You are on page 1of 10

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN

KESEDARAN AUTISME PERINGKAT


SEKOLAH

TAHUN 2018

#autismawareness
ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN KHAS

SMK DESA CEMPAKA


1.0 PENDAHULUAN
Panitia Pendidikan Khas akan mengadakan aktiviti bulan kesedaran autisme
bagi mengisi takwim Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka pada tahun
2018. Seramai 12 orang murid autisme yang berdaftar di Program Pendidikkan Khas
Integrasi (PPKI) SMK Desa Cempaka. Justeru, pihak Panitia mengambil inisiatif
menganjurkan aktiviti bersempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia
bertemakan ‘#autismawareness’. Diharap, aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga sekolah. Semoga
aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai penyubur sifat kasih sayang terhadap murid-murid Pendidikan Khas
serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-
guru Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan bulan kesedaran


Autisme adalah bagi memberi input berkaitan autisme dalam kalangan murid-murid
dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka serta meningkatkan
kesedaran bahawa setiap insan adalah istimewa termasuk kanak-kanak yang
mempunyai masalah autisme. Di samping itu, program ini diharapkan dapat
menyebarkan maklumat berkaitan Autisme kepada semua warga sekolah.
Pertandingan yang dianjurkan dalam peringkat sekolah bertujuan untuk menanamkan
sifat empati dalam diri murid agar lebih peka dengan individu lain di sekeliling kita
dan memahami perbezaan yang wujud dalam diri setiap individu.

3.0 OBJEKTIF

1. Menghargai insan istimewa terutamanya kanak-kanak yang menghidap autism.

2. Memupuk kesedaran tentang masalah Autisme di kalangan warga sekolah.

3. Mengurangkan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai masalah autism.

4. Memupuk rasa kasih sayang antara guru dan murid aliran perdana serta aliran
pendidikan khas.
4.0 TARIKH

Sempena Bulan Kesedaran Autisme 2 April 2018 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kesedaran Autisme pada 30 April 2018.

5.0 PENYERTAAN

Semua murid, guru, dan staf Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.

6.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kesedaran autisme ini akan melibatkan


penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka
melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan
kerjasama guru-guru

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN


7.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KESEDARAN AUTISME

Bil Aktiviti Nama Guru / PPM Perincian Cadangan


Tarikh
1. Pelancaran Sambutan Semua murid dan 2 April 2018
Hari Autisme Sedunia Pn. Norhaslin Sukor, guru
i. Perhimpunanan
En Kamarul Ariffin
Khas
Shahbuddin & Pn.
Rosmahayu Mat Rasit
2. Menghasilkan cop Pn. Norshidawati Semua murid, guru 10 April 2018
tangan Ibrahim & Pn. Zaimah dan staf sekolah.
3. i. Pertandingan dalaman Pn. Shumaishah Murid Menengah 18 April 2018
Ismail & Pn Fadzlin Rendah (Ting 1 & 2)
ii. Pertandingan
melukis logo Autisme
Terbuka
iii. Detik bersamamu
Terbuka
4. i. Kuiz Autisme Pn Nadzimah Idris Semua murid dan Setiap Selasa
guru (sepanjang
April)
5. Ceramah keibubapaan Pn. Amina V.P Semua Ibu bapa 26 April 2018
(terapi cara kerja) Hamzah & Pn yang berminat
Puspevallee
6. Pameran Autisme (Info Pn. Noorulfadhilah Semua murid , guru Sepanjang
Autisme) Mat Aris & Pn dan staf Bulan
Rozitah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanj
aan
1. Hadiah

i. Ceramah keibu bapaan - Penceramah RM 150


(terapi cara kerja) RM 150.00

- Pendidikan Khas
ii. Pertandingan dalaman i. Pertama
( Tahap I) ii. Kedua RM 10x2
iii. Ketiga RM 8x2 RM 48.00
RM 6x2
- Menengah rendah
i. Pertama
RM 10
ii. Kedua
iii. Ketiga RM 8
RM 6 RM 24.00

iii. Pertandingan Melukis


- Pertama
logo Autisme - Kedua
- Ketiga RM 10
- Sagu Hati RM 8
RM 6 RM 44.00
- Pertama RM4 x 5
iv. Detik bersamamu - Kedua
- Ketiga
RM 10
- Sagu Hati RM 44.00
RM 8
RM 6
- Sagu hati agensi RM 4 x 5
Pameran Autisme
RM 50
Kuiz Autisme - 5 pemenang x 4 RM 50.00

RM 3x 20
RM 60.00
2. Perhiasan

i. Banner ( Sambutan RM100 RM 100.00


Hari Kesedaran
Autisme)

ii. Dokumentasi RM 50 RM 50.00


iii. Peralatan cat/pelakar
iv. Lain-lain RM 100 RM100.00
RM100 RM100.00
3. Pelancaran Hari Kesedaran
Autisme
i. Jamuan RM 60.00 RM 60.00
ii. Edaran info kesedaran RM300.00 RM 300.00
Autisme (batch)
iii. Gimik RM100.00 RM100.00
Jumlah RM 1,230.00

PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. Wang PCG
 Kaunseling RM 300.00
 Teras RM 930.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,230.00

9.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN


KESEDARAN AUTISME PERINGKAT SEKOLAH 2018
Sila rujuk Lampiran 1

10.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KESEDARAN


AUTISME

Masa Aturcara Majlis


8.15 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu Negeri
Sembilan
- Lafaz Ikrar
- Ucapan wakil ibu bapa
- Ucapan Pengetua
- Ucapan Perasmi
- Penyampaian ‘blue roses’ kepada murid
autism & ibu/bapa
- Perasmian oleh Ketua Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
- Gimik Pelancaran Sambutan Hari Kesedaran
Autisme peringkat sekolah.
- Penutup

11.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kesedaran Autisme peringkat sekolah ini memerlukan


kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi sifat empati dan kasih sayang dalam kalangan
warga sekolah ini. Semoga segala program yang dirancang ini dapat memberikan memanfaat
dan ilmu yang berguna di samping memupuk budaya sekolah penyayang.

Disediakan Oleh.

………………………………..
(NADZIMAH BINTI IDRIS)
Setiausaha Sambutan Hari Kesedaran Autisme,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.
Disemak oleh,

......................................................................
(PN PUSPEVALLEE A/P S.NACHIAPPAN)
Penyelaras,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.

Disahkan Oleh.

………………………………………………
(YM. TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KESEDARAN


AUTISME PERINGKAT SEKOLAH 2018

Penasihat : YM. Tengku Adnan bin Raja Daud


(Pengetua SMK Desa Cempaka)

Pengerusi : En. Ajemeek bin Hj. Samut


(PK Pentadbiran dan Akademik)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Norliza binti Abdul Latib


(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : En. Mokhtar bin Mohamad Zin


(PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Nor Afiza binti Mohd Noor


(PK Petang)

Penyelaras Pendidikan Khas : Pn Puspevallee a/p S. Nachiappan

Setiausaha Program : Pn Nadzimah binti Idris

AJK Pelaksana
AJK TUGAS
BIL.
JEMPUTAN *Menjemput perasmi, penceramah, dan ibu bapa
1.
PN. AMINA VP. HAMZAH
mengikut jadual perancangan program.

HIASAN PENTAS/ BACKDROP *Memasang langsir.


2.
PN. ROSMAHYU MAT RASIT *Hiasan backdrop.
PN ROZITAH MINHAT *Mengemas kembali pentas.
PN FADZLIN BUYONG
PN ZAIMAH

PUBLISITI/ BANNER/ BUKU *Meghubungi pihak media


3.
*Menyediakan/menempah banner
PROGRAM/FLYERS
*Menghebah/mempromosi dan melaksanakan strategi
PN NOORULFADHILAH BT MAT
publisiti (poster, kain rentang, iklan media cetak/media
ARIS
elektronik)
*Menyediakan, mencetak dan mengedarkan buku
program dan info berkaitan autism
*menentukan bilangan buku program untuk VIP dan
tetamu

PERSEMBAHAN MURID *Mencari dan melatih murid untuk persembahan.


4.
PN NORHASLIN SUKOR *Menyediakan peralatan/pakaian yang sesuai untuk
murid membuat persembahan.
*Memastikan persembahan murid berjalan dengan
lancar semasa majlis.

DOKUMENTASI & FOTOGRAFI *Mengambil gambar sebelum/semasa majlis


5.
PN .SHUMAISHAH ISMAIL *menyediakan laporan majlis
KELAB FOTOGRAFI

HADIAH & CENDERAMATA * Membeli hadiah mengikut bajet yang telah ditetapkan
6.
PN. NADZIMAH IDRIS * Memastikan bilangan hadiah mencukupi untuk
PN NORSHIDAWATI IBRAHIM
pertandingan yang dianjurkan

AKTIVITI * Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan.


7.
EN KAMARUL ARIFFIN * Memastikan alatan/kelengkapan mencukupi untuk
SHAHBUDDIN setiap aktiviti mengikut jadual perancangan program.

JAMUAN *Menempah makanan untuk VIP dan tetamu jemputan


8.
PN. PUSPEVALLEE A/P * Memastikan bilang makanan mencukupi untuk tetamu
S.NACHIAPPAN berdasarkan program yang dirancang.

You might also like