You are on page 1of 5

MINIT CURAI MESYUARAT J/KUASA INDUK PRA SEKOLAH PERTAMA 2019

TARIKH : 17 JANUARI 2019


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PTG
TEMPAT : KELAS PRA SEKOLAH SKJ II

AGENDA :

1. Aluan Pengerusi
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk Pra Sekolah 2019
3. Program KPM dan PPD
4. Perancangan Aktiviti Tahunan
5. Laporan Kewangan
6. Pemilihan Pembekal Makanan
7. Hal-hal lain.
8. Ucapan Penangguhan

Kehadiran :
I. Agenda 1 Aluan Pengerusi

1. Ucapan terima kasih atas komitmen semua AJK atas kehadiran


2. Prestasi cemerlang Pra Sekolah menjadi focus utama PPD dan sekolah
3. Murid Pra Sekolah yang boleh membaca berpeluang mendapat 100% dalam Bahasa melayu
dan memberi kesan besar kepada pencapaian akademik. ( Gred Purata )
4. Disarankan Kelas Pra sekolah mengadakan juga pentaksiran dalam bentuk yang sesuai.
5. Pemantauan perlu lebih kerap dan sentiasa pantau bilangan murid yang boleh membaca
dengan lancar

II. Agenda 2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk Sekolah 2019

6. Semua Penolong Kanan, Guru-guru Pra Sekolah, PPM serta guru kelas Tahun 1 adalah
merupakan AJK Induk Pra Sekolah 2019 dan dilantik secara rasmi.
7. Pn Roslinda Mazliza bt Ramli dilantik secara rasmi sebagai Setiausaha J/Kuasa.
8. Tanggungjawab J/Kuasa :
a. Membantu Guru Besar melaksanakan tanggungjawab kepada kelas prasekolah secara
menyeluruh meliputi bidang pentadbiran , kebajikan , keselamatan , kewangan ,
kurikulum dan kokurikulum
b. Memastikan kelas prasekolah berada dalam keadaan selamat , ceria dan berfungsi.
c. Membantu Guru Besar dalam memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan
sepenuhnya dan pencerapan hendaklah dibuat secara berterusan sekurang-kurangnya
tiga (3) kali setahun.
d. Bekerjasama dalam semua program PraSekolah dengan ibubapa dan komuniti.

III Agenda 3 Program KPM dan PPD

9. Sistem Maklumat Pra Sekolah Kebangsaan ( SMPK )

a. Sistem disediakan KPM mengandungi semua data berkaitan Pra Sekolah


i. Maklumat Kelas dan Murid
ii. Maklumat Bantuan Pra Sekolah
iii. Maklumat Staf Pra Sekolah.

b. Data enrolmen murid Pra sekolah perlu dikemaskini pada setiap bulan oleh guru Pra
Sekolah.
i. Terkini 2019 :

Kelas Murid Lelaki Murid Perempuan Jumlah

Wira ( 6 Tahun ) 12 13 25

Waja ( 5 Tahun ) 9 16 25

c. Perubahan maklumat keluar masuk murid perlu dimaklumkan kepada Pentadbir.


10. Standard Kualiti Pra Sekolah Kebangsaan ( SKPK)

a. Instrumen penarafan kendiri dalam talian yang digunakan dengan bermatlamat untuk
menilai kualiti program prasekolah yang ditawarkan oleh prasekolah KPM.
b. Terdapat 5 aspek yang dinilai dalam SKPK :
i. Tadbir Urus
ii. Guru dan PPM Pra Sekolah
iii. Kurikulum
iv. Interaksi Ibubapa dan Penjaga
v. Kesihatan, Pemakanan dan Keselamatan.
c. Pencapaian SKPK SKJ II untuk 2017

Bi Sub Topik Markah Penuh Markah 2017


l

1 Kualiti Guru dan PPM 20 16.11

2 Kualiti Tadbir Urus 20 16.50

3 Kualiti Kurikulum 25 18.49

4 Kualiti Interaksi 15 14.30

5 Kualiti Kesihatan, 20 11.53


Pemakanan dan
Keselamatan

Jumlah 100 76.97

11. Instrumen Pentaksiran Pra Sekolah Kebangsaan ( IPPK )

a. Membantu guru
i. merekodkan perkembangan murid berdasarkan Pentaksiran yang dilakukan.
ii. menyediakan pelaporan perkembangan murid
iii. menyediakan rumusan tahap kesediaan murid ke tahun satu
iv. 9 Tunjang dalam KSPK
b. Terdapat 2 instrumen IPPK KPM dan IPPK KP
c. Dilaksanakan 2 kali setahun :
i. Januari - Mac
ii. Julai - Oktober
d. Data di dalam IPPK KP adalah data yang dipindahkan dari IPPK KPM.

12 Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun Satu ( IKMTS )

a. Menyatakan Peratus murid yang menguasai Literasi dan Numerasi bagi mengikuti
persekolahan di tahun 1
b. Perlu dilengkapkan dalam 3 fasa dan perludihantar ke PPDKP.
c. Markah IKMTS 2018 rujuk kepada PKHEM
13. Program Peningkatan Kualiti

a. Guru Pra Sekolah perlu mengwujudkan sekurang-kurangnya 1 program membaca


untuk menambahbaik penguasaan murid dalam pembacaan.
a. Projek Bijak Bestariku Cepat Membaca.

14. Kajian Tindakan

a. Kajian melibatkan beberapa orang murid yang bermasalah yang memerlukan


bimbingan.

IV Agenda 4 Perancangan Aktiviti Tahunan.

V. Agenda 5 Laporan Kewangan

a. Baki peruntukan sehingga 17 Januari 2019


i. PCG ( Perkapita Geran ) : RM 1009.26 - RM 5000.00
( RM 100 setahun seorang )
ii. BKKP ( bantuan Kokurikulum Pra Sekolah ) : RM 387.00 - RM 1250.00
( RM25 setahun seorang )
iii. BMP ( Bantuan Makanan Pra Sekolah ) : RM 3017.00 - RM 20000.00
( RM2.00 sehari seorang )

VI Agenda 6 Pemilihan Pembekal Makanan


VII Hal-Hal Lain

18. Tahap Kebersihan Pra Sekolah.


a. Koridor / Tandas / Dapur / Tingkap

19. Waktu Masuk Kerja Selepas Rehat.

20. Kad Perakam Waktu

21. Iring Murid Pra Semasa murid balik.

Agenda 7 Ucapan Penangguhan.

You might also like