.
12. Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan.
13. Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan.
14 GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
14.1 Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima
SPBT.
14.2 Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada
setiap hujung tahun.
14.3 Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
14.4 Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G
untuk
dikemaskini.
14.5 .Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada
murid dan
disimpan di tempat yang selamat.
14.6 .Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT.

15 GURU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROJEK SUSU


SEKOLAH(PSS)

15.1 Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS


15.2 Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang
mengikut arahan PPD/ JPWP KL.
15.3 Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-
murid RMT
15.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
15.5 Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
15.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.
15.7 Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.
15.8 Memilih menu RMT.
15.9 Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang
baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
15.10 Memaklumkan dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.
15.11 Memilih dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.
15.12 Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.
15.13 Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.

You might also like