You are on page 1of 9

GARIS PANDUAN

SUKAN e-STACKING
PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


EDISI 2022
KEJOHANAN SUKAN e-STACKING
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL. KANDUNGAN MUKA


SURAT

1. SYARAT DAN PERATURAN UMUM 3


PENGENALAN
2. ACARA, KATEGORI DAN BILANGAN 4
PESERTA
3. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 4-6

4. HADIAH DAN SIJIL 6

5. SYARAT DAN PERATURAN 7-8


PERTANDINGAN SUKAN e-
STACKING

6. LAMPIRAN BORANG PERTANDINGAN 9


KEJOHANAN SUKAN e-STACKING PENDIDIKAN
KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

1. PENGENALAN

1.1 Garis panduan ini adalah sebagai rujukan bagi pengurusan


Kejohanan Sukan e-Stacking Pendidikan Khas yang
dilaksanakan secara dalam talian kepada semua sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan
perkhidmatan Pendidikan Khas.

1.2 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan


arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang sedang berkuat kuasa.

1.3 Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar


program pembangunan kokurikulum dan sukan pendidikan
khas dapat dianjurkan walaupun pertandingan secara
bersemuka tidak dapat diadakan.

1.4 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan MBK


menceburi aktiviti sukan dan kokurikulum bagi
mengembangkan bakat serta potensi MBK dari peringkat
yang bawah ke peringkat yang lebih tinggi.

3
2. ACARA, KATEGORI DAN BILANGAN PESERTA

Acara ini terbuka kepada peserta MBK lelaki dan perempuan mengikut
kategori BP,BD,BL dan PH di sekolah menengah dan sekolah rendah
mengikut jadual di bawah:

BIL.
ACARA KATEGORI
PESERTA
Terbuka BD - sekolah rendah 1
Terbuka BD - sekolah menengah 1
Terbuka BL 2/3 - sekolah rendah 1
Terbuka BL 2/3 - sekolah menengah 1
Sukan Terbuka BP - sekolah rendah 1
e-Stacking Terbuka BP - sekolah menengah 1
Terbuka BP Sindrom Down - sekolah rendah 1
Terbuka BP Sindrom Down - sekolah menengah 1
Terbuka PH – sekolah rendah 1
Terbuka PH – sekolah menengah 1
JUMLAH 10

3. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan


peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan
Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.2 Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur


akan menjadi hak milik KPM. Pihak KPM berhak menggunakan
rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan.

3.3 Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana


penyertaan yang tidak memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

3.4 Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) kategori sahaja
dan perlu melengkapkan ketiga-tiga (3) disiplin pertandingan
iaitu disiplin 3-3-3, disiplin 3-6-3 dan disiplin Cycle.
4
3.5 Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara
dalam talian menggunakan aplikasi yang telah disediakan oleh
pihak penganjur dengan menyertakan maklumat seperti yang
berikut:

a) kategori pertandingan
b) gambar peserta
c) nama penuh
d) no. kad pengenalan
e) no. kad OKU
f) jantina
g) nama negeri
h) nama pengurus pasukan
i) e-mel ID Delima
j) no. telefon
k) pautan rakaman Youtube (unlisted)

3.6 Salinan kad pengenalan dan kad OKU yang disahkan perlu
dimuat naik semasa pendaftaran penyertaan dalam satu (1) fail
menggunakan format *pdf.

3.7 Pakaian semasa pertandingan hendaklah kemas, sopan tidak


dan mencolok mata.

3.8 Semua rakaman video peserta tidak boleh ditanda/dilabel nama


sekolah, daerah atau negeri.

3.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang


rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.

3.10 Semua urusan pendaftaran peserta wajib dilakukan oleh


pengurus pasukan negeri.

3.11 Setiap penyertaan perlu mendapatkan Surat Kebenaran


Ibu/Bapa/Penjaga.

5
3.12 Sebarang maklumat dan senarai pemenang akan dimaklumkan oleh
pihak penganjur melalui majlis penutupan kejohanan dan laman
sesawang.

4. HADIAH DAN SIJIL

4.1 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

4.2 Pemenang akan menerima hadiah, sijil penyertaan dan sijil


pencapaian.

6
KEJOHANAN SUKAN e-STACKING PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN SUKAN e-STACKING

1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)


Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada
kategori Masalah Pembelajaran (BP), Kurang Upaya
Pendengaran (BD) Kurang Upaya Penglihatan (BL 2/3) dan
Kurang Upaya Fizikal (PH).

2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut:


i. BD Sekolah Rendah
ii. BD Sekolah Menengah
iii. BL Sekolah Rendah
iv. BL Sekolah Menengah
v. BP Sekolah Rendah
vi. BP Sekolah Menengah
vii. BP Sindrom Down Sekolah Rendah
viii. BP Sindrom Down Sekolah Menengah
ix. PH Sekolah Rendah
x. PH Sekolah Menengah

3. Disiplin pertandingan adalah seperti berikut:


i. Acara 3-3-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up
atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah
kiri, tengah dan kanan.

ii. Acara 3-6-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up


atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di
sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah dan tiga (3) cawan
di sebelah kanan.

iii. Acara Cycle: Turutan susunan 3-6-3 disusun hingga


menjadi 1-10-1 secara stack up dan stack down dan
diakhiri hingga membentuk set cawan 3-6-3.
7
4. Peserta perlu menghantar pautan (link) video rakaman pertandingan
Sukan e-Stacking bagi ketiga-tiga (3) disiplin melalui aplikasi yang
akan disediakan oleh pihak penganjur.

5. Pautan video rakaman mestilah dalam bentuk paparan landskap


dan perlu disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang
disediakan.

6. Sukan stacking perlu menggunakan peralatan yang mengikut


standard pertandingan iaitu keluaran WSSA yang mempunyai logo
“Speed Stacks” seperti yang berikut:
i. Cawan (12 biji)
ii. Tikar (mat)
iii. Jam masa (timer)

7. Pengadil akan merujuk kepada masa pertandingan dan pemenang


ditentukan berdasarkan masa terpantas.

8. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9. Semua urusan pendaftaran peserta wajib dilakukan oleh pengurus


pasukan.

10. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibu


bapa/penjaga.

11. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard


(SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani
penularan wabak COVID-19 atau sebarang bencana.

12. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan


mana-mana pasukan yang bertanding jika didapati melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan.

8
LAMPIRAN BORANG PERMARKAHAN KEJOHANAN SUKAN e-STACKING PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

You might also like