You are on page 1of 6

PROGRAM KESEDARAN TENTANG

PENDIDIKAN INKLUSIF

TAHUN 2018

16 – 20 OKTOBER 2018

SK KOLOMBONG
JALAN NOUNTUN INANAM
88870 KOTA KINABALU SABAH

TEMA :
TOGETHER WE EXCELLENT
‘KEARAH KESEMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF
ANTARABANGSA”

1.0 LATAR BELAKANG

Bertunjangkan kepada Anjakan 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM 2013-2025), murid berkeperluan khas (MBK) tidak boleh
dipinggirkan daripada menikmati akses kepada pendidikan berkualiti betaraf
antarabangsa sebagaimana murid arus perdana. Oleh yang demikian,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas) dalam proses melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (Model
Holistik) MBK mulai tahun 2017.

PPI (Model Holistik) diadaptasi daripada projek rintis tahun 2015-2016 yang
menetapkan penglibatan keseluruhan pihak-pihak berkepentingan
(stakeholders) di sekolah dalam melaksanakan PPI. Penglibatan keseluruhan
pihak berkepentingan memastikan PPI menjadi amalan dan budaya
pendidikan yang positif dalam memberi hak sama rata kepada MBK untuk
dididik bersama – sama murid arus perdana secara inklusif separa mahupun
inklusif penuh.

Sehubungan dengan itu, Program Kesedaran Tentang Pendidikan Inklusif ini


dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran serta menyebar luas maklumat
berkaitan pendidikan khas umumnya serta PPI. Secara khususnya bermula
pada peringkat sekolah. Program ini bukan sahaja melibatkan murid sekolah,
malah turut melibatkan semua guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa serta
penjaga murid.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Secara umumnya, program kesedaran ini adalah untuk memberikan


pengetahuan dan pemahaman kepada keseluruhan pihak yang
berkepentingan mengenai pendidikan khas umumnya serta peranan warga
sekolah dalam menjayakan Program Pendidikan inklusif secara khususnya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program:
3.1 guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang
pelaksanaan PPI (Model Holistik) di sekolah
3.2 guru melaksanakan PPI (Model Holistik) berdasarkan garis
panduan PPI MBK dan modul pelaksanaan PPI
3.3 ibu bapa atau penjaga mendapat pengetahuan tentang
peluang pendidikan anak-anak berkeperluan khas
3.4 murid mendapat pengetahuan tentang pendidikan khas serta
boleh memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan PPI
(Model Holistik)
4.0 KUMPULAN SASARAN

Keseluruhan peserta yang disasarkan bagi Program Kesedaran tentang


Pendidikan Inklusif (Model Holistik) tahun 2018 adalah seramai 250 orang.

Bil Peserta Jumlah


1 Guru Pendidikan Khas
60
2 Guru Arus Perdana
3 Murid Pendidikan Khas 60
4 Murid Arus Perdana 40
5 Ibu bapa/penjaga
90
6 Kakitangan sekolah
JUMLAH 250

5.0 JADUAL PROGRAM


5.1 GURU
TINDAKAN
TARIKH MASA LOKASI TAJUK
(MT/JUN)

Bilik Pelaksanaan
16 OKTOBER 1.30 – 3.30 Pn. Rasida
Gerakan Program Pendidikan
18 petang Bohani
SKK Inklusif di Sekolah

5.2 MURID

TINDAKAN
TARIKH MASA LOKASI TAJUK
(MT/JUN)

Peranan dan
17 OKTOBER 7.30 – 9.30 Dewan Pn. Izyan Syafinaz
Tanggungjawab
18 pagi Sri Jasmi Bohari
Rakan Inklusif

5.3 BAPA/PENJAGA

TINDAKAN
TARIKH MASA LOKASI TAJUK
(MT/JUN)
Kepentingan
Penglibatan Ibu
20 OKTOBER 7.30 – 9.30 Dewan Pn. Izyan Syafinaz
Bapa Dalam
18 pagi Sri Jasmi Bohari
Membantu Program
Pendidikan Inklusif

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Hjh. Marianah binti Mohd Yusuf (Guru Besar).


Pengerusi : Pn. Florence Engkian (Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn. Haslinda binti Mohd Jamil
Bendahari : Pn. Anizah binti Derisa
AJK :
18 Oktober 2018 20 Oktober 2018
Penceramah : Pn. Hjh Marianah bt Mohd
Penceramah : Pn. Emy Selyna Mansor
Yusuf
Borang soal : Pn. Salfarini binti
Abdulham Protokol : Pn. Florence Engkian
selidik : En. Che Mohd Fakri bin Ali
Pengacara : En. Mohd Daud bin Hj
Jurufoto : Fatimah binti Samsuri Ahmad
majlis Sabari
PA Sistem/LCD : En. Jackson Doisi Pendaftaran :Pn. Norhafizah binti Sukur
Hadiah : Pn. DK Nurul Azna bt Ak
Jurufoto : Pn. Siti Haryani bt Gasin
Akim
Banner : Pn. Rasida Bohani PA Sistem/LCD : En. Jackson Doisi
Hadiah : Pn. Norhayati bt Ahmad
Makanan : Pn. Anizah binti Derisa
Sayuthi
Kawalan murid : En. Alixius Lasius Banner : Pn. Rasida Bohani
Makanan/VIP : Pn. Fatimah bt Samsuri
: Pn. Widayarahanie binti Musli
Borang soal : Pn. Haslinda bt Mohd Jamil
Selidik
Tempat sblm : En. Alixius Lasius
: En. Julianus Tion
Tempat slps : Mohd Shambani Ismail
: En. Mohd Daud bin Hj
Ahmad
Sabari

7.0 TENTATIF PROGRAM


20 Oktober 2018
MASA AKTIVITI
 Ketibaan guru dan ibu bapa
9.30 pagi
 Pendaftaran
10.00 pagi  Bacaan doa dan ucapan pengerusi
10.15 pagi  Pembentangan Inklusif

Pengiraan Jumlah
Bil Peserta
(orang x RM8.00 x hari) (RM)
1. Guru 60 orang x RM8.00 x 1 hari 480.00
2. Murid 100 orang x RM8.00 x 1 hari 800.00
3. Ibu bapa / 90 orang x RM 8.00 x 1 hari
720.00
Penjaga
JUMLAH KESELURUHAN 2000.00
11.30 pagi  Kuiz dan penyampaian hadiah
12.00 tengahari  Makan dan bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kos pelaksanaan seminar adalah menggunakan peruntukan di bawah inisiatif


#34 :
Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan MBK.

Anggaran kos perbelanjaan adalah seperti berikut:

9.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan bagi


mengadakan Pogram Kesedaran tentang Pendidikan inklusif (Model Holistik)
tahun 2018. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya
supaya keseluruhan warga sekolah dan ibu bapa penjaga murid mempunyai
maklumat serta pemahaman terhadap pelaksanaan PPI (Model Holistik).
Melalui penyebaran maklumat berhubung PPI ini diharapkan tahap kesedaran
dan penerimaan warga sekolah serta masyarakat umum terhadap MBK akan
meningkat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(FLORENCE ENGKIAN) (JEEFERY BIN SARIKUL)


Penolong Kanan Ketua Sektor,
Pendidikan Khas Sk Kolombong Sektor Pendidikan Swasta
dan Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah.

Disahkan oleh, Cop sekolah :

(HJH MARIANAH BINTI MOHD YUSUF)


Guru Besar
SK Kolombong

Tarikh :

You might also like