You are on page 1of 48

Nota ini berpandukan Buku PANDUAN Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-Murid Berkeperluan Khas.

2000: Jabatan Pendidikan Khas, Kementenrian Pelajaran Malaysia.

Rancangan Pendidikan Individu 2011


Disediakan Oleh: Cikgu Nurita Binti Juslin Setiausaha RPI

Definisi dan konsep RPI?


HMMM

RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut.

Daniel P.Hallahan dan James M.Kauffman, 1997

Satu dokumen bertulis.

RPI ialah :-

Dirancang khusus untuk seseorang murid. Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

Fungsi RPI!
Sebagai satu alat atau instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara Sekolah, Ibu bapa dan Murid itu sendiri. Jika perlu, penglibatan Pegawai Pendidikan Dearah dan Individu dari Agensi atau khidmat sokongan lain.

ELEMEN RPI :1. 2. 3. 4. 5. 6. Kerjasama Berkongsi Maklumat Keputusan Bersama Kebolehpercayaan Dokumentasi Proses Hasil

ELEMEN RPI :

1. KERJASAMA
Bekerja dalam kumpulan merupakan ELEMEN PENTING dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara lansung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

ELEMEN RPI :

2. BERKONGSI MAKLUMAT
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

ELEMEN RPI :

3. KEPUTUSAN BERSAMA
Ibu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

ELEMEN RPI :

4. KEBOLEHPERCAYAAN
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

ELEMEN RPI :

5. DOKUMENTASI
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

ELEMEN RPI :

6. PROSES DAN HASIL


RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program P&P yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan. Diantara proses RPI ialah:i) Merujuk pihak yang terlibat. ii) Mengumpul maklumat iii) Mengadakan mesyuarat iv) Bina rancangan bertulis v) Laksanakan apa yang dirancang vi) Menilai pembelajaran yang telah dijalankan

1. Komprehensif 3. Ikut Urutan 2. Spesifik

CIRI-CIRI RPI
5. Mudah Difahami 6. Digubal Bersama 4. Sesuai dan Realistik

Merangkumi pelbagai bidang iaitu: Komunikasi Tingkah laku Sosial Alam Sekeliling / Persekitaran Pravokasional / Vokasional Kemahiran Amali Untuk Berdikari Rekreasi dan Daya Kreatif Nilai dan Kerohanian

1. Komprehensif

Matlamat dan Objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur.

2. Spesifik

RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.

3. Ikut Urutan

Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan, keupayaan dan kadar perkembangan murid.

4. Bersesuaian dan Realistik

RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.

5. Mudah Difahami
6. Digubal Bersama

RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa, guru, golongan profesional dan kumpulan pelbagai disiplin yang berkenaan.

AJK RPI
1. 2. 3. 4. Pentadbiran Sekolah Ibu Bapa / Penjaga Guru Pendidikan Khas Kumpulan Pelbagai Disiplin

PERANAN DAN SUMBANGAN PENTADBIRAN SEKOLAH


Mempengerusikan majlis perjumpaan. Memperkenalkan semua ahli jawatankuasa (AJK). Menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pentadbiran. Bertindak segera ke atas perkara yang diperlukan.

PERANAN DAN SUMBANGAN IBU BAPA / PENJAGA


Tentukan objektif jangka panjang yang diingini. Bekerjasama menentukan objektif pengajaran tingkahlaku. Bekerjasama mewujudkan kesinambungan pengajaran antara sekolah dengan rumah. Berhak mengetahui perkhidmatan yang diberikan oleh pihak sekolah. Menyemak RPI anaknya. Memberi maklumat tepat tentang anaknya.

PERANAN DAN SUMBANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS


Kumpul maklumat murid. Beri maklumat ikut tahap keupayaan dan kelemahan pembelajaran murid. Beri kepakaran untuk modifikasi dan adaptasi kurikulum. Ajar murid secara individu. Berhak tolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak jika cadangan itu di luar kemampuannya. Ambil tindakan ke atas perkara yang telah dipersetujui. Buat penilaian dan pemantauan ke atas murid.

PERANAN DAN SUMBANGAN KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN


Beri khidmat bantuan kepada murid ikut keperluan. Jadi sukarelawan. Sediakan maklumat profesional tentang permasalahan dan kekuatan murid dari aspek kepakaran mereka.

Membolehkan murid-murid mengikuti program pendidikan yang dirancangkan sama ada telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Tujuannya:1. Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal. 2. Perkara yang perlu dipelajari murid. 3. Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan. 4. Penilaian pencapaian kemahiran.

Kepentingan RPI ialah :-

proses RPI beri kebaikan kepada: Murid


Perancangan pendidikan yang digubal bantu murid dalam proses pembelajaran. Berpeluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka. Menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.

proses RPI beri kebaikan kepada: Guru-Guru


Menerangkan peranan dan tugas guru dengan jelas. Berpeluang untuk dapat maklumat murid. Menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos dan sokongan dan perkhidmatan pihak berkenaan. Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang digunakan. Sediakan bantuan untuk selesaikan masalah. Sediakan maklumat yang tepat daripada mereka yang berhubung rapat dengan murid. Memastikan bidang tugas yang perlu nasihat golongen profesional.

proses RPI beri kebaikan kepada: Ibu Bapa / Penjaga


Berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan objektif dan matlamat pembelajaran anak mereka. Berpeluang mendapatkan penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah. Menyediakan forum untuk minta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak berkenaan. Berpeluang berkongsi maklumat dengan golongan profesional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.

proses RPI beri kebaikan kepada: Agensi yang Berkaitan


Perolehi maklumat sistematik untuk mengenal pasti keperluan individu murid. Perolehi maklumat tentang perkhidmatan penilaian berdasarkan kepada objektif yang dibentuk. Membantu mengenalpasti keperluan latihan.

proses RPI beri kebaikan kepada: semua yang terlibat


Berpeluang meningkatkan komunikasi. Sediakan forum untuk menyelesaikan masalah. Merangsang peningkatan tahap pendidikan. Mewujudkan pakar perancangan dari pelbagai peringkat untuk merangka program pendidikan. Menyediakan program penilaian.

PENYEDIAAN RPI
Memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan muridmurid berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk murid berkenaan.

CARTA ALIRAN PROSES PENYEDIAAN RPI Rujukan pihak yang terlibat Pengumpulan data

Mesyuarat
Penyediaan / Penulisan RPI

Pelaksanaan
Penilaian

Rujukan Pihak Terlibat


Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan: 1. antara guru. 2. antara ibu bapa dan sekolah. 3. antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan.

Pengumpulan Data
Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat dikumpul melalui: 1. Borang biodata murid. 2. Sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan. 3. Borang kaji selidik akademik. 4. Ujian diagnostik. 5. Pemerhatian ke atas murid. Maklumat yang dikumpul hendaklah dianalisi, dirumus dan dicatat dalam Borang Rumusan Data Awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat Ahli Jawatankuasa RPI.

Mesyuarat
Mempunyai 2 fungsi utama, iaitu: 1. Aspek Tugasan. 2. Tanggungjawab.

1. Aspek Tugasan
Berkongsi maklumat. Menyediakan matlamat dan objektif. Menyenaraikan strategi pengajaran. Membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran. Menyediakan kriteria penilaian. Menetapkan tarikh penilaian / semakan semula.

2. Tanggungjawab

Pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat. Menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain. Menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan. Dalam peringkat ini, perkara berikut wajib dilakukan: 1. Wujudkan jawatankuasa. 2. Edar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat. 3. Adakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengetua atau pentadbir sekolah.

Penyediaan / Penulisan RPI


Tidak ada format yang khusus. Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut:1. Objektif yang khusus untuk murid. 2. Strategi pengajaran yang terperinci. 3. Mengenal pasti individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan. 4. Resos yang diperlukan untuk capai objektif. 5. Prosedur penilaian yang terperinci.

Pelaksanaan
Di peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran murid. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Penyelarasan resos dan kegunaannya. 2. Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan. 3. Penyelarasan program. 4. Bantuan dan sokongan kepada guru. 5. Pemantauan dan penilaian program.

Penilaian
Diperingkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dikumpul dan diedar kepada ahli. Maklumat yang tepat tentang pencapaian murid perlu dibentang oleh guru. Segala maklumat ini perlu dibincang bersama oleh AJK bagi tujuan pemantauan. Jika perlu strategi yang lain perlu dirangka untuk capai objektif yang dirancang. Sekiranya, objektif dan matlamat telah dicapai, program yang seterusnya dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

AGENDA MESYUARAT AJK RPI


Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mesyuarat RPI dijalankan:
1. Pengenalan dan Agenda Mesyuarat. 2. Mengkaji Kekuatan dan Keperluan Pembelajaran. 3. Pembentukan Matlamat dan Objektif. 4. Keputusan untuk Mendapat Resos. 5. Penulisan Rancangan Pengajaran. 6. Penutupan.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mesyuarat RPI dijalankan:


Peranan Pengerusi mesyaurat adalah memperkenalkan setiap ahli dan tugas masingmasing. Pengerusi juga perlu menerangkan peranan ahli berkenaan dalam setiap aspek pendidikan murid.
Pembentukan Perancangan yang sesuai bergantung kepada ketepatan mengenal pasti kekuatan, keperluan dan tahap pencapaian semasa murid. Ini adalah bahagian penting yang perlu diketahui oleh semua ahli bagi membentuk perancangan yang efektif. Sekiranya maklumat ini diperolehi awal, adalah lebih baik ianya diedarkan untuk mengelakkan pembeziran masa sewaktu perbincangan. Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting bagi menyediakan perancangan pengajaran yang sesuai. Penbentukan matlamat dan objektif memerlukan kepakaran dan kemahiran. Adalah lebih baik sekiranya semua ahli dalam mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menentukan objektif yang hendak dicapai oleh murid.

Pengenalan dan Agenda Mesyuarat Mengkaji Kekuatan dan Keperluan Pembelajaran Pembentukan Matlamat dan Objektif

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mesyuarat RPI dijalankan:


Dalam RPI, perlu ada resos yang hendak digunakan bagi mancapai matlamat yang harus dicapai oleh murid. Resos ini mungkin sedia ada di sekolah atau resos tambahan yang boleh didapati daripada agensiagensi luar. Dalam hal ini, ahli perlu bekerjasama untuk mendapatkan resos berkenaan.
Keputudan yang dibuat dalam mesyuarat perlu dicatat dalam dokumen RPI. Setiap ahli dalam mesyuarat RPI tidak semestinya menandatangani dokumen ini tetapi memadai nama mereka dicatat, dan menyemak serta membaca RPI yang telah disiapkan. Bahagian ini merupakan peringkat yang paling penting dalam mesyuarat RPI. Setiap keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui bersama dibaca dan diperdengarkan kepada ahli untuk perhatian. Selain itu, segala tugasan yang telah diagihkan kepada ahli perlu diterangkan semula. Dalam mesyuarat ini keputusan akan dibuat untuk menentukan tarikh mesyuarat yang akan datang.

Keputusan Untuk Mendapat Resos

Penulisan Rancangan Pengajaran Penutup

PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Nama AJK 2. Matlamat 3. Pencapaian Murid 4. Objektif 5. Prosedur dan Kriteria Penilaian 6. Strategi Pengajaran 7. Resos 8. Orang yang Bertanggungjawab 9. Inklusif 10. Catatan

PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Nama AJK Nama-nama ahli yang terlibat dalam pengendalian RPI dan yang berkaitan dengan pendidikan murid adalah perlu disenaraikan untuk tujuan rujukan dan rekod. Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa panjang. Ia mestilah berkaitan dengan objektif dan tahap pencapaian murid masa kini.

Matlamat

Pencapaian Murid

Tidak semestinya semua objektif perli dicapai dalam jangka masa tertentu. Pilih bidang-bidang yang penting sahaja dan tumpukan satu atau dua perkara pada satu-satu masa.
Merupakan pencapaian sasaran dala jangka masa yang ditetapkan. Ia perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat. Objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan. Boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif atau ditulis di bahagian lain dalam tajuk yang berlainan.

Objektif

Prosedur dan Kriteria Penilaian

Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:


Strategi Pengajaran Bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran. Strategi ini tidak seharusnya ditulis dengan terperinci tetapi perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI. Terdapat kepelbagaian strategi yang boleh digunakan, seperti: 1. Bimbingan rakan sebaya jam sehari. 2. Sistem kontrak dengan pengukuhan yang sesuai. 3. Membaca di rumah dengan penglibatan ibu bapa. 4. Lathan harian yang dirancang oleh guru dan diajar oleh rakan sebaya. 5. Latihan fisioterapi selama 1 jam dua kali seminggu. Resos Resos yang difikirkan sesuai dan perlu oleh AJK RPI harus ditulis dengan jelas. Contohnya: jam bersama rakan sebaya 2 jam fisioterapi setiap hari Guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan. Seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

PENULISAN RPI

PENULISAN RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut:
Orang Yang Bertanggungjawab Penjelasan tanggungjawab adalah sangat penting. Bahagian ini menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran. Setiap ahli yang dipertanggungjawabkan perlu diberitahu terlebih dahulu untuk membuat persiapan. Dlam RPI harus dijelaskan jangka masa dan seba-seba mengapa murid berkenaan diinklusifkan ke kelas biasa. Ruang catatan digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan dan juga bole digunakan sebagai rekod. Boleh juga digunakan untuk mencatat penggunaan resos.

Inklusif

Catatan

MATLAMAT
Ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid. Perkara-perkara yang perlu ada ketika pilih matlamat:
1. 2. 3. Bersifat positif Ambil kira kekuatan murid Tidak terhad kepada keperluan murid itu sahaja.

Biasanya, matlamat yang dibuat oleh guru dan ibu bapa berbeza. Oleh itu, adalah penting ibu bapa dan pihak sekolah mempunyai kata sepakat berkenaan dengan pemilihan objektif yang hendak dicapai murid. Perbincangan ini hendaklah dilakukan sebelum mesyuarat RPI dijalankan secara rasmi.

OBJEKTIF
Ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat. Objektif dikategorikan sebagai:
1. Objektif tingkah laku 2. Objektif pangajaran dan pembelajaran.

Membentuk matlamat dan objektif dalam RPI merupakan satu daripada keperluan P&P Pendidikan Khas.

Keperluan dan Kebaikan Menulis Objektif dalam RPI ialah:


Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang sistematik. Tingkatkan kebolehpercayaan ~ Boleh digunakan oleh semua pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau belum. Meningkatkan motivasi murid. Persediaan Guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih tepat dan lengkap ~ Guru merancang jenis-jenis kemahiran yang akan diajar kepada murid. Ini akan membantunya merancang pengajaran mengikut keperluan murid. Objektif yang ditulis dengan jelas dapat beri kefahaman yang lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan bila ia akan dicapai oleh murid. Beri peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat. Asas penentuan matlamat pengajaran yang membantu. Menjelaskan lagi perkara yang hendak diajar.

Komponen Objektif Pengajaran


Objektif Jangka pendek adalah lebih khusus jika dibandingkan dengan objektif jangka panjang. Objektif perlu mengandungi 4 komponen:
1. TINGKAH LAKU yang akan dilakukan oleh murid. 2. KEADAAN yang mana murid akan melakukan tingkah laku. 3. KRITERIA untuk menjayakan perlakuan tingkah laku. 4. MURID yang terlibat.

Peringkat-Peringkat Penulisan Objektif


Pihak terlibat dalam penulisan RPI PERLU TAHU perkara-perkara berikut:
1. 2. 3. APA yang dapat dilakukan oleh murid. BILA dan DI MANA tingkah laku itu berlaku. TANDA-TANDA yang memberi gambaran bahawa murid itu telah mencapai objektif.

Contoh kepada teras objektif: Murid boleh menyebut perkataan dengan betul yang terdiri daripada dua suku kata terbuka dan tertutup. Murid boleh melontar bola dengan menggunakan dua belah tangan. Murid boleh menulis huruf besar dan noktah dengan betul di dalam ayat. Murid boleh duduk diam di tempat sendiri selama 5 minit.

Pemilihan Objektif
Guru harus memastikan objektif yang dipilih itu mencerminkan apa yang boleh dicapai oleh murid. Pemilihan objektif haruslah berpandukan kepada keutamaan. Persoalan berikut boleh membantu AJK RPI memilih objektif: Adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat? Adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini? Adakah objektif itu bermakna kepada murid? Adakah objektif itu sesuai dengan murid berkenaan? Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan kemahiran lain yang perlu dicapai oleh murid? Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan program yang dijalankan dalam bilik darjah?

Selamat Membina RPI cikgu

~..TAMAT..~

You might also like