You are on page 1of 25

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1 PENGENALAN 2

2 DEFINISI 2

3 DASAR 4
Punca Kuasa 4
Syarat Pendaftaran Calon 4

4 KONSEP PAPR 4
Kerangka Konsep 4
Dokumen Standard Kebolehan (DSK) 5
Instrumen Pentaksiran 6
Pelaporan 6

5 PENGOPERASIAN PAPR 9
Pendaftaran 9
Pengoperasian EBAI 9
Personel 10
Tanggungjawab Dan Peranan 11
Kriteria Pelantikan Personel 14
Penjaminan Kualiti 15

LAMPIRAN
Lampiran 1: Surat Pelantikan Personel Pentaksir Bagi PAPR 18
Lampiran 2: Surat Kebenaran Melaksanakan PAPR 20
Lampiran 3: Akuan Kebenaran Melaksanakan PAPR 21
Lampiran 4: Borang Pendaftaran Calon 22

RAJAH
Rajah 1 : Model ERRA 4
Rajah 2 : Standard Kebolehan 6
Rajah 3 : Contoh Pelaporan PAPR MBPK Tahap 2 7

JADUAL
Jadual 1: Senarai Konstruk 5
Jadual 2 : Personel PAPR 10
AKRONIM

A
LP Lembaga Peperiksaan
)

B
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
)

C
PPD Pejabat Pendidikan Daerah
)

D
PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi
)

E
PAPR Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah
)

F
ERRA Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement
)

EBAI Instrumen Pentaksiran Berasaskan Persekitaran


(Environment Based Assessment Instrument)

G
DSK Dokumen Standard Kebolehan
)

ISPP, JPN Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan


) Negeri

JSPK, JPN Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri


)

K
SPb, JPN Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
)

N
JB PAPR Jawatankuasa Bimbingan PAPR
)
1.0 PENGENALAN

Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) adalah pentaksiran formal


yang holistik, autentik, bersepadu dan berpusatkan murid. Pentaksiran ini
bertujuan mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan (tapping into ability)
murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK)sehingga mencapai tahap
optimum berdasarkan potensi individu.

PAPR diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan


dilaksanakan secara berterusan supaya aktiviti pengajaran dan pentaksiran
tidak dilihat secara berasingan. Pelaksanaan aktiviti merupakan eviden bagi
menggambarkan kebolehan MBPK yang akan dinilai secara optimum.

Garis Panduan Pentadbiran PAPR ini adalah bertujuan untuk memberi


panduan dari segi pentadbiran, pelaksanaan dan penjaminan kualiti PAPR
kepada pegawai perkhidmatan pendidikan di bahagian Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat
pendidikan daerah (PPD), sekolah dan pentaksir yang terlibat bagi
memastikan PAPR dilaksanakan dengan sistematik dan lancar. Garis
panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, surat pekeliling ikhtisas, surat
siaran, surat makluman dan arahan berkaitan yang sedang berkuat kuasa
serta yang akan diedarkan dari semasa ke semasa. Garis panduan ini
terpakai kepada semua sekolah yang melaksanakan PAPR.

2.0 DEFINISI
2.1 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013 menjelaskan bahawa "murid berkeperluan pendidikan khas"
ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik,
ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak,
sebagai murid yang mempunyai:

2
i. ketidakupayaan penglihatan;
ii. ketidakupayaan pendengaran;
iii. ketidakupayaan pertuturan;
iv. ketidakupayaan fizikal;
v. masalah pembelajaran; atau
vi. mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan
masalah, yang disebut dalam perenggan 23 (a) hingga (e).

2.2 Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) merupakan


satu bentuk pentaksiran khusus untuk mengenal pasti potensi dan
kemahiran asas yang dimiliki oleh MBPK. PAPR dilaksanakan bagi
MBPK berdasarkan konstruk tertentu untuk persediaan pembelajaran
dan pentaksiran di sekolah rendah.

2.3 Model Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement


(ERRA) ialah pentaksiran berasaskan persekitaran, melibatkan
reaksi yang diperhatikan dan direkod untuk dijadikan sebagai eviden
bagi mengenal pasti kebolehan dan kemahiran MBPK berdasarkan
standard kebolehan yang telah ditetapkan. Hasil pengenalpastian
tersebut dilaporkan sebagai satu pengiktirafan terhadap kebolehan
terbaik bagi konstruk yang dikuasai.

2.4 Dokumen Standard Kebolehan (DSK) ialah dokumen yang


mengandungi senarai konstruk dan standard kebolehan yang
menunjukkan kebolehan MBPK dalam proses pentaksiran.

2.5 Standard Kebolehan ialah indikator yang digunakan untuk


menentukan tahap, peringkat dan kualiti bagi kebolehan MBPK.

2.6 Instrumen Pentaksiran Berasaskan Persekitaran


(Environment Based Assessment Instrument) (EBAI) ialah instrumen
pentaksiran yang digunakan untuk mentaksir kebolehan calon PAPR.

3
3.0 DASAR
3.1 Punca Kuasa
3.1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK)
Bil. 3/2022 bertarikh 22 Disember 2022.
3.1.2 Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia
(MPKPM) Bil. 9/2023 bertarikh 6 April 2023
3.1.3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. x/2023.

3.2 Syarat pendaftaran adalah seperti yang berikut:


3.2.1 MBPK yang berada di sekolah KPM atau sekolah bantuan
kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM;
3.2.2 Mengikuti KSSRPK Tahap 2; dan
3.2.3 Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis untuk
melaksanakan PAPR (Lampiran 2 dan 3).

4.0 KONSEP PAPR


4.1 Kerangka Konsep
PAPR dibangunkan menggunakan model ERRA sebagai kerangka
dalam pembangunan instrumen dan pelaksanaan pentaksiran.

KERANGKA PENTAKSIRAN MODEL ERRA

2. Reaction
1. Environment
(Reaksi)
(Persekitaran)

4. Acknowledgement 3. Recognition
(Pengiktirafan) (Pengenalpastian)

Rajah 1 : Model ERRA


(Adaptasi PASM)
4
4.2 Dokumen Standard Kebolehan (DSK)
4.2.1 DSK dibangunkan sebagai dokumen pentaksiran yang
mengandungi perincian standard kebolehan bagi setiap
konstruk yang ditaksir. Dokumen ini digunakan bersama-sama
EBAI bagi mengenal pasti tahap kebolehan calon yang ditaksir
berdasarkan reaksi daripada pelaksanaan pentaksiran.
4.2.2 Konstruk yang ditaksir dalam PAPR diperincikan kepada
empat domain, enam elemen dan 24 outcome seperti
dalam Jadual 1.

Jadual 1: Senarai Konstruk


4.2.3 Penentuan standard kebolehan adalah merangkumi tahap
(ilmu, amal, adab), peringkat (diri, keluarga, masyarakat) dan
kualiti (ada, cukup, lebih). DSK dibangunkan sebagai dokumen
pentaksiran yang mengandungi perincian standard kebolehan
bagi setiap konstruk yang ditaksir seperti Rajah 2.
5
Rajah 2: Standard Kebolehan

4.3 Instrumen Pentaksiran


Instrumen PAPR adalah berdasarkan situasi sebenar kehidupan yang
bersifat dinamik yang dikenali sebagai EBAI. EBAI dibangun menggunakan
model ERRA dan merupakan dokumen lengkap yang mengandungi senarai
aktiviti (reaksi) yang dilaksanakan oleh murid dan ditaksir oleh guru. Konsep
EBAI ini juga merupakan adaptasi daripada Pentaksiran Alternatif Sekolah
Menengah (PASM) yang telah dibangunkan bersama-sama pakar
akademik, pakar pentaksiran dan guru pendidikan khas yang
berpengalaman. Pelaksanaan aktiviti (reaksi) merupakan eviden bagi
menggambarkan tahap kebolehan MBPK.

4.4 Pelaporan
4.4.1 Pelaksanaan PAPR bertujuan untuk menyediakan pelaporan
mengenai tahap kebolehan MBPK pada tahap dua pendidikan
rendah. Pelaporan yang diperoleh merupakan maklumat asas
bagi persediaan pembelajaran dan pentaksiran MBPK di
sekolah menengah, iaitu PASM.

6
4.4.2 Pelaporan PAPR adalah berbentuk penyataan standard
kebolehan berkaitan konstruk yang telah dikuasai. Pelaporan
ini akan diberikan kepada MBPK yang menamatkan
persekolahan peringkat sekolah rendah. Contoh Pelaporan
PAPR MBPK Tahap 2 adalah seperti dalam Rajah 3.

7
Rajah 3: Contoh Pelaporan PAPR MBPK Tahap 2

8
5.0 PENGOPERASIAN PAPR
Pengoperasian PAPR meliputi pendaftaran, pengoperasian EBAI, personel
PAPR, tugas dan peranan, kriteria pelantikan personel PAPR, jawatankuasa
pelantikan pentaksir PAPR dan penjaminan kualiti.
5.1 Pendaftaran
5.1.1 Maklumat tentang pendaftaran PAPR boleh diperoleh melalui
surat makluman pendaftaran dan Garis Panduan Pentadbiran
PAPR yang boleh dimuat turun melalui portal LP
http://lp.moe.gov.my
5.1.2 Proses pendaftaran sekolah dan calon:
i. Sekolah menghantar permohonan pendaftaran sekolah
dan calon kepada JPN.
ii. JPN membuat pengesahan permohonan sekolah dan
calon.
iii. LP meluluskan dan memproses data pendaftaran sekolah
dan calon.
iv. SuP/ibu bapa/penjaga menyemak dan mengesahkan
maklumat calon.

5.2 Pengoperasian EBAI


5.2.1 Pentadbiran EBAI
i. Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)/Penolong Kanan
Pendidikan Khas (PKPK) memilih EBAI yang akan
dilaksanakan.
ii. PKP/PKPK mengagihkan tugasan personel pentaksiran.
iii. SuP mengenal pasti personel pentaksiran yang terlibat.
iv. Pentaksir:
a. menentukan calon yang akan ditaksir;
b. memilih EBAI yang akan dilaksanakan;
c. melaksanakan pentaksiran;
d. memilih reaksi calon;
e. menyimpan eviden bagi reaksi yang dipilih sama ada
dalam bentuk imej atau video;

9
f. menetapkan outcome yang sesuai dengan reaksi dan
eviden yang telah dipilih;
g. menentukan standard kebolehan calon;
h. merekod dan menyimpan maklumat pentaksiran; dan
i. menyemak pelaporan.

5.2.2 Pengesahan Standard Kebolehan


i. Jawatankuasa Bimbingan (JB) peringkat sekolah
menyemak standard kebolehan calon.
ii. JB mengemas kini eviden dilaksanakan mengikut
keperluan.
iii. PGB menyemak dan membuat pengesahan.

5.3 Personel
5.3.1 Personel PAPR yang terlibat ialah pegawai dari JPN, PPD dan
sekolah. Personel terdiri daripada personel pengurusan, personel
pentadbiran dan personel pentaksiran.
PERSONEL PERSONEL PERSONEL PENTAKSIRAN
PENGURUSAN PENTADBIRAN
Pengarah Pendidikan Penolong Kanan Ketua Pentaksir Kebangsaan
Jabatan Pendidikan Pentadbiran (PKP) (KPK)
Negeri (JPN) /Penolong Kanan
Pendidikan Khas
(PKPK)

Pegawai Pendidikan Setiausaha Ketua Pentaksir Negeri


Daerah (PPD) Peperiksaan (SuP) (KPN)

Pengetua/Guru Besar Guru Pendidikan Ketua Pentaksir Kawasan


(PGB) Khas (GPK) (KPKw)

Pembantu Ketua Pentaksir Sekolah


Pengurusan Murid (KPS)
(PPM)

Pentaksir Sekolah

Jadual 2: Personel PAPR

10
5.4 Tanggungjawab dan Peranan
5.4.1 Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP)
i. Memastikan sekolah memuat turun Garis Panduan
Pentadbiran PAPR, jadual kerja, DSK dan dokumen EBAI
melalui portal rasmi LP mengikut tarikh dan prosedur yang
telah ditetapkan.
ii. Memastikan pendaftaran sekolah dan calon, perekodan
standard kebolehan calon dan cetakan pelaporan
mengikut tarikh yang ditetapkan.
iii. Melantik KPN dan KPKw (Lampiran 1).
a. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan PAPR (JB
PAPR) pada peringkat negeri/daerah bagi
melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di
pautan http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
iv. Menguruskan pengoperasian PAPR, menjadi urus setia
mesyuarat peningkatan profesionalisme pentaksir
peringkat negeri dan menguruskan kewangan PAPR.

5.4.2 Sektor Pendidikan Khas (SPK) dan Sektor Pembelajaran (SPb)


Melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di pautan
http://tiny.cc/PERANANJBPAPR

5.4.3 PGB (Ketua Pentaksir Sekolah)


i. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Memastikan PKP/PKPK dan SuP memuat turun Garis
Panduan Pentadbiran PAPR, jadual kerja, DSK dan
dokumen EBAI melalui portal rasmi LP mengikut tarikh dan
prosedur yang telah ditetapkan.
iii. Memastikan PKP/PKPK menyelaras jadual kerja PAPR
peringkat sekolah.
11
iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran PAPR mengikut
jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah.
v. Memastikan taklimat pelaksanaan PAPR diberikan kepada
calon dan ibu bapa/penjaga.
vi. Memastikan permohonan pendaftaran sekolah dan calon
dihantar kepada JPN.
vii. Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan
pentaksiran.
viii. Memastikan personel yang dilantik menandatangani
Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ix. Menubuhkan JB PAPR dan melaksanakan penjaminan
kualiti berpandukan Senarai Semak Penjaminan Kualiti
PAPR melalui pautan http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P
mengikut peranan di pautan
http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
x. Melaksanakan pengesahan standard kebolehan calon dua
kali setahun.
xi. Memastikan pentaksir merekod standard kebolehan
berdasarkan eviden.
xii. Memastikan pelaporan PAPR dikeluarkan dan diserahkan
kepada calon.

5.4.4 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)/Penolong Kanan


Pendidikan Khas (PKPK)
i. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Memastikan SuP memuat turun Garis Panduan
Pentadbiran PAPR, jadual kerja, DSK dan dokumen EBAI
melalui portal rasmi LP mengikut tarikh dan prosedur yang
telah ditetapkan.
iii. Memastikan SuP menyediakan jadual kerja PAPR
peringkat sekolah.
iv. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan pentaksiran
PAPR mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah.

12
v. Menyedia dan menyelaras jadual pembahagian tugasan
EBAI kepada pentaksir.
vi. Memastikan ruang/lokasi/tempat pentaksiran sesuai dan
kondusif untuk pelaksanaan PAPR.
vii. Memastikan personel yang dilantik menandatangani
Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
viii. Melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di
pautan http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
ix. Memastikan pentaksir merekod standard kebolehan
berdasarkan eviden.

5.4.5 Setiausaha Peperiksaan (SuP)


i. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Menyediakan Jadual Kerja PAPR pada peringkat sekolah
dan menyerahkan kepada pentaksir.
iii. Mendaftar calon PAPR (Lampiran 4).
iv. Mendaftar pentaksir dengan seliaan PKP/PKPK.
v. Memuat turun dan mengedarkan surat pekeliling ikhtisas,
surat siaran, surat makluman, takwim, jadual kerja, Garis
Panduan Pentadbiran PAPR dan dokumen EBAI di portal
rasmi LP.
vi. Melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di
pautan http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
vii. Memastikan pentaksir merekod standard kebolehan
berdasarkan eviden.
viii. Mencetak pelaporan calon PAPR.

13
5.4.6 Pentaksir Sekolah
i. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Menerima taklimat pengoperasian dan penjaminan kualiti
PAPR.
iii. Melaksanakan PAPR berdasarkan panduan yang telah
ditetapkan.
iv. Melaksanakan pentaksiran mengikut jadual pembahagian
tugasan EBAI.
v. Melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di
pautan http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
vi. Merekod standard kebolehan berdasarkan eviden.

5.4.7 Pembantu Pengurusan Murid (PPM)


i. Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Menerima taklimat pengoperasian dan penjaminan kualiti
PAPR.
iii. Membantu personel pentadbiran dan personel pentaksiran
menguruskan calon PAPR.

5.5 Kriteria Pelantikan Personel


5.5.1 Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) dan Ketua Pentaksir
Negeri (KPN)
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
ii. Mempunyai pengalaman mengajar MBPK sekurang-
kurangnya lima tahun;

5.5.2 Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)


i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
ii. Mempunyai pengalaman mengajar MBPK sekurang-
kurangnya tiga tahun;

14
5.5.3 Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
ii. Terlibat dalam pengurusan MBPK;

5.5.4 Penolong Kanan Pendidikan Khas /Penyelaras Pendidikan


Khas (PKPK)
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
ii. Mengajar MBPK atau terlibat dalam pengurusan MBPK;

5.5.5 Pentaksir Sekolah


i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
ii. Mengajar MBPK dan terlibat dalam pengurusan MBPK;

5.6 Penjaminan Kualiti


5.6.1 Penjaminan kualiti PAPR adalah piawai bagi menentukan
kualiti pelaksanaan pentaksiran mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan. Penjaminan kualiti ini bertujuan menjaga
kesahan dan kebolehpercayaan standard kebolehan calon
serta kebolehtadbiran instrumen.

5.6.2 Penjaminan kualiti dilaksanakan dengan penubuhan JB


PAPR pada peringkat JPN, PPD dan sekolah.

5.6.3 Tanggungjawab JB PAPR;


i. Melaksanakan penjaminan kualiti berpandukan Senarai
Semak Penjaminan Kualiti PAPR melalui pautan
http://tiny.cc/SENARAISEMAK4P mengikut peranan di
pautan http://tiny.cc/PERANANJBPAPR
ii. Membuat perancangan, penilaian, cadangan
penambahbaikan atau penyelesaian masalah.
iii. Membantu pentaksir yang memerlukan panduan bagi
mengetahui, memahami dan melaksanakan PAPR.
iv. Membuat semakan eviden sesuai dengan standard
kebolehan calon di peringkat sekolah.
15
5.6.4 JB PAPR terdiri daripada :
i. Peringkat Kebangsaan dianggotai oleh pegawai yang
terlibat di bahagian KPM dan Ketua Pentaksir
Kebangsaan.

ii. Peringkat Negeri:


a. Pengarah Pendidikan Negeri
b. Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN
c. Sektor Pendidikan Khas, JPN
d. Sektor Pembelajaran, JPN
e. Ketua Pentaksir Negeri

iii. Peringkat Daerah:


a. Pegawai Pendidikan Daerah
b. Sektor Pembelajaran, PPD
c. Unit Pentaksiran dan Peperiksaan, PPD
d. Unit Pendidikan Khas, PPD
e. Ketua Pentaksir Kawasan

iv. Peringkat Sekolah:


a. Pengetua/Guru Besar
b. Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong Kanan
Pendidikan Khas
c. Setiausaha Peperiksaan
d. Pentaksir Sekolah

5.6.5 Penjaminan Kualiti melibatkan aktiviti :


i. Pemantauan: aktiviti yang dijalankan bagi :
a. memastikan PAPR dilaksanakan
b. mendapatkan isu, maklum balas dan cadangan daripada
sekolah
c. membuat semakan
d. melaksanakan bimbingan

16
ii. Penyelarasan: aktiviti yang dijalankan bagi :
a. memastikan keseragaman pemahaman dalam
pelaksanaan PAPR
b. memastikan EBAI yang dipilih mengikut kesediaan
sekolah
c. penyusunan EBAI mengikut kesesuaian takwim sekolah

iii. Pengesanan: aktiviti yang dijalankan bagi :


a. Mengesan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PAPR
di sekolah
b. Mendapatkan cadangan penambahbaikan pelaksanaan
PAPR di sekolah

iv. Pementoran: aktiviti yang dijalankan bagi :


a. Membimbing, memudah cara dan meningkatkan
pengetahuan serta kefahaman personel PAPR
b. Bimbingan dilaksanakan berkaitan pengurusan,
pentadbiran dan pentaksiran

17
Lampiran 1

TERHAD
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN/KETUA PENTAKSIR NEGERI/KETUA
PENTAKSIR KAWASAN

Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Nombor Rujukan dan Tarikh


Tuan/Puan,

PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIR BAGI PENTAKSIRAN ALTERNATIF


PENDIDIKAN RENDAH (PAPR) TAHUN....................

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melantik tuan/puan


sebagai *Ketua Pentaksir Negeri/Ketua Pentaksir Kawasan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara yang berikut:


3.1 segala urusan berkaitan pentaksiran diklasifikasikan sebagai TERHAD
sebagaimana termaktub bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tuan/Puan
dilarang menghebahkan maklumat rasmi berkaitan tugasan ini kepada
sesiapa dalam apa-apa bentuk dan dengan apa cara pun;
3.2 menjalankan pentaksiran berdasarkan eviden yang bertepatan dengan
standard kebolehan calon;
3.3 melaksanakan penjaminan kualiti serta membuat verifikasi standard
kebolehan calon;
3.4 meminta kebenaran pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti
berkenaan diadakan pada hari sekolah;
3.5 membuat tuntutan mengikut Kadar Tuntutan Pekeliling Perbendaharaan,
Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan
Malaysia yang sedang berkuat kuasa bagi perkara berikut:
i. Bayaran Ikhtisas Kadar
Ketua Pentaksir Negeri 75
Ketua Pentaksir Kawasan 50
Pentaksir Kawasan 25

18
ii. Tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian
dan Elaun Sewa Hotel/Lojing dan Lain-Lain tuntutan yang
berkaitan.

3.6 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada pengarah pendidikan


negeri sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini.

4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan jpn boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

5. Pihak kami berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan


dengan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,


( )

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia


*Sila pilih yang berkenaa

19
Lampiran 2

LETTER HEAD SEKOLAH

_____________________________________________________________________

Ruj. Kami :
Tarikh :

Ibu bapa/ penjaga,

……………………………………

……………………………………

Tuan/ Puan,

KEBENARAN MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENDIDIKAN RENDAH

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak/ anak jagaan tuan/ puan
bernama
..................................................................... No.Kad Pengenalan
……………………………… dari Kelas ………………………. akan ditaksir dalam
Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah
(PAPR) Pentaksiran ini akan dijalankan sepanjang tempoh persekolahan di SPK dan
PPKI menggunakan EBAI.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………
Guru Besar

20
Lampiran 3
NAMA DAN ALAMAT PENJAGA
………………………………………………..
………………………………………………..
………………………………………………..

Akuan Kebenaran Melaksanakan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) Sesi


Akademik ....................................................

Saya ............................................................. No. Kad Pengenalan.........................

ialah ibu bapa/penjaga kepada :

..................................................................................................
No. Kad Pengenalan/No. OKU:
...................................................................................................
*Membenarkan/Tidak membenarkan anak jagaan saya untuk mengikuti Pentaksiran
Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) Tahap 2 Sesi Akademik ..............................................

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

.................................................
Nama:.......................................................................
No. Kad Pengenalan:...............................................
No. Telefon:.............................................................

*Potong mana-mana yang tidak berkenaan

21
Lampiran 4

22
23

You might also like