Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan unit beruniform Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar
Baru Sri Damansara adalah satu aktiviti tahunan yang melibatkan murid murid
Pendidikan Khas yang mengikuti Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak.
2.0 MATLAMAT
2.1 Menanam semangat kecekalan hati, meningkatkan keyakinan diri, berdisiplin,
membina kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk
melahirkan generasi yang berwibawa.
2.2 Memupuk kesedaran cintakan alam sekitar dan cakna dengan kehidupan
sekeliling.
2.3 Melatih dan membimbing semangat setia kawan dan bekerja secara
berkumpulan bagi melahirkan komuniti yang saling bertanggungjawab antara
satu sama lain
2.4 Mengukuhkan nilai keperibadian dan jati diri dalam rangka membentuk asas
penghidupan di samping memupuk sikap hormat-menghormati dan
bertanggungjawab.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk semangat setiakawan dan berkerjasama.
3.2 Mewujudkan hubungan yang harmoni dan mesra di antara guru-guru, murid-
murid dan ahli pasukan.
3.3 Melahirkan insan yang cekap dan bersedia memberi perkhidmatan pada setiap
masa.
3.4 Pendedahan ikhtiar hidup.
3.5 Meningkatkan kesihatan, kecergasan rohani dan jasmani.
4.0 SASARAN
4.1 Diwajibkan kepada semua ahli-ahli Unit Beruniform murid Pendidikan Khas
yang boleh menguruskan diri sendiri iaitu seramai 19 orang (Lampiran B)
4.2 Guru-guru penasihat Unit Beruniform Pengakap Pendidikan Khas.
1
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
2
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
Pendapatan :
Yuran pendaftaran RM 15.00
Perbelanjaan :
Makanan murid (8.00 x 19) RM 152.00
Bahan Iktiar Hidup RM 38.00
Hadiah RM 95.00
9.0 PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi ruang kepada
para pelajar pendidikan khas untuk merasai dan mengalami sendiri pengalaman
3
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
berkhemah bersama rakan-rakan sebaya sambil mempelajari sesuatu yang baru dan
mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah dalam keadaan yang sebenar.
Segala bentuk bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan program
ini amat-amat diperlukan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar, sempurna dan
mencapai matlamat yang diharapkan.
4
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
................. ..
EN AHMAD KHUSAIRI BIN PN NIK ZUBAIDAH BINTI NIK EN OOI BAN AIK
AHMAD ANWAR MAT Guru Besar,
Setiausaha Kokurikulum PPKI, Penolong Kanan SK Bandar Baru Sri
SK Bandar Baru Sri Damansara. Kokurikulum, Damansara.
SK Bandar Baru Sri
Damansara.
LAMPIRAN A
Lencana Keahlian dianugerahkan kepada ahli yang lulus untuk menjadi ahli yang sah
dalam Pergerakan Pengakap. Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana
5
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
Keahlian, seorang ahli akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi
pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
KESETIAAN
01. Menyanyi & cara menghormati semasa menyanyi Lagu Kebangsaan.
02. Mengenal Bendera Malaysia /Negeri.
03. Lambang Pengakap Dunia.
04. Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.
05. Pengertian Rukunegara
06. Mengetahui nama Pembesar Negara.
07. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
08. Mengenali:-- Kuasa Penganjur (Guru Besar)- Pemimpin & Penolong Pemimpin sekolah
sendiri.
09. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap di sekolah sendiri.
10. Agama yang dianuti di Malaysia.Tempat ibadat di kawasan sendiri.
11. Nilai beragama mengikut agama sendiri.
6
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
KECEKAPAN
01. Latihan asas perbarisan.
02. Kemhiran asas dalam permainan berpasukan seperti bolasepak /bolajaring dll.
03. Cara meraut kayu dengan pisau lipat.
04. Cara mengasah pisau lipat , menyapu minyak, menyimpan pisau.(Pengakap kanak-kanak
hanya dibenarkan menggunakan pisau lipatdengan kebenaran Pemimpin.)
05. Mengetahui kedudukan tempat-tempat penting di Daerah sendiri.
06. Cara memakai & menjaga pakaian seragam Pengakap.
07. Cara memasang lencana.
08. Mengetahui isyarat sulit Pengakap.
09. Cara mengikat tali kasut.
10. Tahu mengikat simpulan "BUKU SILA"
LAMPIRAN B
Senarai Nama Murid Pendidikan Khas Integrasi Skbbsd 2017
7
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
NO KAD
BIL PENGENALAN NAMA PELAJAR NO KAD OKU
LAMPIRAN C
PERATURAN PERKHEMAHAN
8
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
A. ARAHAN UMUM
Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan.
Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.
Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi
dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan
dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia.
C. KESELAMATAN
Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
Jika berlaku kecemasan, wisel akan dibunyikan panjang
secara berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan
9
Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak PPKI SKBBSD 2017
Tindakan Tatatertib akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau
didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak
disengajakan.
Lain-lain perkara berlaku yang tidak tercatat yang difikirkan perlu.
F. PERATURAN KEBERSIHAN :
Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa bersih dan teratur
dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keceriaan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur
sebelum solat bermula
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik
Bagi murid perempuan sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.
10